Monday, November 7, 2011

: aku senyap :

aku senyap..
kurang bercakap..
tidak tahu kenapa..??
tidak ada 'modal' untuk dijadikan cerita..
nak buat luahan perasaan..
aku lebih suka ambil sikap 'low-profile'
dan
hanya akan berkongsi apabila perlu

entah kenapa?
aku tanya lagi diri aku..
banyak perkara yang aku lalui dalam minggu ini..
perkara yang menyebabkan aku berfikir
sepatutnya aku tidak perlu memikirkan sangat hal sedemikian..
apa yang lebih penting adalah urusan aku dengan Tuhan.
memang sebagai manusia aku kena jaga hati setiap orang
tetapi
mereka tahu kah perasaan aku ketika ini

aku hanya pendam
aku curah pada siapa yang patut agar ada sedikit ruang kelegaan..
aku hanya manusia biasa
tidak punya ilmu yang membaca fikiran orang sekeliling

aku hanya ingin biar masa berlalu
seperti yang dikehendaki oleh Tuhan
manusia ada pelbagai rupa
aku hanya boleh senyap
senyap
dan terus senyap..

kerana
segalanya aku serahkan kepada Tuhan
aku tidak perlu explain apa pun kepada orang2 yang aku fikirkan ketika ini..
kerana Tuhan ada
untuk menjawab bagiku..

Tuhan bersertamu jua..


chikbeth
L.O.V.E

No comments: