Saturday, January 25, 2014

:Tidak simpan dalam hati:

apa perkara yang kita akan simpan dalam hati..??
banyak hal kan..
hal gembira,
hal sedih,
hal memalukan,
hal marah,
hal tak puas hati
dan banyak lagi..

sungguh unik kan..

erm.. 
banyak hal yang berlaku dalam kehidupan aku
sepanjang aku berada di perantauan..
itu tidak termasuk hal yang aku telah lalui dari zaman aku masih kanak-kanak

tetapi
hal yang berlaku di Kuantan
banyak memberi aku pengajaran..
dari aku jenis orang yang mudah ambil hati.
simpan dalam hati
sehingga aku

boleh

berubah sedikit demi sedikit
cuba untuk menjadi orang yang tidak menyimpan dalam hati
terutama hal yang melibatkan perasaan berunsur negative
seperti marah, benci, dendam....

dulu, semasa aku mula-mula merantau..
usia masih belasan..
emosi memang masih kurang matang..
marah mesti ada..
bila marah.. ambil masa untuk pulih..
bukan sehari dua, berminggu juga ada..
 tetapi 
aku berdoa untuk di beri kematangan dalam menempuh kehidupan tanpa keluarga bersama aku..

Thank God,
He listen to my prayer..

aku belajar menjadi seorang yang lebih mudah memberi maaf
walaupun sukar untuk melupakan sesaat..

sekurang-kurangnya Tuhan membantu aku tidak menyimpan hal itu dalam hati
walaupun masih terngiang-ngiang di fikiran..

kenapa aku bertindak demikian..?
bagi aku hal seperti itu tidak memberi apa-apa manfaat..
ia hanya akan menimbulkan perasaan benci dan dendam..
dan aku sudah puas merasa perasaan itu..
so, 
aku sudah belajar dan diajar untuk menjadi lebih 'ringan' 
dalam hal yang tidak berfaedah..

terpulang kepada yang merasa marah terhadap aku..
aku sudah melupakan, memaafkan...
Tuhan adalah lebih penting dari semua hal...

bila aku membebel, bergossip, mengumpat etc..
hanya pada ketika itu..
ya,
bunyi seperti sikap yang tidak elok..
dan aku berjanji ia tidak akan terjadi lagi..
cuma
aku sekadar ingin meluahkan isi hati..
supaya lebih tenang dan selesa..
meneruskan kehidupan di bumi ini dengan hati yang gembira..

+amen+

LOVE YA..


Friday, January 24, 2014

: macam-macam berlaku 2013/2014 :

halu..
happy new year 2014..
before ni dah nak karang post baru tetapi page untuk mengarang 'hilang'

so, karangan aku tertangguh dan dah tak ingat..
its ok..
just dengar and baca apa post yang aku ingin luahkan..

macam-macam berlaku
okay~~
apa maksud aku..
 bulan january lagi seminggu nak berlalu..

aku merasakan seperti tidak berpijak di bulan january 
kenapa?
awal january aku sibuk dengan persiapan portfolio..
hari kejadian yang aku harap hadir lambat lagi..
tetapi masa kita tidak boleh hentikan
ia tetap berputar..
setelah selesai semua..

aku kembali bertugas untuk 2 hari 
sebelum memulakan percutian..
~balik kampung selama 10 hari~

sepanjang di kampung 
aku banyak luang masa membantu parent aku di kedai..
empat hari terakhir,
aku perlu balik kampung untuk menziarah datuk aku 
dan juga sembahyang untuk setahun pemergian nenek aku..

aku balik ke Bintulu pada hari Sabtu petang 
dengan menaiki bas..
keesokan nya
aku dan adik serta keluarga fly ke Kuala Lumpur..

aku spend masa bersama keluarga adik aku di KL 
sebelum kembali ke Kuantan pada pagi isnin.

Kembali bekerja seperti biasa..
ada perkara yang tidak menyeronokkan
iaitu..
GAJI..
bukan menunggu gaji bulan january..
tetapi gaji bulan December..
 belum kami perolehi
 haish~~

Sabar pun ada had nya..
dah la komisen pun bayar sikit2..
aku jadi seperti peminta sedekah setiap kali memerlukan duit..
huhu

tapi sehingga saat ini 
aku tetap bersabar..
jangan kita memberontak..
Tuhan pasti ada membantu kita..

itu la ceritera macam2 dari ku..
sekian

..LOVE YOU LORD..

 

Monday, January 6, 2014

: 60% Merdeka :

hye blogger semua..
selesai sudah semua misi semester ini
..
walaupun portfolio sudah selesai..
aku masih belum rasa 100% misi selesai..
masih perlu menghantar report topical study

report aku masih perlu ditambah isi and perlu disusun semula..
supaya aku boleh hantar untuk di hardcoverkan..
then submit di UTM..

Thanks God,
aku beroleh kelepasan..
walaupun tiada kepuasan yang aku miliki..
pada awalnya
aku ingin berundur..
kawan-kawan aku tidak membenarkan..
aku dalam keterpaksaan..
merelakan bantuan diberi..
dan terus berfikir positive..
kerana pengunduran aku 
akan menyebabkan kekurangan pelajar

mmm...
bukan lulus yang aku cari..
mendapat CTP bukan harapan aku
juga bukan perkara yang mengembirakan aku
tetapi..
KEPUASAN dalam aku menimba ilmu..
aku bukan la pelajar yang cemerlang..
aku seorang yang agak lemah untuk memahami dalam pelajaran..
aku banyak mengambil masa untuk memahami 100% apa yang aku kaji..

Tuhan sudah memberi jawapan bagiku..
itu yang aku tuai, itu lah hasil yang aku peroleh..

aku kembali mencari semangat..
supaya semester depan aku beroleh persediaan yang total..
aku ingin tunjuk
bahawa aku juga boleh..

aku mesti melakukan perubahan..
aku mesti berada di luar zon selesa..

Tuhan sertai aku..
dalam apa jua yang aku fikir dan hendak lakukan..
lindungi aku..
I LOVE YOU...

+amen+