Monday, November 25, 2013

: Aku rasa sangat stress :

Tiba-tiba aku rasa sangat stress...
banyak keja aku pending..
aku kurang pasti dapat atau tidak aku settle kan..
aku takut...
aku risau...
semua nya perlukan masa...

dalam aku stress ini..
aku hampir terlupa 
aku ada Dia..

Tuhan, Tolong aku dalam segalanya..
jalan ini pilihan aku..
aku perlu belajar untuk melakukan semua perkara 
dengan terbaik..
walaupun tidak boleh se 'perfect' yang aku mahukan 

biar aku menangis hari ini..
daripada aku menangis..
bila saat semua aku tidak boleh berpatah balik Tuhan..
ya...
semua salah aku..
kerana tidak mengurus masa dengan baik..

aku menyalah kan orang lain..
tapi aku tidak sedar aku juga punca kepada kesemua kesalahan itu..
aku tidak mampu
tapi aku mengatakan aku mampu melakukan semua itu..

+_+
aku ingin jadi kuat Tuhan..
dalam ketakutan aku,
engkau pasti ada bersama aku..

biarpun luaran aku nampak gembira..
gundah gulana aku 
hanya Engkau yang paling memahami ya Tuhan..
hanya dari luahan ini..
ketenangan Engkau kembalikan pada aku..

Terima Kasih Jesus
Terima Kasih Tuhan

I LOVE YOU...

Friday, November 15, 2013

: Saya bangga dan ini adalah benar :

Belajar Daripada Sabah & Sarawak




TAHNIAH! Memang sesetengah ahli politik kita perlu ditegur dan tentu banyak di kalangan kita yang merasa lega kerana masih ada pemimpin yang berpemikiran rasional dan moderat yang berani menegur pihak yang gemar bermain dengan isu perkauman dan keagamaan.
Sejak beberapa minggu lalu, kita mendengar para pemimpin dari Sabah dan Sarawak menegur rakan-rakan mereka dari Semenanjung untuk tidak mambawa permainan politik mereka ke kedua-dua negeri itu.

Dengan tegas mereka mengingatkan bahawa gaya politik yang digunakan di Semenanjung tidak mempunyai tempat di negeri seberang Laut Cina Selatan. Ringkasnya, mereka meminta ahli-ahli politik Semenanjung agar tidak mengganggu mereka.

Seorang ahli politik kanan di Sabah, Datuk Yahya Husin, mengingatkan kita bahawa di negerinya sesuatu yang biasa untuk bukan-Muslim memakai nama Melayu. Antara nama yang dikenali di Semenanjung adalah Datuk Seri Idris Jala yang beretnik Kelabit, beragama Kristian dan datang dari tanah tinggi Bario di utara Sarawak.

Ketika beliau mula dikenali di seluruh negara apabila dilantik menjadi CEO Malaysia Airlines (MAS), banyak yang menyangka beliau seorang Muslim kerana namanya yang berbau Melayu.
Menurut Yahya lagi, menjadi kebiasaan untuk orang bukan-Melayu di Sabah memakai songkok sebagai sebahagian daripada pakaian adat, seperti yang diamalkan di Paitan, sebuah kawasan pedalaman di timur laut negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri itu juga mengingatkan kita bahawa tidak semua orang yang bernama Muhammad di negeri beliau adalah seorang Muslim, manakala seseorang yang bernama David pula tidak semestinya seorang Kristian. Beliau secara peribadi mengenali beberapa orang yang mempunyai nama seperti Muslim tetapi sebenarnya beragama Kristian.

Ini adalah satu peringatan kepada sebahagian besar penduduk Semenanjung – tidak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain – bahawa kita tidak patut membuat andaian sembarangan dan melihat orang lain menerusi jalur perkauman yang sempit.

Banyak di kalangan kita, khususnya orang Cina, yang tidak mampu membezakan antara pakaian adat bagi sesuatu etnik dan pakaian keagamaan. Mereka mengandaikan orang yang memakai sarung atau songkok sebagai automatik beragama Islam.

Jika andaian seperti itu diterima, bererti orang Cina bukan-Muslim tidak harus memakai songkok sama sekali, termasuk dalam acara rasmi.

Sebahagian ahli politik menjadikan songkok sebagai satu isu, tetapi mereka tidak keberatan mengenakan penutup kepala itu ke istana untuk menerima anugerah. Inilah salah satu contoh bagi orang yang gemar mengambil kesempatan dan hipokrit.

Kita juga mengandaikan setiap orang yang rupanya seperti Melayu dan mempunyai nama Melayu adalah Muslim. Apabila kita melihat orang terbabit di gereja atau kuil, kita mengandaikan adanya usaha jahat untuk mengubah agama orang berkenaan.

Saya selalu juga melawat Sabah dan Sarawak dan sering merasa kagum dengan cara penduduk di kedua-dua negeri itu hidup bersama dan saling menghormati sesama mereka. Mereka tidak memiliki rasa kurang senang yang dimiliki oleh banyak orang Semenanjung.

Emak saudara saya – adik kepada ibu saya – mengahwini seorang Melayu Muslim dari Tawau. Suaminya yang berasal dari sebuah keluarga terkenal, adalah seorang yang berfikiran terbuka.
Setiap kali suaminya melawat Pulau Pinang dan menginap di rumah ibu-bapa saya, kami memastikan keperluan makan-minumnya terjaga. Tetapi beliau sendiri tidak pernah cerewet dengan peralatan yang kami gunakan untuk memasak dan menghidangkan makanan. Seperti banyak orang Sabah yang lain, beliau tidak kisah minum kopi bersama kami di kedai kopi biasa.

Begitu juga halnya dengan orang Sarawak.
Saya bertuah kerana mempunyai banyak kawan, rakan sekerja, dan anggota keluarga dari kalangan Muslim yang masih melihat Malaysia dengan pandangan yang amat toleran, berbilang kaum dan berbilang agama.

Sikap banyak ahli politik yang gemar bermain dengan politik perkauman dan keagamaan membuatkan kita semakin ragu tentang masa depan Malaysia. Mereka ini menggunakan pendekatan yang memecah-belahkan dan tampak gembira melihat terbinanya tembok yang memisahkan rakyat Malaysia.

Untung masih ada banyak rakyat biasa di sekeliling kita yang masih yakin dengan negara ini. Akhirnya nanti, rakyat Malaysia yang biasa inilah yang akan memainkan peranan penting.
Adakalanya suara yang waras muncul dari sumber yang tidak diduga. Ketika ahli-ahli politik kita bertikam lidah tentang isu kalimah Allah, sama ada keputusan tentangnya juga akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak atau hanya membabitkan mingguan Herald, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tampil menjelaskan kekeliruan.

Ketua Menteri Sarawak itu bukan seorang ahli politik yang disenangi semua orang di Malaysia, tetapi beliau telah berjaya meraih undi untuk Barisan Nasional dan mengekalkan negerinya sebagai negeri selamat untuk kerajaan persekutuan.

Hakikat itu membuatkan kata-katanya diambil berat.
Kata Taib, “isu Allah antara Muslim dan Kristian di Semenanjung Malaysia tidak menjejaskan penduduk Sarawak kerana kami adalah orang yang bertolak-ansur.”
“Bagi kami (rakyat Sarawak), tiada isu. Kami telah tinggal bersama pelbagai kaum dan agama selama puluhan tahun, malah sebelum Malaysia wujud lagi,” ujar Taib dalam kenyataan umum beliau yang pertama sejak Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh Herald.

Untuk menghapuskan keraguan, Taib – adakalanya dicap sebagai seorang diktator oleh para pengkritiknya – mengisytiharkan bahawa keputusan itu tidak mengikat Sabah dan Sarawak.
Ya, beliau turut bercakap bagi pihak Sabah.

Taib mengaku secara terbuka bahawa beliau telah mempelajari Bible dan mengambil ujian berkenaan kitab itu sebagai seorang pelajar. Menurutnya, “Saya sendiri belajar di sekolah Kristian dan tidak pernah merasa terganggu apabila orang membuat tanda salib, kerana itu adalah agama mereka dan cara mereka mengungkapkan penghormatan kepada Tuhan. Saya boleh memahami perkara itu.”
Menurut Taib, beliau akan bertafakur dan melafazkan doanya menurut cara Muslim ketika rakan-rakan Kristiannya membuat tanda salib.

Pada tahun 2010, Taib juga telah membantah usaha menyekat Bible berbahasa Malaysia daripada dibawa masuk secara bebas ke Sarawak.

Beliau menyifatkan tindakan Menteri Dalam Negeri yang mengarahkan Bible berbahasa Malaysia dicetak dengan nombor siri sebagai “idea bodoh” yang tidak harus diterapkan kepada Sarawak. Beliau juga menganggap sekatan ke atas Al-Kitab sebagai tindakan tidak masuk akal.
Perlu disebutkan di sini bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah memberi jaminan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan penggunaan kalimah Allah tidak dikuatkuasakan terhadap Kristian di Sabah dan Sarawak.

Menurut Najib, kandungan Perjanjian 10 Perkara yang diputuskan oleh kabinet berkenaan isu itu akan diterapkan untuk kedua-dua negeri tersebut.

Kita di Semenanjung ini harus merasa malu. Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak, bah!

Wednesday, November 13, 2013

: TERIMA KASIH :

TERIMA KASIH
tidak perlu diucapkan mengikut waktu tertentu..
ia boleh di ucapkan bila-bila masa..
tetapi
kadang-kadang ada juga yang malas ingin menyatakan terima kasih

Dalam blog kali ini,
aku ingin mengucapkan syukur dan terima kasih
dengan kehidupan yang aku lalui
dengan orang-orang yang aku jumpa setiap hari..
kadang-kadang manis,
kadang-kadang pahit

bagi aku, pahit lebih banyak mengajar kita tentang kehidupan..
aku selesa hidup berdikari..
aku selesa bergerak sendiri..
aku suka membuat keputusan sendiri berkenaan kehidupan aku..
yesh, mengikut keadaan aku ketika ni..
berjauhan dari keluarga..
advice dari kawan-kawan sangat dialu-alukan..
tetapi aku tidak suka 'bergantungan' sangat dengan orang keliling aku..

sebelum ini mungkin kurang perasan
akan rasa 'terkongkong'
sebab kebanyakan rakan-rakan aku membenarkan
aku mengikut rentak hidup aku sendiri..

apabila berada di tempat baru..
aku rasa terikat..
aku cuba adapt keadaan sekarang..
aku tak boleh.. 
aku lebih suka layan kehidupan sendiri..
and
aku tidak mahu -ve feeling/environment absorb dalam kehidupan aku..
 aku mahu hidup ceria gembira..
mungkin aku perlu memahami mereka lagi
atau mereka perlu memahami cara aku..

masa aku masih bersekolah,
aku kurang bercakap..
bila aku further study,
aku belajar bercakap 
dan jadi sangat banyak bercakap..

sekarang aku belajar untuk simpan cerita yang tidak perlu dikongsi..
membuatkan aku
seolah-olah berat mulut untuk bercakap..
 hal ini menjadi habit, 
so, banyak hal belum aku share dengan kawan-kawan/keluarga aku..

hehe
lari 'track' pula cerita aku..

sebenarnya aku ingin berterima kasih
dengan kawan-kawan aku..
cara kami berkawan
bila duduk serumah...
cara pergaulan
membuatkan aku lebih menghargai kehidupan
kenal erti berdikari
kenal erti susah dan senang membina kerjaya...
walaupun kita tiada siapa2 di dunia ini..
kita masih ada Dia yang akan membantu kita..

kawan datang dan pergi..
sahabat yang sentiasa ada walaupun jarang bertemu..
Dia merupakan sahabat terbaik aku..

Terima Kasih
diatas kehidupan yang diberikan..
dan akan terus mencari pengalaman dalam kehidupan ini..

susah lebih senang daripada hanya mengenal senang...

Love ya
^_^



Thursday, November 7, 2013

: KEGILAAN KU :

Haha
sebelum aku meneruskan tugas sekolah ku..
nak karang sikit..

aku ada sedikit kegilaan sejak akhir ini..
bukan aku 'gila'
masih waras lagi...

cuma
kegilaan terhadap barang2 yang aku rasa aku suka sangat...
buat masa ini aku boleh bagitau 3 hal
tapi rasa nya 2 hal paling aku 'gilakan'
dan
1 hal aku boleh kata perlu ambil masa yang lama untuk memilikinya..
but nothing is impossible 'right'
haha

okay...
hal yang pertama..
aku gila serta teringin untuk memiliki telefon pintar 
Samsung Note 3
korang mesti tak tahu kenapa aku nak sangat beli handphone jenama ni..
salah satu sebab yang paling utama..
boleh sketch...
so, kita boleh tulis bila2 masa kalau ade idea..
maklumla,
kerja & study aku ada kaitan dengan kerja-kerja seni..
 Tak kisah la besar or outdated ke time aku nak beli nanti
harap stok masih ade..
especially Note 3.. <

hal yang kedua,
aku nak beli baju GB13 Keluaran khas untuk Sarawak jer..
orang luar nak pakai boleh kot..
tapi orang jer yang ramai..
baju ni dicipta sempena sokongan kepada pasukan bola Sarawak..
aku pun last minit tau..
orang post di facebook..
baru sibuk nak jugak..
buat masa ni takde stok..& aku nak berjimat cermat lu
mrCCX banyak minta $$ bulan ni...
tapi hal no 2 ni suam2 kuku jer..
slow2 dapatkan..
haha

hal yang ketiga
hahaha
aku tak nak kata perkara ni mustahil..
Tuhan ada apa saja rencana untuk kita..
jika kita ada usaha..
hal no 3 ini.. adalah...^_^

 tada~~ hahaha

ini la hal kegilaan aku sekarang ini..
smart kan.. BMW X1 2013
hjg minggu lepas terjumpa kereta ni.. 
plat no.. CCX122
sbb plat abjad sama, kakak aku tegur..
aku dekatkan mrCCX aku..
OMG!!
X1..!! pengsan~~
tapi kaler putih..
before ini jumpa kaler blue black kot..
kat depan KLCC pun ade iklan kan keta ni..
lagi pengsan..

minggu ni aku buat rombakan besar2-an 
cover photo di fb tukar
ada qoute lagi, 
"nothing is impossible, the word itself say 'i'm possible"
selain itu, 
wallpaper hp aku, 
desktop aku dah ada gambar X1 jugak..
whiteboard pun aku print and pin-up tau..
 free sikit memang aku jenguk gambar2 BMW X1 ni..
siap tengok harga.. 
tak sampai setengah juta
tapi boleh beli rumah kot..
haha
kalau murah rezeki.. dapat la aku merasa kereta ni..
percaya sahaja qoute tadi.. 
hehe

so, ini la kegilaan aku..
gila tak gila..
hehe
motivasi jugak tu..
nak bagi rajin lebih sikit..

okay, done!!
nak buat keja kejap..
kul 10 ada game futsal..
join jer..bersukan... i like..^_^

LOVE ya..