Tuesday, July 8, 2014

: JULY post : pelik??

ohoo..
June takde post
bukan busy.. banyak hal..
 tapi hari ni..

aku teringat tentang blog..
*luahan jer nak tenang hati

Jumaat lepas ade "kes" berlaku di ofis
aku dan bos
bos membebel dgn high tone
aku senyap jer 
takde sikit pun aku balas..
hal keja
kalau nak explain sure berjela2
 
see, ayat aku highlight
"aku dan bos"
 
takde kena mengena dengan seorang lagi..
kenapa pulak hari ni macam dia yang ada hal dengan aku..
pelik kan
tak bertegur pula..
dia tak tegur aku..
aku buat senyap jer..
kalau bercakap tidak kena layan..
buang masa dan akan mendatangkan sakit hati..

baik senyap..
 
aku serahkan apa jua hal aku pada Tuhan
Dia yang maha mengetahui segalanya..
sekurang-kurang hal ini menyedarkan aku 
"seorang Bapa menegur kesilapan seorang anak"
 supaya 
jelas kembali JALAN yang patut diikuti 
 
biarpun bukan kita salah..
kita akui sahaja
sebab Tuhan Bapa yang ada di syurga lebih mengetahui
perkara yang benar..
 
tak ada guna hendak menegak benang yang basah

*immanuel*

LOVE +JESUS+MORE

 
 


Friday, May 16, 2014

: its May 2014 :

halu everybody...
bulan ni banyak kisah berlaku dalam kehidupan aku..
sebelum ni pun memang ade
but
takde la sebanyak bulan May..

Keputusan aku untuk apply cuti sebulan
tanpa gaji u all...
aku tak fikir pun pasal aku akan kekurangan duit..
yang penting FOCUS aku untuk studio finale...

walaupun tahun ini kira ekonomi memang & sangat merosot..
Hanya Tuhan dan orang di pejabat jer yang maha mengetahui..
start december... gaji lambat dapat..
bulan Mac.. masyuk sekejap..
and then...
outstanding again start bulan April..
Bagaimana kau boleh survive..
Hanya TUHAN yang bantu aku...

Kemudian, 
hal cuti pun boleh jadi isu..
aku sebenarnya tidak berpuas hati..
aku datang ofis awal bulan May tidak di kira sebagai aku bekerja..
haish..
sabar jer la..

PENCATUAN banyak perkara/hal memang sedang berlaku..
termasuk cuti aku baki 3 hari tahun lepas pun kena catu..
member sorang tak pulak kena catu..
tak adil kan..
erm...
sabar kot..

and then..
dah seminggu cuti aku still kena buat keje ofis..
maklum la takde backup designer...
aku buat jer..
tanggungjawab kan..
aku kan belajar untuk jadi seorang yang professional..

minggu lepas..
aku telah buat keputusan..
dalam masa 24 jam..
aku DROP subjek studio..
even aku dah pernah hantar borang nak konvo..
aku terpaksa cancel..
aku tak mampu nak capai aim aku dalam menyiapkan studio final..
even aku kata tak melibatkan hal2 di atas..
tetapi sedikit sebanyak mungkin terkena tempias..
(motivation down)
buat studio banyak kena focus, emosi kena balance, fulus kena ade..
huhu..
dugaan kan...

and last but not least..
aku ada member baru..
biar baru kenal tahun ni... aku cakap jer member..
aku tak kisah la
but first jumpa dah buat bisness jual insuran & travel...
hello..
lain kali kalau nak jumpa pasal hal macam tu..
straight to the point..
don't let me treat u as a long time punya kawan..
(sbb before ni dah berwhatsapp, sms bagai..lawakss )
jumpa2 jual insuran.. hampeh..
never happen to me before..
(aku tak bermaksud untuk ada hubungan lebih okay~~)
cara tu tak sesuai..
 tak gentle langsung..

and..
member aku ini dan kawan2 dia
(biasa lelaki la)
first impression
 think that i'm (ada unsur2) 18sx punya person ka?
huh~~
they way talk/treat
macam la aku ini fikir sangat hal2 18sx.. huh~~
bengong..
salah orang la..
nasib baik aku dah matang aku layan secara POSITIVE..
aku tanya balik..
 adakah luaran aku melambangkan perangai aku?
its really complicated to explain how i act..
tapi sapa2 yang kenal aku..
memang mengenali aku sedikit sebanyak..
but sometimes its good to have that kind of situation.
we learned about it..
(lesson learned, don't trust people 100%)
be careful...!!

orang2 macam ni la (18sx) bila they try to contact me back, its hard for to accept..
although only as a friends..
Please think about your life not sex

apapun
yang penting..
aku ingat Tuhan,
aku ingat keluarga aku,
aku ingat asal usul aku,
aku ingat apa yang aku perlu JAGA..
bukan nak tunjuk berani 
tapi make it balance.. 

YANG BAIK JADIKAN TELADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN
~simple~

 Thank GOD.. HE is with me..


Sunday, March 16, 2014

: Masalah :

morning...

semoga Tuhan menyertai aku dalam masalah yang aku alami pada saat ini...
amat memerlukan pertolongan mu pada saat ini Tuhan..

tolong aku,
bantu aku,
mungkin aku seorang yang agak lemah dalam hal yang bukan menjadi minat aku ketika ini..
tapi aku suda ada di penghujung jalan..
aku tidak mungkin berpatah balik..
engkau memberi kekuatan kepada aku untuk melalui semua ini..

memang
aku amat lemah dalam menyediakan idea baru untuk perkara baru..
yang bukan menjadi minat aku..

berikan aku sedikit tenaga 
semangat dan kebijaksanaan Tuhan..
agar aku dapat melalui minggu ini dan hari seterusnya dengan baik..
dan terancang

ajar aku untuk mengurus masa dengan baik..
mengurus kerja aku dengan baik..
mengurus wang aku dengan baik..

yang penting masa yang aku peruntukan untuk bersama engkau Tuhan..
berdoa, bercakap dengan engkau..

aku meminta maaf
kerana aku tahu aku telah berbuat dosa..
aku mengajar diri aku untuk menipu..
yang aku cuba untuk tidak mengamalkan ia dalam kehidupan aku..

Tuhan Sertai aku..
Sertai juga pesawat MH370
beritahu kami dimana ia berada.. 
agar semua nya kami tahu akan keadaan terkini
pesawat serta penumpang..

sesungguhnya kau maha mengetahui..
ini doa aku..
ampuni dosa aku Tuhan..
ampuni aku..

dalam nama Yesus.. aku berdoa 
+amen+


Friday, March 14, 2014

: He is here...!! :

hye,

Just want to drop a few words..

He is here..
my crush.. candy crush..
huahahaha

gatal~~
seram sejuk berdebar- debar jer aku rasa..
haha

minat jer...
bukan nak lebih2.. 

normal la kan.. 
 ok thats all

bubye~~


Saturday, January 25, 2014

:Tidak simpan dalam hati:

apa perkara yang kita akan simpan dalam hati..??
banyak hal kan..
hal gembira,
hal sedih,
hal memalukan,
hal marah,
hal tak puas hati
dan banyak lagi..

sungguh unik kan..

erm.. 
banyak hal yang berlaku dalam kehidupan aku
sepanjang aku berada di perantauan..
itu tidak termasuk hal yang aku telah lalui dari zaman aku masih kanak-kanak

tetapi
hal yang berlaku di Kuantan
banyak memberi aku pengajaran..
dari aku jenis orang yang mudah ambil hati.
simpan dalam hati
sehingga aku

boleh

berubah sedikit demi sedikit
cuba untuk menjadi orang yang tidak menyimpan dalam hati
terutama hal yang melibatkan perasaan berunsur negative
seperti marah, benci, dendam....

dulu, semasa aku mula-mula merantau..
usia masih belasan..
emosi memang masih kurang matang..
marah mesti ada..
bila marah.. ambil masa untuk pulih..
bukan sehari dua, berminggu juga ada..
 tetapi 
aku berdoa untuk di beri kematangan dalam menempuh kehidupan tanpa keluarga bersama aku..

Thank God,
He listen to my prayer..

aku belajar menjadi seorang yang lebih mudah memberi maaf
walaupun sukar untuk melupakan sesaat..

sekurang-kurangnya Tuhan membantu aku tidak menyimpan hal itu dalam hati
walaupun masih terngiang-ngiang di fikiran..

kenapa aku bertindak demikian..?
bagi aku hal seperti itu tidak memberi apa-apa manfaat..
ia hanya akan menimbulkan perasaan benci dan dendam..
dan aku sudah puas merasa perasaan itu..
so, 
aku sudah belajar dan diajar untuk menjadi lebih 'ringan' 
dalam hal yang tidak berfaedah..

terpulang kepada yang merasa marah terhadap aku..
aku sudah melupakan, memaafkan...
Tuhan adalah lebih penting dari semua hal...

bila aku membebel, bergossip, mengumpat etc..
hanya pada ketika itu..
ya,
bunyi seperti sikap yang tidak elok..
dan aku berjanji ia tidak akan terjadi lagi..
cuma
aku sekadar ingin meluahkan isi hati..
supaya lebih tenang dan selesa..
meneruskan kehidupan di bumi ini dengan hati yang gembira..

+amen+

LOVE YA..


Friday, January 24, 2014

: macam-macam berlaku 2013/2014 :

halu..
happy new year 2014..
before ni dah nak karang post baru tetapi page untuk mengarang 'hilang'

so, karangan aku tertangguh dan dah tak ingat..
its ok..
just dengar and baca apa post yang aku ingin luahkan..

macam-macam berlaku
okay~~
apa maksud aku..
 bulan january lagi seminggu nak berlalu..

aku merasakan seperti tidak berpijak di bulan january 
kenapa?
awal january aku sibuk dengan persiapan portfolio..
hari kejadian yang aku harap hadir lambat lagi..
tetapi masa kita tidak boleh hentikan
ia tetap berputar..
setelah selesai semua..

aku kembali bertugas untuk 2 hari 
sebelum memulakan percutian..
~balik kampung selama 10 hari~

sepanjang di kampung 
aku banyak luang masa membantu parent aku di kedai..
empat hari terakhir,
aku perlu balik kampung untuk menziarah datuk aku 
dan juga sembahyang untuk setahun pemergian nenek aku..

aku balik ke Bintulu pada hari Sabtu petang 
dengan menaiki bas..
keesokan nya
aku dan adik serta keluarga fly ke Kuala Lumpur..

aku spend masa bersama keluarga adik aku di KL 
sebelum kembali ke Kuantan pada pagi isnin.

Kembali bekerja seperti biasa..
ada perkara yang tidak menyeronokkan
iaitu..
GAJI..
bukan menunggu gaji bulan january..
tetapi gaji bulan December..
 belum kami perolehi
 haish~~

Sabar pun ada had nya..
dah la komisen pun bayar sikit2..
aku jadi seperti peminta sedekah setiap kali memerlukan duit..
huhu

tapi sehingga saat ini 
aku tetap bersabar..
jangan kita memberontak..
Tuhan pasti ada membantu kita..

itu la ceritera macam2 dari ku..
sekian

..LOVE YOU LORD..

 

Monday, January 6, 2014

: 60% Merdeka :

hye blogger semua..
selesai sudah semua misi semester ini
..
walaupun portfolio sudah selesai..
aku masih belum rasa 100% misi selesai..
masih perlu menghantar report topical study

report aku masih perlu ditambah isi and perlu disusun semula..
supaya aku boleh hantar untuk di hardcoverkan..
then submit di UTM..

Thanks God,
aku beroleh kelepasan..
walaupun tiada kepuasan yang aku miliki..
pada awalnya
aku ingin berundur..
kawan-kawan aku tidak membenarkan..
aku dalam keterpaksaan..
merelakan bantuan diberi..
dan terus berfikir positive..
kerana pengunduran aku 
akan menyebabkan kekurangan pelajar

mmm...
bukan lulus yang aku cari..
mendapat CTP bukan harapan aku
juga bukan perkara yang mengembirakan aku
tetapi..
KEPUASAN dalam aku menimba ilmu..
aku bukan la pelajar yang cemerlang..
aku seorang yang agak lemah untuk memahami dalam pelajaran..
aku banyak mengambil masa untuk memahami 100% apa yang aku kaji..

Tuhan sudah memberi jawapan bagiku..
itu yang aku tuai, itu lah hasil yang aku peroleh..

aku kembali mencari semangat..
supaya semester depan aku beroleh persediaan yang total..
aku ingin tunjuk
bahawa aku juga boleh..

aku mesti melakukan perubahan..
aku mesti berada di luar zon selesa..

Tuhan sertai aku..
dalam apa jua yang aku fikir dan hendak lakukan..
lindungi aku..
I LOVE YOU...

+amen+