Tuhan, aku percaya akan kasih yang aku miliki..
aku berkata kepada engkau
bahawa
aku tidak bersedia untuk mengasihi kawan aku melebihi daripada aku mengasihi engkau...
aku boleh sekadar berkongsi dengan mereka apa yang aku miliki Tuhan..
aku tahu aku lemah...
tapi dengan ada engkau penguat aku..
aku tidak akan mengalah Tuhan..
Sertai kehidupan aku??
bukan..
aku perlu menyertai kehidupan engkau bukan mengajak engkau menyertai aku
ya Tuhan..
Kawan biarlah engkau ajar aku cara berkawan Tuhan..
sesungguhnya aku belum bersedia untuk perkara lebih dari seorang kawan
walaupun aku merindui untuk di dekati..
kadang2 aku membiarkan ia berlaku..
selagi tidak melepasi had pergaulan
ya Tuhan..
mungkin aku tidak ikhlas untuk berkawan..
kerana di saat aku stress untuk menyiapkan tugasan aku..
aku sering ingin menganggu kawan aku itu..
aku tidak mahu dia memikirkan aku ini ada 'something' terhadap dia..
seperti yang aku kata kan.. aku belum bersedia..
dan aku percaya..
dia juga menganggap aku tidak lebih dari seorang kawan..
hanya sekadar teman ketika dia sunyi..
andai dia mempunyai 'idea' lain Tuhan..
aku serahkan dalam tangan engkau untuk mengurusnya..
engkau pimpin dia supaya tiada nafsu daging yang menerkam diri dia Tuhan..
aku terima seandainya antara kami hanya sekadar kawan rapat..
tidak lebih dari itu Tuhan..
aku ingin berterus terhadap dia tapi aku rasa belum tiba masanya..
sebab kami baru menjadi kawan rapat..
aku cuma merasa rindu untuk berteman di saat rakan2 aku tiada bersama aku
dia adalah kawan rapat aku pada saat ini..
apa yang penting Tuhan
keluarga aku..
mereka juga patut tahu..
kekuatan aku juga daripada mereka Tuhan..
aku perlu engkau ingatkan bahawa aku berjuang di tempat ini..
bukan untuk diri sendiri
tetapi
untuk engkau (terutamanya)
untuk keluarga aku (semestinya)
serta untuk diri aku sendiri..
aku percaya..
Engkau lebih tahu apa yang terbuku dalam hati aku Tuhan..
apa yang bermain di fikiran aku Tuhan..
aku serahkan keseluruhannya dalam Tangan Engkau..
untuk pemberkatan dari engkau..
dan kepada rakan aku Tuhan..
berkati juga mereka..
hanya engkau yang layak memberkati mereka..
aku hanya mampu berdoa akan kebaikan mereka..
yang terbaik bagi mereka
Semua ini Tuhan aku serahkan dalam nama anak mu Yesus Kristus..
juruselamat kami..
amen..
No comments:
Post a Comment