Tuesday, September 11, 2012

: hargai orang tua kita :

erm..
tajuk yang agak tegas..
aku tidak tahu berapa ramai di dunia ini yang mempunyai nasib yang sama seperti aku
mempunyai ibubapa sampai saat ini..
aku amat bersyukur
 aku juga tidak tahu berapa ramai yang dapat membesar 
dengan penuh kasih sayang oleh orang tua kita..

aku tidak punya jawapan untuk perkara ini..
aku cuma ingin bersyukur dan berterima kasih 
untuk apa yang aku telah alami sepanjang hidup aku dan kehidupan akan datang..

ada perkara yang membuat aku terfikir akan hal ini..
rakan serumah aku..
baru sahaja mengambil anak angkat..
baby boy yang sangat cute..
okay, semua kanak2 sgt cute..

hal ini membuat aku terfikir..
bila baby ini meragam, merengek,menangis 
dan segala perkara yg boleh buat kita rasa stress..
aku terbayang akan ketika aku masih kecil..
dari aku dan adik beradik aku lahir, membesar menjadi kanak-kanak..
fasa dimana kita tidak mengenal dunia..
hanya tau apa yang kita kehendaki dipenuhi..
hanya tau memberontak bila tidak berpuas hati..
mungkin menyebabkan ibubapa kita marah...
 
bagaimana orang tua aku melayan kerenah aku dan 6 beradik 
pada ketika itu kami membesar..
huh~~
tidak kah kita rasa berterima kasih kepada orang tua kita..
yang sanggup membesarkan kita tanpa mengenal erti BOSAN..
aku tidak mampu untuk mengatakan hal ini dengan kata2..
setiap fasa dilalui bukan 'fasa sekelip mata'
ia merupakan suatu masa yang sangat panjang..

aku baru melalui hal ini selama 2 bulan..
walaupun aku belum menjadi seorang mummy..
tapi 2 bulan melihat anak kawan aku membesar dan cara mereka membesarkan anak 
mungkin tidak cukup untuk aku belajar banyak perkara...
tetapi
memang betul..
tanggungjawab sebagai ibubapa..
SANGAT BESAR dan 
kita perlu betul2 bersedia dari segi mental n fizikal..

OLEH ITU ;
aku cuma dapat katakan pada diri aku dan semua..
HORMATI IBUBAPA KITA walaupun siapa jua mereka..
LINDUNGI MEREKA dikala mereka suda lanjut usia..

aku tidak tahu apa yang perlu ditulis 
jika seseorang itu tidak pernah merasa kasih sayang dari orang tua mereka.. 

I LOVE U LORD JESUS..
Thanks for given me mama n papa..
i love them so much

chikbeth




No comments: