Thursday, December 27, 2012

: bingung :

ahakss..
aku selalu terbaca blog lain akan tulis..
'first post for this month' same goes to me..
nampak sangat aku sibuk kan..
dah nak penghujung tahun..
bulan yang penuh kontroversi...
aduii..

mood cuti aku dah kena 'potong'
disebabkan tarikh exam yang sangat awal..
sedey..sedey sangat...
baru nak enjoy percutian di kampung halaman..
bila lagi aku dapat enjoy walaupun kebanyakan aktiviti adalah d rumah sendiri.
tiket flight terpaksa ditukar..
itu aku tak kisah..
cuma risau..
tidak ulangkaji secukupnya untuk exam..
-_-

Actually 
aku sedikit stress bila berada d rumah sendiri
 dengan keadaan anak buah aku yang seorang ini..
kadang2 aku boleh terima
kadang2 aku tidak boleh...
itu yang jadi stress..
tetapi 
aku sayang mereka..
maybe aku dah terbiasa dengan keadaan yang 'lone ranger'

huhu
kemudian,
sekarang kes mr B la pulak..
fine if taknak reply msg aku..
well, aku kan kaki sms..
tetapi bukan la hantu sms..
haha
dah berkali2 aku cakap..
aku hanya anggap mr B sebagai seorang cousin dan kawan..
tempat aku suka buat luahan perasaan..
bercerita apa yang aku suka..
sbb mr B serasi berbicara dengan aku..
serasi gitu.. huhahaha

Ya Tuhan,
tolong lar jangan buat dia fikir aku *wink2 dengan dia..
risau eh..
aku suka berkawan..
sebab aku tak ramai kawan..
tak semua kawan2 aku boleh kacau cmtu..
maybe dia busy.. find.. i accept it..

last but not least..
plan untuk beberapa hari sebelum menyambung cuti di semenanjung..
nak balik kampung..x sure lagi
nak pergi miri lagi..huh~~
aku nak beli kek lapis n buah pink guava
pesanan dari kawan aku..

next year...
365 hari, 12 bulan, 1 tahun..
aku perlu bersabar and berusaha lebih..
aku perlu fokus terhadap kerja aku..
study aku..
beth, please plan your next year program..
another year for you to try follow your plan 95%..
 5% spend for unexpected things

then, i hope i can say.. 
bubye semenanjung till i come only for holiday..
start from zero...
its been almost 12 years already..
haish~~

that's all
~bubye~

JESUS LOVE YOU SO MUCH

Wednesday, November 21, 2012

: Tidak Sabar :

huhu
bulan november dah hampir ke penghujung..
tak sabar rasa nya nak balik ke tanahair ku..
Sarawak Bumi Kenyalang..

menghitung hari..
30 hari lagi
bukan nak lari dari masalah..
cuma
nak mencari ketenangan
melihat kedua orang tua ku..
anak-anak buahku..
ahli keluarga aku yang lain..
huh~~
cukup tak sabar..

paling penting aku berada ditempat sendiri..
 dalam menunggu hari nak balik..
aku sedang berusaha nak kurangkan berat badan aku..
last timbang... 53.1kg.. haish..
tapi sekarang rasa dah turun sgt..
seluar longgar kot..
this week akan timbang..
and then
aku sibuk juga 'bersihkan' wajah..
kalau boleh masa dah balik nanti muka aku betul2 kurang jerawat..
walaupun jerawat kat muka ni takde la sentiasa ada tetapi bekas2 tu sentiasa ada..
huhu..
hasil amalan vitamin c 500mg organik..
dah nampak perubahan sikit..
awal2 guna that day.. 
perghhs... banyak giler pimples keluar area dagu n atas bibir..
sabar jer la..
dah makin recover..as long toksik semua keluar..
^_^

dalam rasa tak sabar nak balik bercuti..
aku jadi risau sebab mood rajin aku merundum..
asyik pending jer keja2 aku..
risau yang amat..
huh~~

Doakan supaya aku boleh naikkan mood nak buat kerja..
kerja sekolah
kerja ofis..
side income..
tolong kawan..
semua la kerja aku kena buat..
 sepatutnya aku sangat sibuk..

Doakan juga aku sentiasa berfikir positif..
supaya aku boleh handle masalah aku secara matang...
kalau nak layan sangat hal2 remeh.. sendiri akan rugi..

so, 
aku tak sabar dah nak settle kerja2 aku..
supaya dapat bercuti dengan aman..
and 
NEXT YEAR
akan menjadi hari yang sibuk bagi aku..
Tuhan, sertai aku..
Tabahkan hati aku.. kuat kan hati aku..
menempuh segala dugaan dan cabaran...
dan dapat mengurus masa aku dengan baik..
 +amen+
 
I LOVE JESUS MORE
chikbeth

Monday, November 19, 2012

: out of focus :

adoiiii....
aku tak boleh focus...
please help me..
apa aku perlu buat....
tension...tension...tension...
kena nangis dulu baru ok ka ni....
seluruh badan aku dah lemah..

tak boleh la mcm ni..
perlukah aku berdepan dengan mr A..
aduiii...
lemah..lemah..lemah...
kalau boleh aku nak settle hal ni cepat2...
bahaya ni...
hukhukhuk


Jesus help me...
please help me..
sometimes my feeling dah ok..
lepas tu tak ok semula..
huh~~~

I LOVE JESUS MORE....

Sunday, November 18, 2012

: gundah gulana :

haha..
aku kembali lagi..
aktif sungguh aku memblog sejak 2 menjak ini..
owh ya..
aku berharap sangat..
ini adalah entri blog aku yang terakhir 
berbunyi kesedihan..

mungkin aku bukan 100% memahami erti persahabatan..
mungkin aku perlu gali lagi apa makna persahabatan..
ATAU
aku kena cari aktiviti yang boleh membuatkan 
aku tidak terfikir sangat dengan masalah yang aku hadapi..

pada saat ini..
hati aku sudah kurang sakit..
tetapi lengan aku cukup lemah serta lenguh..
huhu

mungkin ada jenis orang yang hanya berkawan bila diperlukan..
lepas itu..
bubye~~
dilupakan..
and then..
bila diperlukan 
dicari semula..
huhu

aku seorang yang okay jer if ada orang mencari aku..
untuk ajak melepak..
sekurang2 nya lepas la stress and tension kan..
duduk di bandar yang agak memboringkan ini..
huh~~

tak sabar nak bercuti christmas..
aku amat tertekan dengan kawan aku..
aku menjadi mangsa kot..
bila dia boring, aku sudi jadi peneman..
so, sekarang aku sekadar ingin ditemani..
aku telah dilupakan kot..
sms pun tak reply..

helloo, aku cuma anggap kawan..
takkan la nk reply sms pun x sudi..
huh~~
 ow, orang setia kan.. tak nak curang..
sms dengan kawan pun boleh digelar curang ker??

aku ni boleh digelar ratu sms..
suka sms..
dan itu la sahaja hiburan aku..
kalau nak selalu melepak..kerja aku pula tak bergerak..

ok
thats it..
if dia reply sms or cari aku
aku still akan menjadi kawan dia..
aku tak jahat.. lagipun..
aku dan dia hanya kawan..
buat apa aku nak bodohkan diri aku..
sakitkan diri aku..kan~~
sakitkan hati aku yang baik ini.. haha

find..
biarla dia dengan dunia dia sekarang...
aku sedar la siapa aku..
angan2 aku jer lebih...
haha
maybe aku terover pula sebab dia dah rapat dengan aku..

positive..+++..positive beth
chayok2...


Friday, November 16, 2012

: cemburu :

Banyak cara untuk mengungkapkan perasaan dalam hati. Perasaan cinta, sayang, kecewa, sedih dan marah menjadi basic dari segala jenis perasaan hati. Namun ada yang sangat menarik untuk diperbincangkan yaitu perasaan cinta, bukan cinta yang diulas akan tetapi sebuah perasaan yang timbul dari cinta yaitu Cemburu.

Cemburu lahir dari sebuah kehawatiran dan prasangka berlebihan pada sebuah hubungan. Cemburu tidak hanya dirasakan pada sebuah pasangan, namun cemburu juga bisa timbul pada ikatan persahabatan dan hubungan keluarga. Perasaan cemburu sesungguhnya lebih mengarah pada penyakit hati, cemburu juga berakibat sangat besar bagi kehidupan.

Apapun bentuknya cemburu sangatlah tidak nyaman. Jadi kenali cemburu, pastikan segala hal yang menimbulkan perasaan cemburu, dan jadikan cemburu sebagai alat untuk intropeksi diri. karena belum tentu pasangan kita dengan sengaja membuat kita cemburu, siapa tau memang diri kita lah yang menggiring pasangan kita untuk mencari bahan untuk kita cemburui.


haha..
hari ini aku sibuk pula nak tau apa itu perasaan cemburu..
tengok tak perkataan yang di 'highlight' kan..
dalam ikatan persahabatan pun boleh timbul perasaan cemburu..
hehe
cemburu ka aku?
huahahaha

aku tak boleh jadi seorang yang cemburu buta..
teruk akibatnya..
kadang2 kita perlu juga melalui perasaan cemburu ini..
supaya kita tau bagaimana nak mengatasi nya..
jika perasaan cemburu ini hadir..
kan~~

kita saja yang cemburu..
buang karen jer..
padahal orang yang kita cemburui itu..
tak tau ape2
hahaha
okay..itu saja..
google jer kalau nak tau lebih..

-out-
LOVE JESUS MORE THAN OTHERS
^_^

Thursday, November 15, 2012

: cuti awal muharram 2 :

hahaha...
baru publish new post..
dah nak post new pulak..
tadi dah panjang sangat..

so, nak cerita sikit jak..
mr 'A' dah reply...
tidur katanya..
sebab penat drive...

kesian..
okay.. 
aku tak tnya pasal lain..
perut ok?
sebab sebelum ni mr 'A' kena serang sakit perut..
aku tak aspect pun mr 'A' kena gastrik..
makan saje keja..

tapi 
that day
mr 'A' balik kampung..
aku tak tau pula mr 'A' balik kampung sebab nak berehat..
supaya mummy dia boleh jaga..
ic...
time di kampung la mr 'A' tau dia kena gastrik..
huhu

so, until balik semula Kuantan..
perut dia masih sakit..
kadang2 la..
kesian pula..
:(

harap dapat la mr 'A' jaga perut dia sepanjang outstation
masa keja tak menentu..

Pray for mr 'A' supaya sakit gastrik dia sembuh..
heal mr 'A' Lord
+amen+

chikbeth

: cuti awal muharram :

ohoo..
hari ini cuti..
-awal muharram-
tapi aku tak boleh nak duduk saja kat rumah..
nak buat kerja kat rumah pun aku tak boleh nak focus..
boring..boring..
+
kesepian ker?
haha
 
so,
my decision..
pergi ofis dan sekarang aku di ofis..
ermm...

susah juga jadi seorang perempuan kan..
dulu aku cukup slumber dengan perasaan..
aku tak fikir perasaan orang lain..
tak bermakna aku suka sakitkan hati orang..
kerana aku cuma anggap kawan
so, kawan2 kena ada perasaan yang slumber la..
terima apa jua tindakan kita asalkan tidak menyinggung perasaan..

huh~~
apakah topic aku pada petang yang mendung bagi aku ini..
aku suka nak cerita pasal mr A..
aku suka lepak dengan mr A..
kalau dia balik dari outstation lar..
aku cuba untuk menganggap dia HANYA sebagai seorang kawan..
tidak lebih dari itu..
aku belum terfikir 
pasal cintan-cintun..
komitmen untuk perkara lain lagi banyak..
biarpun usia dah nak cecah 30..
ohoo..

kenapa asyik cerita pasal mr A..
sebab dia kawan rapat aku setakat ini..
'mr' lagi..
haha
entah,seronok juga kawan dengan dia..
walaupun aku rasa aku boring~~

tapi
hari ini aku rasa sedih..
sebab mr A keluar outstation lagi..
biasa dia akan bagi info nak berlepas..
tapi terlupa kot..
so, aku buang ego aku 
sms mr A...
dia tak reply pun !!!
sakit hati terasa ow..
ini yang aku malas..focus hilang..

kalau dilihat secara luaran..
aku seperti dah 'angau' kat mr A..
tapi
bila aku selami hati aku..
jawapan nya masih -tidak-
aku sayang dia cuma sebagai seorang kawan..
cuma mungkin aku tidak ramai kawan lelaki..
info terkini dari mr A adalah penting bagi aku..
tapi bukan semua aktiviti dia aku nak tau..
cuma
sekurang2 nya ada ber'info' 
ok la tu..

tunggu la..
ada masa nanti..
aku akan luahkan status perhubungan kami..
haha
aku cukup risau kalau mr A fikir aku ada 'sesuatu' terhadap dia..
sebab ini adalah aku..
seperti masa hubungan aku dengan dia..
sekadar kawan..
biarpun sekali-sekala berlagak seperti 'couple'
ala, teman tapi mesra
okay~~
 
aku cuma tidak mau terasa diabaikan biarpun dia sudah memiliki orang lain..
haha over~~ kan
mungkin suatu hari hubungan ini akan renggang sepertimana kawan2 aku yang lain.
biar ia berlaku slow2..
bukan mengejut..
haha

dan ini juga
ini membuatkan aku belajar bagaimana hendak kontrol perasaan..
bukan senang..
hati perempuan sangat rapuh di dalam..
biarpun luaran nampak kuat..
sebab bila perasaan atau hati dilukai..
mengambil masa untuk baikpulih..
hahaha
pengalaman ka? 
hehe

ok la..
cukup sudah..

LOVE JESUS MORE
-chikbeth-
 
 

Monday, November 12, 2012

: Disiplin -out- :

aloha~~
masa aku p hospital nak jalankan misi aku hari tu..
aku terpandang ayat ini.

'rajin bekerja + rajin bercakap = bagus sekali'
'rajin bekerja + malas bercakap = kena buli'
'malas bekerja + rajin bercakap = wayang cina'
'malas bekerja + malas bercakap = tak guna'
'malas bekerja + selalu mengadu = nyanyuk'
'malas bekerja + selalu ponteng = baik berhenti'
'malas bekerja + suka termenung = baik mati'

aku cuba kaitkan ayat ini dengan kehidupan aku..
ayat mana yang boleh menunjukkan sapa aku..
huhu...
rasa2nyer ayat pertama - ke4 boleh dikaitkan dengan aku..
haish..
kejap mood ok..
kejap mood tak ok..

adoii..
susah nak disiplinkan diri..
aku kena paksa betul2 diri aku..
baru la boleh selalu jadi yang pertama tu..

sometimes,
ada jer problem..
aku dah out~~
nak focus pun dah sememangnya out..
huhu

hari ini pun aku rasa out..
entah...
aku tak sabar nak tunggu abis kerja..
rasa nak p jogging..
adakah aku tension selepas melihat berat naik 200gm..
huhu

nak makan pun takde selera da~~
semua bekalan dah abis.. 
bread, buah-buahan..
air pun dah abis sebotol...

risau jerawat tak baik2 ker..
yang kat bawah dagu dah ok..cuma tinggal bekas jer lagi..
and sekarang.. tumbuh pula tepi2 dagu..
tak pasti la sebab toksin masih nak keluar or sebab period..
ermmm..

tak tau nak cakap..
kena banyak bersabar lagi untuk kes2 pemulihan jerawat ni..
berat..pula aku kena usaha lagi nak cecah target..
banyak masa tapi kalau ikut carta target...
mmmmm... failed..!!

or
aku tension tunggu mr A msg..
tak jadi ka dia balik hari ini..
well, esok kan cuti..
mana tau ade orang dah 'racun' suruh stay..
huh~~

okay lar..
dah merapu..dah blog ni...
tension lagi kot..
stress saje aku ni..

chayok2.. 
chikbeth

Jesus is with me...
+amen+

Thursday, November 8, 2012

: 2 THINGS :

Haluuu...you all.
sihat...
^_^
as usual, blogger mesti akan tulis..
mmm.. ada ka orang baca blog aku..
hehe

okay~~
berbalik kepada topic aku..
ada 2 perkara aku nak luahkan dalam blog kali ini..
perkara lepas dan hari ini..

perkara lepas..
berkenaan misi aku hendak menderma darah..
misi hari pertama gagal..
aku cuba hari kedua pula..
aku keluar awal dari rumah seperti mana kawan aku advice
7.30am..(lambat sikit)
tetapi..
masalah parking tetap sama..
aku kena pusing hospital banyak kali jugak..
then aku pergi ada satu tempat...
illegal parking 
and aku sangat memastikan kereta boleh reverse dengan selamat
tanpa 'menyondol' kereta aku..

okay,
dah selamat parking..
misi berjalan..
aku tak tahu tempat nak menderma..
just jalan jer..
nasib signage hospital sangat membantu..
sekejap jer dah jumpa..

aku melalui proses biasa orang menderma lalui..
especially, pertama kali macam aku..
isi borang, check darah, interview..

erm.. adakah misi aku berjaya..??
haha 
TIDAK!!..
misi aku tidak gagal tetapi TERTANGGUH 
atas sebab aku baru menerima suntikan pada bulan 10..
aku diserang angin dalam perut.. doc dah suntik kat pinggang..
so, doc yang interview aku tak sure ubat apa yang telah di suntik..
Doc pun tak berani nak suruh proceed...
jawapannya..KIV laa..
aku target bulan februari tahun hadapan nak derma..
maybe kali ni tak ikhlas 100%..ada makna tersirat.. Tuhan tahu dah.. 
hehe

Okay~~
SECOND things..
OMG~~!!!
pagi tadi aku nak p kerja..
aku nampak ada orang berkumpul kat padang kawat, nak p outstation kowt..
zappp~~
aku terpandang seseorang..
iras2 MR A..
haish~~ takkan dah balik tak bagi tau aku..
ermmm.. ^_____^
angau apa.. asyik teringat Mr A.. haha
aku berangan jer dengan Mr A..
buat aku tersenyum jer..
bengong dah kepala otak aku..
that day dia kata cuti abis this week lar..
aku tak tau~~
sebab aku tak bercontact dah dengan dia seminggu lebih..
so, aku tak tau latest news dari dia..
erm.. 
kita tunggu dan lihat..
ada tak dia cari aku selepas tamat minggu ini..
lagipun~~
dia ada beli sourvenir untuk aku.. takkan taknak bagi kan..
haha..
sebab dia antara kawan rapat aku buat masa ini..
tidak lebih dari tu okay...
itu lar jadi angau sbb aku tak nak ganggu percutiaan dia..
muahaha..
harap orang itu pelanduk 2 serupa la kan..
bila pakai uniform.. macam serupa jer..
hehe
if tak.... melting la aku~~~
 apa ka itu...

erm.. okay la..
hari ini aku nak focus kerja..
hati gundah gulana..
so..
luahkan di sini...

sekian

LOVE ya..
~chikbeth~

 
 

Monday, November 5, 2012

: Mission failed..!! :

ohoo..
mungkin bukan rezeki aku hari ni untuk melakukan niat murni aku..
'menderma darah'

hasrat aku nak derma lama dah..
sejak aku sekolah di Politeknik lagi
tetapi
disebabkan aku budak architecture..
confirm sangat tidur tidak mencukupi..
so, niat aku terpadam..
sampai la usia nak mencecah 30 thn ni hah~~

ermm...
sejak 2 menjak ni..
aku terfikir lagi nak derma darah..
mungkin disebalik niat aku tu..
aku cakap.. 
'nanti dah derma, darah baru akan diproses'
then,
dapat la baiki sel2 mati kat badan ni..
mcm yg menyebabkan pertumbuhan jerawat..
orang kata~~
jerawat tumbuh sebab 'darah kotor'
boleh ker mcm tuh..
hahaha
takkan la nak derma darah kotor kat yang memerlukan... kan~~
adoiyai~~
teruk betuk fikiran ni..

tapi ada baiknya aku
berfikiran mcm tuh..
sebab 
kalau tidak, sampai bila-bila pun aku tak bersungguh2 nak derma darah..
 aku pun nak tolong orang juga..
lagi pun perkara ni baik..

so,
aku dah set, pagi ni nak pergi derma darah..
huh~~
tapi
aku keluar rumah lambat..
kawasan hospital merupakan tempat kedua sibuk kot..
dari shopping mall..
aku pusing byk kali nak cari parking
tapi kesudahan nya..
aku balik ofis jer..

 Kesimpulan.. mission hari pertama
FAILED..!!!

aku nak try ESOK pagi pula..
nak kuar rumah awal2.. 
memang susah nak memulakan sesuatu perkara..
tapi motivasi diri kena tinggi...
7.30am.. mesti dah keluar rumah..
CHAYOK2..!!

Jesus will be with me...

Friday, November 2, 2012

: TENSION..!! pimples...aduyaii :

erm..
minggu ni aku happy la sikit..
coz..
my mrccx dah genap setahun..

continue...(that day KIV)

31 Okt lepas
genap la setahun kereta aku..
so, insuran + road tax - settle
 kereta monthly payment pun x sangkut tuk bulan ni..- settle
byk perkara yang aku boleh kata settle awal..

cuma sekarang ni tunggu masa nak hantar service kereta..
next weekend..huhu $$$ melayang

semua yang di atas cukup untuk buat aku senyum..
^_^

tetapi..
ada perkara yang telah membuat aku rasa sedikit stress and tension..
muka aku..
walaupun pandangan orang tak la lawa mana kan..
tapi aku percaya ada gak rupe nyer..
ngeh..ngeh..
tapi..tapi..tapi..

aku tension sebab PIMPLES la..
pimples yg jenis sakit dan membesar dengan 'kaler putih kuning tuh'
haish..
makin letak pencegah.. makin 'lari' kuar kulit muka ku..
paling teruk sekitar dagu..
bila senyum kat orang lain..
they all pandang pimple2 terlebih dulu..

ermm..
agaknya.. badan aku sedang melakukan kerja-kerja pembuangan toxin kot..
sebab sekarang ni aku ada amalkan makan supplemen glutacol drink..
kawan aku yang storykan kebaikan supplemen ni.
lagipun produk ni baru release..
aku dah lama mencari..
last week baru jumpa..
beli 1 kotak ada 20 sachet..
maybe after consume tu..
pimples terkejut..
toxin2 dalam badan hendak dihalau keluar dari tubuh ini..

aku baru consume 1 minggu
1 sachet sehari walaupun dalam arahan suruh 2 sachet..
'biar lambat asal selamat'

so, aku bersabar jer la dengan pimples yang tubuh kat dagu aku..
rasa kegatalan nya tapi
untuk pembaikan kulit dari dalam badan..
aku perlu tabahkan hati..

hari ini juga..
aku dah start consume vitamin C organik 500mg..
makan 2 biji sehari..
for trial aku beli yang 30 biji dulu..
menurut web/blog yang aku baca...
boleh pulih kan jerawat/resdung/parut..
aku try ar..
kalau kesan lain seperti kulit tercerah.. BONUS la tuh..

paling penting..
rawat jerawat/resdung/parut
kat muka ni hah~~
baru konfiden level naik..
nak senyum pun lagi senang hati lor..
haha

ok..
i think.. itu saja untuk kali ini..
nanti aku share la keberkesanan amalan aku ini..
aku serius kali ni nak baiki masalah aku ni..
umur dah nak +1 angka depan next year..
kena bertindak dah..
boleh rekemen gak kaum keluarga t..
haha

adios for now..

^_^

GBU
LOVE JESUS

Thursday, October 25, 2012

: bodoh kah aku :

semakin aku ingin memajukan diri..
semakin aku mengalami kesukaran serta pelbagai rintangan yang perlu aku lalui..

erm,
blog ini menjadi tempat luahan aku..
blog ini menjadi pemegang 'RAHSIA' aku..
rahsia yang aku luahkan
BUKAN untuk diwar-warkan kepada pihak lain..
aku buat blog sekadar ingin meluahkan rasa terbuku di hati..
kepada siapa2 yang ada membaca..
biarlah ia menjadi rahsia antara kita..
biar pun aku tidak mengenal si pembaca..

bodoh ka aku..
aku rasa macam hilang masa untuk meng'enjoy' kan diri..
maksud aku enjoy doing my works..
goverment dapat bonus..
swasta mcm we all.. bila ntah..?
everytime tanya.. mesti ada alasan..
aku dah cukup bersabar..

aku perlu bawa kedua-dua kaki aku melangkah keluar dari kawasan ini..
keluar dari comfort zone..
apa yang aku takut sangat???

takut bulan2 takda duit nak bayar duit kereta?
isi minyak?
nak bayar bil telefon?
loan?

baca buku motivasi nak boost kemampuan diri..
tetapi
engkau tetap di tempat yang sama beth...
wake-up, wake-up...
kemudahan yang ada tidak akan berkekalan..
go anywhere you wanna go..

Believe in Jesus Christ..
He will be with you...
Don't wait and no excuses!! for you to develop yourself..
its time!!!
its time!!!

Please!!!!!!
engkau tidak bodoh tapi perlu kan semangat lebih untuk keluar dari kempopong sekarang...

chayok2....
 

Wednesday, October 17, 2012

: MALUNYA..!! :

malu..malu..malu
itu yang aku rasa pada saat ini..
serta sedih pun ada..

at last,
aku call my papa 
tanya dia 'saya nak minta' duit..
boleh~~
huh`~~
terasa sedih pula..
:((
malu lagi lar..
dah besar panjang macam ni..
i minta lagi duit dengan my papa..
huhu...

patut i yang bagi duit kat die kan..

OMG...
GOD.. help me go through this challenging life...
huh~~


: Exercise :

haishh..
hari ni rasa bosan pula..
nak buat kerja pun takda mood..

daripada aku conteng luahan berunsur 'negative'
baik aku cerita benda yang lebih 'positive'

haha
aktiviti aku sejak 2 menjak ini..
erm, seminggu lebih dah i buat kerja ni..
haha
exercise pagi dan petang..
haha
actually, surprise thing is i join aerobic pagi2 hari..
bangun kul 6 am..
buat apa yang patut dalam bilik air..
then, lebih kurang 6.45am..
aku meluncur ke taman gelora untuk join aerobic yang bermula jam 7am.
kalau tengok, senam aerobic ni dihadiri oleh anty2/uncle2 yang 40++ n above..
tapi aku suka nak join..
best sangat..
gerakan senam aerobic memang sesuai sangat untuk regangan otot2..
walaupun simple.. terasa gak otot bergegar..
hahaha
thats y aku macam 'addicted'..
ok juga la.. bagus untuk kesihatan.. 
sihat dan segar..

Petang selepas kerja pula 
aku pergi lagi jogging menemani kawan aku..
sebenarnya aku memang selalu jogging petang2 
if takde aktiviti bermain futsal or badminton di kem..
so, untuk mengelak aku menjadi lebih 'malash'
alternativenya.. pergi jogging..
aku perlu keluarkan peluh..
supaya toksik kat dalam badan ni boleh keluar..
then,
nanti kita akan lebih focus 
segar, bertenaga...
bila melakukan sesuatu perkara..

aduii..
tetapi aku lemau pula minggu ni..
goal untuk setiap hari pun aku tak tulis..
so, kerja aku ketika ini macam banyak 'ngular'
huh~~
benci lar.. keja asyik bertangguh...
walupun tak urgent..
kalau boleh biar dah siapkan awal2..
hari tu jer macam rajin giler..
sekarang 'incik rajin' dah p mana ntah..
kena panggil die semula.. 
halau pula 'incik malas' yang kalau boleh..
langsung tak nak jemput..
erm..
k lar..
chow lu...
bye..

rajin..rajin..
chayok3...

love ya
~chikbeth~ 

Tuesday, October 16, 2012

: 16 OKT 2012 :

Apa signifikan nya tajuk blog aku kali ini..
16 October 2012
means sudah 16 hari kita melalui bulan oktober..
baki $$ belum menjelma..
haishh~~
kesabaran aku diminta meningkat..

aku sedikit stress 
apabila aku memerlukan $$ 
contohnya hujung minggu ini nak menghadiri kelas..
perlukan $$ nak beli tiket bas..

aku hanya ingin berdoa..
Tuhan,
berikan aku kekuatan..
kesabaran..
ketabahan..
sukacita..
yang tidak terhingga buat aku melalui kehidupan pada tika ini..

dan
aku bersyukur
sebab semester ini aku punya 1 kelas sahaja 
dan aku kurang menggunakan $$ untuk perbelanjaan persekolahan..
aku bersyukur
sebab engkau berikan aku kasih yang membuatkan 
aku lebih menghargai diri dan orang lain..
and
 aku menjadi lebih dekat dengan DIA..

Thank you Lord
&
I LOVE U

~chikbeth~

Wednesday, October 10, 2012

: aku menderita.. :

aku menderita.. 
tiada sapa yang tahu..
seperti pernah aku karang ayat seperti ini sebelum ini..

hari ini,
sekali lagi hati aku meronta..
menderita..
bukan aku nak memperbesarkan..
tetapi
saja nak meringankan isi hati...
menenangkan fikiran..perasaan...

goverment baru jer dapat berita gembira..
dapat bonus 1 bulan setengah gaji..

tetapi..
selang sebulan..
perkara ini berlaku lagi..
bayaran lambat masuk..
tapi oklah 
dapat suku bayaran..
menunggu lagi 2 suku..

saman jpj!!
yang membuatkan aku
sedikit tertekan..
aku kalau boleh hendak bayar semaksimum mungkin..
iaitu rm150

daripada suku bayaran yang aku perolehi..
aku dah byr loan aeon
aku dah byr maxis post paid
aku dah cuba save rm150 untuk sama

tetapi..

unexpected thing happened to me last sunday..
aku diserang angin dalam perut..
yang membuatkan aku mengambil keputusan nak pergi klinik..
dapat injection, dapat ubat..
total rm91..
dah bajet lari.

aku kena berjimat..
bayaran kereta tertangguh lagi..

pasal saman
tertulis sekiranya bayaran dibuat dalam masa 0-15hari..
cuma perlu bayar rm150.
selepas itu..akan naik rm50 dan rm150..

tapi bayaran masih tidak menjelma 
walaupun untuk hari ini..

aku jadi penat..
nak memberontak pun aku dah kurang berdaya..
aku cuba meminjam dari rakan lain..
sekiranya boleh..
kalau tidak boleh.. aku cukup faham..

aku cuma ingin ucapkan 
ucapan syukur yang amat..
kerana Tuhan menyertai aku..
biarpun apa aku lalui..
aku sudah boleh mengawal..

aku tidak kurang makan n minum..
Dia tetap menyediakan untuk aku semua keperluan asas itu..

I love u Lord Jesus..
+amen+


 
 

Sunday, October 7, 2012

: You should get married....:

morning semua..
haha
awal pagi begini...
hidup membujang dan tidur ditemani meja labtop di sebelah..
apalagi.. kan
bangun jer, on labtop, on wifi...
online..
biasa aku akan baca online newspaper...
ye la nak mengetahui isu semasa..

Harian metro..
last paper online yang aku baca..
bercerita pasal perempuan bagai pelacur
lelaki yang 'teringin' tp takut isteri

huh~~
macam-macam la dunia sekarang..

ermm..apa kaitan dengan topic aku..
hehe

before ni, ada kawan aku bertanyakan usia aku..
aku cakap lar setahun lagi masuk angka '3'
which mean tahun ni dah berusia 29thn..
nampak tua kan, orangnyer still nampak muda..
*_*
(blushing~~)

then, dia pun cakap...
'patut dah boleh berkahwin'
amboi..senang nyer cakap..
haha

kalau ikutkan..
aku memang bersedia untuk menjadi seorang mummy kepada bakal anak-anak aku..
tetapi..
bila difikirkan kehidupan yang aku lalui sekarang..
bekerja + belajar..
aku harus cakap..
aku belum bersedia 100%

aku kena fokus dengan apa yang aku lalui ketika ini..
setelah semua nya selesai..
baru aku boleh fikir stage seterusnya..

'COMMITMENT'
bukan boleh dipandang ringan oo..
orang boleh cakap, nanti boleh lar reschedule masa..
for me a big NO...

aku mendambakan kesempurnaan dalam setiap perkara..
walaupun sukar untuk sempurna 100%..

hidup bekeluarga tidak boleh dipandang ringan..
bukan just berkahwin
beranak and so on...
tanpa punya matlamat untuk keluarga sendiri..
untuk masa depan pasangan..
untuk anak-anak.. making its worst..
semua itu kena difikirkan pada saat anda benar-benar bersedia untuk hidup berkeluarga..

aku punya anganan untuk kehidupan bekeluarga aku..
walaupun Tuhan maha tau apa yang dia sediakan untuk kita pada masa hadapan..
tetapi..
kita tetap diberi peluang untuk merancang kehidupan kita..

so, 
should i get married..
YES..of course BUT 
tunggu aku sudah bersedia sepenuhnya..
jadi pemerhati untuk kehidupan rakan-rakan disekeliling aku..
cukup untuk aku bersyukur kerana boleh belajar menilai untuk dijadikan pengalaman buat aku..
setiap mereka punya perbezaan cara..

sebab berkahwin bukan sekadar menyatukan dua orang insan
ia lebih kepada seperti 'pekerjaan' @ pelaburan
punya matlamat yang positif..
untuk keluarga, untuk anak-anak..

*aku pun tidak tau hendak mengambarkan kata-kata aku..

just doakan yang terbaik bagi bujang2 sekalian..
biarkan diberikan persediaan yang cukup untuk melalui fasa seterusnya..

+amen+
^_^
 


Wednesday, October 3, 2012

: oucch...!! pimples... *_* :

haha..
bosan2 duduk pejabat sorang..
cara nak isi masa boring ni..
hah~~
berkarya dalam blog aku ini..
hehe

tajuk pada kali ini..
pimples...ouch!!..
really hate it..
dah hampir 7 thn aku bergelumang dengan pimples ini..
since 2005 dooh~~
before tu takde la berketul2..
siap aku sendiri yang sibuk nak cari jerawat ni kat muka..

nah~~
sekarang.. puas dah mengutil pimples ni..
before ni timbul n hilang tanpa tinggal kan kesan..
cuma tahun lepas rasenye..
pimples dah berubah species..
bila tangan gatal nak memicit..
boleh tinggal kan kesan berlubang and berparut pula..
argghh~~
dah la muka mmg ade scars semulajadi..
bila ditambah dengan pimple yg menyebabkan kawah2 ni..
aduiii..

so, sejak itu aku makin aktif mencari cara nak elak berlaku pimples yg berkawah ni..
susah juga..
aku dah cukup jaga muka..
nanti orang luar tengok
ingat aku tak jaga kebersihan..
adoii..

and
early this year...
i noticed.. pimples species baru lagi timbul..
huh~~
pimples pun ikut peredaran zaman ek..
pimples i ni tumbuh sikit2..
mula2 rasa sakit kat kulit ni..
spot area *dagu, bawah hidung -_-
nak picit pun tak bley... nanti akan membengkak pula..
lagi lama nak baik..
so, aku biarkan..
rupanya 'kilang nanah' sedang beroperasi..
aku biarkan lagi..
timbul dot putih...yang akan membesar dlm masa 1 malam..
the next day.. ia akan membesar dengan sihat.. 
so, nampak la dot besar kaler putih kat spot area..
macam chipsmore pun ade gak..
huh~~
bila orang yg pandang.. mesti tegur hok tu -_-
nak pecahkan takut bengkak..
i cuma biasa letak minyak gamat n cuci selalu..
supaya bersih..
lama2 pandai terpecah sendiri..
takde la lama kesan bengkak..
cuma bekas pimples ni lambat nak hilang..
kalau i makan kicap..
lagi lar bertompok2 muka..
haissh~~..
well, perempuan kan..
pasti ada rasa kurang selesa yang teramat sangat...
orang selalu kata perubahan hormon.. or resdung...

MRS 'P' nak jenguk tiap bulan pun mesti ajak pimples ni juga..
huhu...
datang sendiri suda lar..
adoiyaii

aku berharap.. 
tahun ni aku dapat lar..kurangkan sedikit demi sedikit pimples ni..
formula terbaru.. letak minyak gamat asli..
biar muka nampak berminyak asal pimples surut..
nampak lar ada perubahan..
cuma aku kena kontrol makanan..
minyak gamat dah tolong.. 
makanan pun kena tolong la...
huhuhu


chayok2

chikbeth



Tuesday, October 2, 2012

: Makan nasi :

aduiiyaii..
aku rasa sedih pula nak menghabiskan nasi yang aku bungkus pagi tadi..
aku tapau dari kedai pak akob yang terletak kat belakang ofis aku..
aku ingatkan dapat la nak berjimat beli makanan breakfast..
tapi abis juga rm4.00
aku tapau nasi goreng, daging masak kicap + tempe

aku tapau awal supaya tak perlu dah nak keluar lunch..
if tak, aku tak kuar langsung..
kat area ofis takde kedai yang jual roti or buah-buahan ke..
adapun kat seberang jalan..
malas nak lintas jalan..

bunyi macam berkira kan..
memang aku kena bajet lagi bulan ini..
gaji belum dapat uuuu...
entah bila pun tak tau..
aku bersabar jak la..
berjimat selagi boleh..

menderita gak
makan hati gak..
tapi aku malas nak bising2 dah..
as long nanti ada $$ sila bayar..
hutang pun bertambah *_*

kalau ade geng aku nak juga buat kerja part time..
tapi aku tak nak penat kan diri sangat..
sebab aku ada komitment dengan study lagi after abis waktu kerja..
aku kena persiapkan diri untuk menempuh tahun hadapan..
yang mana bagi aku..
merupakan tahun akhir aku belajar..
aku hendak cuba abiskan tahun hadapan..
cukup...
aku hendak memulakan career aku pula..
setelah hampir 4 thn lebih continue study..
 
huh~
bila dalam kesusahan seperti ini..
memang kita sedikit sebanyak sedar akan USAHA yang kita perlu lakukan
untuk meneruskan kehidupan..
 
chayok2 chikbeth
 
Jesus will be with u..
+amen+
 

Friday, September 28, 2012

: saman..!! :

aduii,
dugaan sungguh....
kehidupan yang penuh dengan cabaran..
ada kenderaan pun mencabar juga..

haha
hari ini.. aku dapat surat dari PDRM..
bukan surat nak panggil interview..
tapi..
surat speed trap..
untuk tahun pertama menggunakan kereta..
aku dapat buat pertama kali saman 'speed trap'
kejadian berlaku semasa aku balik dari Johor...
oho..ho..ho..
melayang lagi duit...
bertambah2 hutang aku..
nampak gaya nya tahun depan aku kena banyak cut budget..
untuk kejadian2 yang tidak tersangka seperti ini..

what to do kan..
kalau bawa kereta ikut halaju..
mau mengantuk mata..
bila dah lebih laju sikit.. dah kena speed trap..
huhu...

kena spend RM150 untuk settle my saman...
within 15 days if tak ada interest...

huhu

Thursday, September 27, 2012

: aku sengkek :

tiada sapa yang tahu..
poket aku semakin kering..
bulan ini gaji belum tahu bila nak dapat..

hanya Tuhan tahu betapa aku ke'sengkekan' sekarang ini..
aduii..
sedey..sedey..
hanya hati aku menangis..
aku memikir..
dimana silap aku berbelanja duit aku..
jika aku mengatakan aku ada memderma..
takkan hal itu aku ingin Tuhan lihat dan segera membalas untuk aku..
oh tidak..
ternyata itu tidak ikhlas..

huhu
lemah...
aku tidak makan, aku tidak kisah..
menjadi kisah bagi aku..
bila memerlukan duit untuk mengisi minyak kereta..
perlu membayar hutang..

ingin mengeluh pun tidak guna..
$$ takkan dapat juga...
menangis pun tidak guna..
balance acc tetap begitu..
aduiiyaii..

dugaan seperti ini..
yang membuatkan aku teringat akan firman Tuhan..
kena bersabar dengan dugaan seperti ini..
memang kita tidak patut hidup memperhambakan wang ringgit..
tetapi wang ringgit itu kita perlu untuk menampung kehidupan di bumi ini..
huk..huk..huk..

aku dah hilang maruah kerana aku tidak dapat menjaga kewangan aku..
hilang maruah apabila tanpa segan silu meminta pertolongan dari orang sekeliling aku..
tapi
aku masih mampu bertahan..
biarlah..
aku cakap sekali..
orang tak berbunyi..
aku senyap jak lar...
aku faham...

dugaan yang aku perlu lalui..
:(
chayok2 beth..

we can do it..

chikbeth
Love my Jesus very much...

Monday, September 24, 2012

: Flashback :

haha
sejak 2 menjak ni..
ada saja benda aku nak luahkan pada blog ni..
banyak lagi menunggu..
tetapi biasanya...
apa yang terlintas sekarang.. 
hal itu la yang aku coretkan...

so, tadi aku dah shutdown pc..
on balik sebab terasa nak mengarang..
haha

ok..
tajuk yang terlintas kat kepala ni..
'flashback'

perkara-perkara yang berlaku di sekeliling aku..
menyebabkan aku tiba2 terfikirkan..
Didikan yang aku perolehi daripada kedua orang tua aku..

mungkin semasa aku kecil...
apa jua yang di suruh aku akan memberontak..
membebel or 'buat tak tau' jer walaupun disuruh..
aku rasa setiap kita pun pernah merasa kan..

so, hasil didikan itu..
aku dapat lihat hari ini..
secara tidak langsung..
apa yang aku lalui ketika aku masih kecil..
(especially sekolah rendah n menengah)
aku sudah praktikkan dalam kehidupan harian aku..
tanpa aku sedari..
walaupun tidak perfect 100%

aku sangat berterima kasih kepada papa n mama aku..
tanpa mereka aku tidak akan menjadi seperti mana aku sekarang..
even dah besar.. umur pun nak mencecah angka '3'..
mereka masih ambil berat..
walaupun aku dan adik beradik aku dah boleh berdikari 
dan membuat keputusan sendiri..

keluarga aku hidup sederhana jak..
aku sudah mula bekerja 'partime' semasa sekolah rendah..
bila cuti sekolah jak, jadi tukang cuci pinggan di tempat anty aku bekerja..
kadang-kadang tolong mama aku or jiran2 aku jual kuih sekitar flat..
even masa aku di Marudi pun aku pernah ikut mama aku berniaga di rumah panjang..

pengalaman seperti itu..
membuat aku 
'flashback'
hal-hal yg orang tua aku lakukan 
untuk menyara kehidupan kami sekeluarga...
dan mendidik kami..

so, aku bersyukur dengan apa yang aku ada pada ketika ini..
hidup aku cukup sederhana..
cuma perlu kerja lebih sikit..
supaya kehidupan masa depan lebih senang..
bukan untuk mewah tapi beroleh kesenangan..
 hehe

ok..nak chow lu..

bubye..

LOVE u Jesus..

chikbeth


: Makeover myself :

huh~~
lama gak pending tajuk untuk post kali ini..
mula2 ingat, pastu lupa..
haha

thats it...
'make over me'
kadang2 aku ni suka juga tengok fesyen2 artis
ala-ala santai gitu..
sesuai untuk pelbagai acara santai..
ye la, sapa lagi kita nak refer kan..
selebriti la..

sometimes,
aku naik bosan cara aku berfesyen..
pergi mana2 pun mcm sama jak..
kalau pergi kerja..
kadang2 ada la jugak luar biasa..
hehe

erm, takda mentor buat masa sekarang ni..
lagipun perlu juga control $$..
takpa la..
slow-slow jak..
ada $$ boleh la berfesyen..
buat masa ni..
make over base on stok yang ada jak..
'mix match' 

i susah sikit..
kalau pakai yang besar sangat nanti nampak lebih rendang..
kalau fit sangat pun susah.. 'seksa' jak rasa sbb orang pandang..
huhu
yang penting just nice to me and my body..
tak over~~

kadang2 terfikir pula nak design and jahit sendiri baju..
susah sikit nak cari baju..
size badan yang super normal..
chubby2 kiut rendang gitu..
hahaha
n susah nak bermimpi guna maxi dress...
sapu lantai jer lebih..

hahaha

ok lar..
i akan bagi masa untuk diri sendiri..
stail ape yang sesuai untuk tubuh ni..
hehehe

chikbeth

 

Wednesday, September 19, 2012

: mr CCX birthday :

oHoo..
tak terasa..
rupanya nak cukup setahun dah 'anak kedua' aku..
mr CCX 1307.. myvi premium aku..
tak lama lagi aku kena spend duit nak celebrate birthday die..
ohoo..ho..
byk jugak die nak cekik darah aku ni..
takper
buah hati kesayanganku..

dah banyak tempat dia bawa aku jelajah
timur barat
utara selatan
naik bukit, turun bukit..
setia menemani aku..

ada juga 2,3 kali sakit..
sakit yang buat aku risau dan tak selesa..
tapi so far,
after admit beberapa hari..
dah ok dah sikit..
version manual. mmg cmtu kot..
kilang buat ala kadar.. huh~~*_*

aduii..
harap dapat la payment untuk project terbaru ni cepat sikit..
tahun depan kena saving awal2 nak celebrate birthday die..
sure die tak minta punya...
kena hantar reminder ada la..

haha

k la 
nak chow isi perut..

LOVE ya 

chikbeth

Sunday, September 16, 2012

: the feelings :

ouch...
i hate this feeling..
again~~
i can feel that...
you know what kind of feeling i say..

this morning,
i open my wifi..
the first words my eyes stare at...
'when you're in love with your friend'
erm, 
haha
i don't think so, i'm in love with my friend..
but i do love him but not more then a friend..

i love to going out with him..
having dinner with him..
its just like to fulfill our free time..
and spend our time together..
i have no other friend that i can bring lepak2..
semua jauh-jauh..
adapun isteri2 org and limited la nak ajak keluar..

the feelings...
how i want to describe this feeling..
my heart not beating..
but i feel sakit, panas, senak..
sometime rasa nak nangis 
i think that's better coz make me feel better
but tak boleh pula nangis..

why or kenapa i feel like this..
because...
honestly, i have 2 persons that willing to layan my sms..
boleh layan every sms lar..
my friends 'A' and my cousin 'B'
sorang Sabah, sorang of coz lar Sarawak...

maybe macam tu kot life orang yg x ramai kawan..
so that, i lebih suka menyibukkan diri..

dengan B, dah slow down..
malas nak ganggu for the time being..
baru seminggu tak bersms tapi mcm dah lama..
so, i afraid i'm annoying him..
sms bukan sekejap.. mau 2,3 jam main sms...
so, pasal itu lar.. dah slow down..
even i boring terpaksa la menolak untuk menghantar sms kat mr B..
if i try hantar pun.. nanti dia tak reply..
i x senang hati pulak..
baik jangan try..haha
biasa sms lar sbb jauhkan..
nak jumpa susah..
tunggu balik Kpg..
itupun kalau terjumpa

then dengan mr A,
kerja dia ni selalu outstation..
hari ni pun dia akan pergi outstation ke pantai timur..
sebulan..
so, bila dia ada d Kuantan..
dia la peneman bila dia ajak keluar..
tapi bila dia free jak la..
sbb dia ada ramai kawan..
so, priority kawan lama lar..
i kira kawan lama juga and jarang2 berjumpa
haha..

even this week pun kami takda berjumpa..
last dinner isnin hari tu kot..lupa dah
then langsung tak sms and keluar melepakss..
 bila dia pergi outstation..
perasaan aku bercampur baur..
rasa sedeh pun ada..
kesepian pun ada ni..
coz lepas ni takda geng melepaks.
takda kawan nak berjalan2 pusing Kuantan..

seriously, aku mmg tak ramai kawan..
ada pun yang sudah berkahwin..
i tak berapa suka nak ajak durg melepaks
limited time..

thats y bila aku kena 'tinggal' mcm ni..
untuk 2,3 hari aku bertarung dengan feeling tuh..
kadang2 perlu nangis baru rasa ok..
tapi tak boleh pula nak nangis..
so, aku perlu belajar untuk control feeling itu..
di luar nampak ok tapi di dalam perghss~~
even just as a friend jak pun..

kalau my housemate balik kampung
and tinggal i sorang
pun terasa jugak that feeling..
rindu kot..
mcm tu..
tapi as i mention earlier..
i only anggap mr A n mr B as a friends
so, kalau lebih2 nanti they ingat i macam desprate nak durg..
i tau mana i duduk..
nak sms pun jadi takut bila ada rasa macam ni..
takut nanti mereka fikir apa..
mengganggu mereka ka..

aku hanya ingin menjadi kawan dan kazen yang boleh di bawa berborak..
kalau mereka ini ada GF, i tak kisah..
menjadi seorang kawan sudah cukup bernilai dari menjadi seorang BF or GF..
sbb dengan kawan kita boleh share segalanya..
dengan GF or BF kita perlu jaga hati..
tak boleh nak gurau lebih2..kan..

Tuhan akan bagi Jodoh terbaik bagi kita semua..

erm, ok la..
itu jak yang aku nak luahkan pagi ini..
dari semalam susah hati..
sebab mr A nak berlepas pagi ini..
tapi dah lama kawan dia dah ok.. dapat terima kot cara aku berkawan..
memang pun boring sbb aku ni kalau blh hidup sesuai dengan peraturan Tuhan..
nak kata baik tak la baik..
tapi sapa2 yang kenal aku
mungkin tahu apa yang aku maksud kan..
haha
 huh~~
kejap lagi mr A berlepas..
bubye..
kalau dia ada sms perlepasan pun dah cukup buat aku tersenyum..
 or aku sms bubye tuk dia..
ada juga ego aku ni...
hahaha

k la..
bubye
nak get ready p church

~happy sunday~