Monday, April 16, 2012

: kecoh pasal PTPTN :

aku kalau boleh tak berminat pun nak kecoh2 hal politik ni..
aku akan sokong mana-mana parti yang buat Negara aku aman damai..
bersyukur kerana aku masih boleh bernafas dengan gembira di negara aku ini
tetapi
apabila hal PTPTN di'politik'kan...
aku sama sekali tidak bersetuju

mungkin ramai yang turut tidak bersetuju dengan hal ini..
pemansuhan PTPTN..
sekaligus memberi maksud..
kerajaan akan menanggung hutang

hello..
pelajar2 semua..
dan juga orang luar..
kebanyakannya pelajar yang layak menerima PTPTN
boleh dikatakan pelajar yang dapat PTPTN
sangat cukup untuk 'sara hidup' sepanjang 1 sem..
jika digunakan dengan betul...

and then,
bila dah salah guna..
(cthnya; beli hp, amik lesen etc...)
jangan salahkan pihak terbabit mengatakan 'tidak cukup'

susah semasa belajar adalah WAJIB..!! dirasai setiap pelajar
barulah kita tahu erti kesusahan untuk memperolehi kejayaan
'bukan senang nak senang'

PTPTN hanya membantu meringankan beban ibubapa..
PTPTN seharusnya digunakan untuk bayar YURAN
selebihnya untuk menampung kehidupan sepanjang semester..
so,
pandai2la nak berjimat cermat


sebagai 'balasan' yang disediakan oleh PTPTN

sesiapa yang dapat markah CEMERLANG
Pinjaman akan ditukar sebagai BIASISWA

bagi yang KURANG cemerlang
bayaran balik selepas 6 bulan tamat pengajian
adalah adil...

mungkin ramai juga tidak berpuas hati
caj pentadbiran yang dikenakan
termasuk aku..
amaun pinjaman semakin bertambah..
salah aku juga sebab lambat bayar..

erm, setuju juga kata mantan PM..
sesiapa nak minta mansuh..jangan bagi~~~

Kesimpulannya..
please lar, jangan jadikan perkara ini isu politik...
bayar je, bila dah pinjam..
sama la dengan beli keta, loan bank, loan rmh or etc...
anda semua kena bayar juga..
kenapa tidak dengan PTPTN...

sekian...

^peace ya^



No comments: