Thursday, October 25, 2012

: bodoh kah aku :

semakin aku ingin memajukan diri..
semakin aku mengalami kesukaran serta pelbagai rintangan yang perlu aku lalui..

erm,
blog ini menjadi tempat luahan aku..
blog ini menjadi pemegang 'RAHSIA' aku..
rahsia yang aku luahkan
BUKAN untuk diwar-warkan kepada pihak lain..
aku buat blog sekadar ingin meluahkan rasa terbuku di hati..
kepada siapa2 yang ada membaca..
biarlah ia menjadi rahsia antara kita..
biar pun aku tidak mengenal si pembaca..

bodoh ka aku..
aku rasa macam hilang masa untuk meng'enjoy' kan diri..
maksud aku enjoy doing my works..
goverment dapat bonus..
swasta mcm we all.. bila ntah..?
everytime tanya.. mesti ada alasan..
aku dah cukup bersabar..

aku perlu bawa kedua-dua kaki aku melangkah keluar dari kawasan ini..
keluar dari comfort zone..
apa yang aku takut sangat???

takut bulan2 takda duit nak bayar duit kereta?
isi minyak?
nak bayar bil telefon?
loan?

baca buku motivasi nak boost kemampuan diri..
tetapi
engkau tetap di tempat yang sama beth...
wake-up, wake-up...
kemudahan yang ada tidak akan berkekalan..
go anywhere you wanna go..

Believe in Jesus Christ..
He will be with you...
Don't wait and no excuses!! for you to develop yourself..
its time!!!
its time!!!

Please!!!!!!
engkau tidak bodoh tapi perlu kan semangat lebih untuk keluar dari kempopong sekarang...

chayok2....
 

Wednesday, October 17, 2012

: MALUNYA..!! :

malu..malu..malu
itu yang aku rasa pada saat ini..
serta sedih pun ada..

at last,
aku call my papa 
tanya dia 'saya nak minta' duit..
boleh~~
huh`~~
terasa sedih pula..
:((
malu lagi lar..
dah besar panjang macam ni..
i minta lagi duit dengan my papa..
huhu...

patut i yang bagi duit kat die kan..

OMG...
GOD.. help me go through this challenging life...
huh~~


: Exercise :

haishh..
hari ni rasa bosan pula..
nak buat kerja pun takda mood..

daripada aku conteng luahan berunsur 'negative'
baik aku cerita benda yang lebih 'positive'

haha
aktiviti aku sejak 2 menjak ini..
erm, seminggu lebih dah i buat kerja ni..
haha
exercise pagi dan petang..
haha
actually, surprise thing is i join aerobic pagi2 hari..
bangun kul 6 am..
buat apa yang patut dalam bilik air..
then, lebih kurang 6.45am..
aku meluncur ke taman gelora untuk join aerobic yang bermula jam 7am.
kalau tengok, senam aerobic ni dihadiri oleh anty2/uncle2 yang 40++ n above..
tapi aku suka nak join..
best sangat..
gerakan senam aerobic memang sesuai sangat untuk regangan otot2..
walaupun simple.. terasa gak otot bergegar..
hahaha
thats y aku macam 'addicted'..
ok juga la.. bagus untuk kesihatan.. 
sihat dan segar..

Petang selepas kerja pula 
aku pergi lagi jogging menemani kawan aku..
sebenarnya aku memang selalu jogging petang2 
if takde aktiviti bermain futsal or badminton di kem..
so, untuk mengelak aku menjadi lebih 'malash'
alternativenya.. pergi jogging..
aku perlu keluarkan peluh..
supaya toksik kat dalam badan ni boleh keluar..
then,
nanti kita akan lebih focus 
segar, bertenaga...
bila melakukan sesuatu perkara..

aduii..
tetapi aku lemau pula minggu ni..
goal untuk setiap hari pun aku tak tulis..
so, kerja aku ketika ini macam banyak 'ngular'
huh~~
benci lar.. keja asyik bertangguh...
walupun tak urgent..
kalau boleh biar dah siapkan awal2..
hari tu jer macam rajin giler..
sekarang 'incik rajin' dah p mana ntah..
kena panggil die semula.. 
halau pula 'incik malas' yang kalau boleh..
langsung tak nak jemput..
erm..
k lar..
chow lu...
bye..

rajin..rajin..
chayok3...

love ya
~chikbeth~ 

Tuesday, October 16, 2012

: 16 OKT 2012 :

Apa signifikan nya tajuk blog aku kali ini..
16 October 2012
means sudah 16 hari kita melalui bulan oktober..
baki $$ belum menjelma..
haishh~~
kesabaran aku diminta meningkat..

aku sedikit stress 
apabila aku memerlukan $$ 
contohnya hujung minggu ini nak menghadiri kelas..
perlukan $$ nak beli tiket bas..

aku hanya ingin berdoa..
Tuhan,
berikan aku kekuatan..
kesabaran..
ketabahan..
sukacita..
yang tidak terhingga buat aku melalui kehidupan pada tika ini..

dan
aku bersyukur
sebab semester ini aku punya 1 kelas sahaja 
dan aku kurang menggunakan $$ untuk perbelanjaan persekolahan..
aku bersyukur
sebab engkau berikan aku kasih yang membuatkan 
aku lebih menghargai diri dan orang lain..
and
 aku menjadi lebih dekat dengan DIA..

Thank you Lord
&
I LOVE U

~chikbeth~

Wednesday, October 10, 2012

: aku menderita.. :

aku menderita.. 
tiada sapa yang tahu..
seperti pernah aku karang ayat seperti ini sebelum ini..

hari ini,
sekali lagi hati aku meronta..
menderita..
bukan aku nak memperbesarkan..
tetapi
saja nak meringankan isi hati...
menenangkan fikiran..perasaan...

goverment baru jer dapat berita gembira..
dapat bonus 1 bulan setengah gaji..

tetapi..
selang sebulan..
perkara ini berlaku lagi..
bayaran lambat masuk..
tapi oklah 
dapat suku bayaran..
menunggu lagi 2 suku..

saman jpj!!
yang membuatkan aku
sedikit tertekan..
aku kalau boleh hendak bayar semaksimum mungkin..
iaitu rm150

daripada suku bayaran yang aku perolehi..
aku dah byr loan aeon
aku dah byr maxis post paid
aku dah cuba save rm150 untuk sama

tetapi..

unexpected thing happened to me last sunday..
aku diserang angin dalam perut..
yang membuatkan aku mengambil keputusan nak pergi klinik..
dapat injection, dapat ubat..
total rm91..
dah bajet lari.

aku kena berjimat..
bayaran kereta tertangguh lagi..

pasal saman
tertulis sekiranya bayaran dibuat dalam masa 0-15hari..
cuma perlu bayar rm150.
selepas itu..akan naik rm50 dan rm150..

tapi bayaran masih tidak menjelma 
walaupun untuk hari ini..

aku jadi penat..
nak memberontak pun aku dah kurang berdaya..
aku cuba meminjam dari rakan lain..
sekiranya boleh..
kalau tidak boleh.. aku cukup faham..

aku cuma ingin ucapkan 
ucapan syukur yang amat..
kerana Tuhan menyertai aku..
biarpun apa aku lalui..
aku sudah boleh mengawal..

aku tidak kurang makan n minum..
Dia tetap menyediakan untuk aku semua keperluan asas itu..

I love u Lord Jesus..
+amen+


 
 

Sunday, October 7, 2012

: You should get married....:

morning semua..
haha
awal pagi begini...
hidup membujang dan tidur ditemani meja labtop di sebelah..
apalagi.. kan
bangun jer, on labtop, on wifi...
online..
biasa aku akan baca online newspaper...
ye la nak mengetahui isu semasa..

Harian metro..
last paper online yang aku baca..
bercerita pasal perempuan bagai pelacur
lelaki yang 'teringin' tp takut isteri

huh~~
macam-macam la dunia sekarang..

ermm..apa kaitan dengan topic aku..
hehe

before ni, ada kawan aku bertanyakan usia aku..
aku cakap lar setahun lagi masuk angka '3'
which mean tahun ni dah berusia 29thn..
nampak tua kan, orangnyer still nampak muda..
*_*
(blushing~~)

then, dia pun cakap...
'patut dah boleh berkahwin'
amboi..senang nyer cakap..
haha

kalau ikutkan..
aku memang bersedia untuk menjadi seorang mummy kepada bakal anak-anak aku..
tetapi..
bila difikirkan kehidupan yang aku lalui sekarang..
bekerja + belajar..
aku harus cakap..
aku belum bersedia 100%

aku kena fokus dengan apa yang aku lalui ketika ini..
setelah semua nya selesai..
baru aku boleh fikir stage seterusnya..

'COMMITMENT'
bukan boleh dipandang ringan oo..
orang boleh cakap, nanti boleh lar reschedule masa..
for me a big NO...

aku mendambakan kesempurnaan dalam setiap perkara..
walaupun sukar untuk sempurna 100%..

hidup bekeluarga tidak boleh dipandang ringan..
bukan just berkahwin
beranak and so on...
tanpa punya matlamat untuk keluarga sendiri..
untuk masa depan pasangan..
untuk anak-anak.. making its worst..
semua itu kena difikirkan pada saat anda benar-benar bersedia untuk hidup berkeluarga..

aku punya anganan untuk kehidupan bekeluarga aku..
walaupun Tuhan maha tau apa yang dia sediakan untuk kita pada masa hadapan..
tetapi..
kita tetap diberi peluang untuk merancang kehidupan kita..

so, 
should i get married..
YES..of course BUT 
tunggu aku sudah bersedia sepenuhnya..
jadi pemerhati untuk kehidupan rakan-rakan disekeliling aku..
cukup untuk aku bersyukur kerana boleh belajar menilai untuk dijadikan pengalaman buat aku..
setiap mereka punya perbezaan cara..

sebab berkahwin bukan sekadar menyatukan dua orang insan
ia lebih kepada seperti 'pekerjaan' @ pelaburan
punya matlamat yang positif..
untuk keluarga, untuk anak-anak..

*aku pun tidak tau hendak mengambarkan kata-kata aku..

just doakan yang terbaik bagi bujang2 sekalian..
biarkan diberikan persediaan yang cukup untuk melalui fasa seterusnya..

+amen+
^_^
 


Wednesday, October 3, 2012

: oucch...!! pimples... *_* :

haha..
bosan2 duduk pejabat sorang..
cara nak isi masa boring ni..
hah~~
berkarya dalam blog aku ini..
hehe

tajuk pada kali ini..
pimples...ouch!!..
really hate it..
dah hampir 7 thn aku bergelumang dengan pimples ini..
since 2005 dooh~~
before tu takde la berketul2..
siap aku sendiri yang sibuk nak cari jerawat ni kat muka..

nah~~
sekarang.. puas dah mengutil pimples ni..
before ni timbul n hilang tanpa tinggal kan kesan..
cuma tahun lepas rasenye..
pimples dah berubah species..
bila tangan gatal nak memicit..
boleh tinggal kan kesan berlubang and berparut pula..
argghh~~
dah la muka mmg ade scars semulajadi..
bila ditambah dengan pimple yg menyebabkan kawah2 ni..
aduiii..

so, sejak itu aku makin aktif mencari cara nak elak berlaku pimples yg berkawah ni..
susah juga..
aku dah cukup jaga muka..
nanti orang luar tengok
ingat aku tak jaga kebersihan..
adoii..

and
early this year...
i noticed.. pimples species baru lagi timbul..
huh~~
pimples pun ikut peredaran zaman ek..
pimples i ni tumbuh sikit2..
mula2 rasa sakit kat kulit ni..
spot area *dagu, bawah hidung -_-
nak picit pun tak bley... nanti akan membengkak pula..
lagi lama nak baik..
so, aku biarkan..
rupanya 'kilang nanah' sedang beroperasi..
aku biarkan lagi..
timbul dot putih...yang akan membesar dlm masa 1 malam..
the next day.. ia akan membesar dengan sihat.. 
so, nampak la dot besar kaler putih kat spot area..
macam chipsmore pun ade gak..
huh~~
bila orang yg pandang.. mesti tegur hok tu -_-
nak pecahkan takut bengkak..
i cuma biasa letak minyak gamat n cuci selalu..
supaya bersih..
lama2 pandai terpecah sendiri..
takde la lama kesan bengkak..
cuma bekas pimples ni lambat nak hilang..
kalau i makan kicap..
lagi lar bertompok2 muka..
haissh~~..
well, perempuan kan..
pasti ada rasa kurang selesa yang teramat sangat...
orang selalu kata perubahan hormon.. or resdung...

MRS 'P' nak jenguk tiap bulan pun mesti ajak pimples ni juga..
huhu...
datang sendiri suda lar..
adoiyaii

aku berharap.. 
tahun ni aku dapat lar..kurangkan sedikit demi sedikit pimples ni..
formula terbaru.. letak minyak gamat asli..
biar muka nampak berminyak asal pimples surut..
nampak lar ada perubahan..
cuma aku kena kontrol makanan..
minyak gamat dah tolong.. 
makanan pun kena tolong la...
huhuhu


chayok2

chikbeth



Tuesday, October 2, 2012

: Makan nasi :

aduiiyaii..
aku rasa sedih pula nak menghabiskan nasi yang aku bungkus pagi tadi..
aku tapau dari kedai pak akob yang terletak kat belakang ofis aku..
aku ingatkan dapat la nak berjimat beli makanan breakfast..
tapi abis juga rm4.00
aku tapau nasi goreng, daging masak kicap + tempe

aku tapau awal supaya tak perlu dah nak keluar lunch..
if tak, aku tak kuar langsung..
kat area ofis takde kedai yang jual roti or buah-buahan ke..
adapun kat seberang jalan..
malas nak lintas jalan..

bunyi macam berkira kan..
memang aku kena bajet lagi bulan ini..
gaji belum dapat uuuu...
entah bila pun tak tau..
aku bersabar jak la..
berjimat selagi boleh..

menderita gak
makan hati gak..
tapi aku malas nak bising2 dah..
as long nanti ada $$ sila bayar..
hutang pun bertambah *_*

kalau ade geng aku nak juga buat kerja part time..
tapi aku tak nak penat kan diri sangat..
sebab aku ada komitment dengan study lagi after abis waktu kerja..
aku kena persiapkan diri untuk menempuh tahun hadapan..
yang mana bagi aku..
merupakan tahun akhir aku belajar..
aku hendak cuba abiskan tahun hadapan..
cukup...
aku hendak memulakan career aku pula..
setelah hampir 4 thn lebih continue study..
 
huh~
bila dalam kesusahan seperti ini..
memang kita sedikit sebanyak sedar akan USAHA yang kita perlu lakukan
untuk meneruskan kehidupan..
 
chayok2 chikbeth
 
Jesus will be with u..
+amen+