Friday, October 10, 2008

::sUku Kaum MELANAU::



Bumi Kenyalang sememangnya kaya dengan pelbagai hasil bumi, kehijauan dan masyarakat penduduknya yang pelbagai suku dan etnik. Setiap suku mempunyai keistimewaan dan warisan budaya masing-masing yang unik. Dan setiap suku kaum mempunyai tanggapan kepada kefahaman keagamaan yang berbeza di antara satu sama lain.

Di antara suku kaum ini yang agak penting ialah suku kaum Melanau yang merupakan komoniti penting dalam kemasyarakatan Borneo. Menurut bancian pada tahun 1960, suku kaum Melanau yang menetap di Sarawak berjumlah 44, 661 orang.


Fahaman Keagamaan:
Suku kaum melanau juga tidak terlepas daripada menerima pengaruh daripada agama Islam dan juga Kristian. Tetapi masih terdapat suku kaum ini menganut fahaman tradisional yang berbentuk penyembahan roh, semangat dan sebagainya.


Penempatan utama:
Penempatan utama masyarakat Melanau tertumpu di kawasan muara sungai dan juga di kawasan persisiran pantai. Ini kerana mereka agak bergantung hidup dengan bertani dan menangkap ikan. Mereka juga adalah penanam utama rumbia di Sarawak dan mempunyai kebolehan yang tiada tandingannya dalam penyediaan makanan berasaskan rumbia seperti sagu dan biskut.



Kawasan penempatan mereka boleh dibahagikan dua seperti berikut;
1- kawasan berhampiran laut: Rajang, Paloh, Bebuai, Daro, Matu, Igon, Oya, Mukah dan Bintulu
2- kawasan pedalaman: Dalat, Medong, Kut. Norub, Balingian dan Tatau2.



Organisasi sosial:
Secara amnya pengkelasan masyarakat yang pernah wujud suatu ketika dahulu adalah berdasarkan turutan berikut;
a) bangsa Pengeran: pangkat tertinggi dan merupakan bangsawan Brunei yang mewakili sultan Brunei

dan bertugas mengumpul cukai.
b) bangsa sembilan Pikul (A-Metahei) : pangkat tertinggi Melanau
c) bangsa Tuju' pikul : bangsa kelas pertangahan
d) bangsa Tuju' Betirih: orang tahanan dan hamba
e) Dipen : golongan hamba abdi3.


Akan tetapi sistem pengkelasan berdasarkan pangkat ini hampir tidak wujud lagi sekarang. Lebih-lebih lagi mereka sekarang menghuni di rumah-rumah berasingan bukan lagi rumah panjang.



Beberapa perayaan utama masyarakat melanau ialah:
i- perayaan Kaul: dirayakan setiap tahun dengan tujuan memuja semangat laut (ipok kala) supaya

mewujudkan kedamaian dan menambahkan hasil tangkapan.
ii-Permainan Tibow: merupakan upacara kesuburan. Semasa memainkan permainan itu, mereka akan

menyanyikan pantun-pantun tertentu mengharapkan agar pokok dan tumbuhan
berbuah lebat dan ikan banyak membiak.