Monday, September 27, 2010

: malas :

Sepanjang hari ini,
aku cuba mencari kenapa aku sangat susah untuk menyiapkan sesuatu kerja
adakah ia berkaitan dengan sikap MALAS
adakah sikap ini telah menerjah kehidupan kerja aku...
kalau diikutkan aku tidak ada masalah melakukan kerja-kerja lain
aku jadi hilang mood bila hendak membuat kerja-kerja ofis..
dapat buat tapi slow
so,
apa yang aku buat??
aku cuba cari bagaimana untuk mengatasi sikap malas ini..
jika simptom2 yang aku alami ini blh menghasilkan sikap malas
di internet sangat banyak cara2..
1) Membuat Tujuan
2) Mengasah kemampuan
3) Pergaulan Dinamis
4) Disiplin diri

antara 4 cara yang perlu di lakukan untuk mengatasi sikap malas ..
jika ingin mengetahui lebih lanjut..
sila rujuk;-

ubat mujarab adalah dengan menumbuhkan kebiasaan
mendisiplinkan diri
dan
menjaga kebiasaan positif tersebut.

Sekalipun seseorang memiliki cita-cita atau impian yang besar,
jika kemalasannya mudah muncul,
maka cita-cita atau impian besar itu akan tetap tinggal di alam impian.
Jadi,
kalau Anda ingin sukses, jangan mempermudah munculnya rasa malas.

selamat maju jaya

^be positive^
chikbeth

No comments: