Wednesday, March 20, 2013

: BERGOSSIP :

Haha..
rajin pula nak menambah koleksi post aku bulan ini..
tajuk hari ini..
'bergossip'
disebabkan kemalasan melanda..
mengantuk pula hadir..
aku dan kawan aku pun bercerita..
daripada bercerita biasa..
jadi luar biasa pulak..
ada pula sesi luahan rasa..

kalau ikutkan logik..dan difikirkan
itu semua adalah seperti aktiviti bergossip..
ibarat kita menambah 'koleksi dosa' gitu..
huhu
(tau pun~~)
lebih baik membebel kan..
huh~~

itu la orang kata baik kita sibukkan diri dengan keje..
dan
ini juga mungkin sebabnyer sesi gossip ini selalu dikaitkan dengan surirumah 
bila siap kerja rumah.. 
petang2, surirumah kan bawa anak-anak keluar rumah..
jumpa dengan kawan2 yang sama 'jawatan' aka surirumah..
mungkin mula-mula cerita biasa-biasa jer..
lama-lama jadi luar biasa..
lagi lama, jadi terbiasa..
bila selalu berjumpa..
topic biasa..
'bergossip'
sampai tidak sedar perasaan negative terhadap hal yang digossip
tertanam dalam diri..
~cukup bahaya~
kalau tidak sedar..
orang sekeliling yang tidak suka aktiviti ini akan menjauhkan diri
dan akan pandang serong terhadap kumpulan ini..

aku kadang-kadang bila dah mula berborak dengan kawan-kawan..
boleh timbul jugak hal-hal bergossip ini..
tapi aku selalu cakap ini sekadar luahan rasa..
sampai sini sahaja, jangan bawa ke tempat lain..
kadang-kadang 
hal yang melibatkan hati.. 
jika kita rasa tidak puas hati, kita tak boleh simpan..
kita kena share 
tapi tengok keadaan dan juga orang itu..
kadang-kadang ia jadi perlu
supaya orang itu lebih berhati-hati..

aku tahu ia salah..
tapi kadang-kadang bila berseronok berborak
tercerita semua..
itu yang jadi borak luar biasa..

aku selalu kata pada diri aku..
jangan biar jadi seperti batu api..
sekadar peringatan or borak-borak kosong..
yang betul kita amik, yang tak betul kita biarkan berlalu..

itu sahaja aku nak cerita..
masa dah tamat..
nak pergi mengajar tuition pula ni..

bye

Jesus love u

-chikbeth-

No comments: