Tuesday, November 8, 2011

: Cari mood :

cari mood..
tapi letak gambar pula..
apa kaitan kan..
hehe

ha~~
cuba teka dimanakah lokasi gambar tersebut..?
betul!!
teh boh plantation sg palas, di Cameron Highland (CH)
cantik tak?


View yang diambil selepas turun dari bangunan tuh~~


view ini masa we all dah sampai destinasi..
.. keadaan kawasan ni hijau jer.
so, try cari angle yang menarik untuk ambil gambar.
dah edit sikit guna microsoft office picture manager..
dapat la rupa gambar di atas..

okay,
we all pergi Cameron Highland 26.10-28.10.2011 atas urusan study.
untuk subjek SBL3076 Studio Resource.
hendak buat resource analysis untuk kawasan CH
kemudian buat synthesis serta mengenal pasti major ISSUE yang ada di CH.
and then..
we all akan buat landscape planning untuk mengatasi issue tersebut atau
apa jua planning yang akan terhasil selepas analysis dan synthesis dilakukan..

erm..
macam banyak sangat kerja nak dilakukan..
tetapi
oleh kerana kekangan masa we all as student cum employee..
we all just buat site survey and maklumat dari secondary data telah banyak membantu..

Tujuan kami ke CH,
supaya kami merasai dan lihat apa sebenarnya keadaan muka bumi di CH..

memang cuaca masih sejuk..
tetapi..
sedih :(
menyakitkan mata + hati
Kegiatan pertanian tumbuh seperti cendawan..
sehingga rizab jalan tidak kelihatan..
habis hutan-hutan di'botak'kan untuk kegiatan pertanian
tidak terkata bagi kami yang datang ke CH untuk melihat kekayaan sumber semulajadi
serta keindahan kawasan CH..

tapi, apapun...
saya hanya share sedikit gambar yang boleh memujuk hati untuk hadir ke CH sekali lagi..
di harap pihak berkuasa daerah CH boleh lakukan sesuatu untuk
mengekalkan keindahan CH..
memulihara kemudahan yang sedia ada..


pokok paku kidang..
antara pokok paku yang sesuai tumbuh di kawasan tanah tinggi..
kalau digunapakai satu sumber dalam tanaman landskap
pasti, mata pun sedap memandang..

sungai..
air sungai di CH mengalir cantik...
deruan air mengasyikan..
tetapi
terbiar dengan pencemaran sampah sarap...

huh~~
sedih...
manusia lebih mengejar kekayaan $$ daripada mengekalkan keindahan kawasan CH..
ada cara yang boleh digunakan..
cuma petani2 moden lebih suka memilih cara ringkas dan murah..

cuba anda fikir..
kawasan tanah tinggi di tarah untuk menanam tanaman seperti kobis, jagung etc..
tanaman ini tidak memiliki akar yang kuat untuk menahan struktur tanah..
ini boleh meningkatkan kegagalan tanah
dan akan menggalakkan tanah runtuh berlaku..

okay la..

itu sahaja coretan kali ini...
berat rasa kepala hendak bercerita lebih mengenai kawasan CH..

huhu

bye

chikbeth

No comments: