Minggu lepas aku kata aku rasa 'lemau'...
kurang bersemangat..
minggu ini aku rasa stress..
kereta masuk workshop (baiki gearbox)
p kerja pinjam kereta member rumah
(dia kata nak 'sewa'kan)
(aku tak tahu dia serius atau tidak)
(aku jadi confuse akan kenyataan kawan aku itu)
(kalau dia nak sewakan, aku pun gaji cukup makan jer, nak bayar sewa macam mana)
Hari ini start praktikal,
Tempat praktikal pula nak aku stay full time di ofis..
(sedangkan aku bekerja)
Minta pandangan bos
(bos pun tak tahu nak bagi jawapan apa)
3 perkara ini cukup membuat hati aku berasa sakit..
aku bagaikan hilang kekuatan untuk berhadapan dengan perkara ini...
rasa hendak mengalirkan air mata pun ada..
tapi aku kena kuat, kena tabah, kena sabar
aku ada
Tuhan yang menyertai aku dan kekuatan aku...
Mungkin aku tidak akan merasa stress
sekiranya..
kawan aku hanya bergurau tentang 'sewa' kereta
tempat aku praktikal boleh bertolak ansur dengan aku..
(bila boleh bertolak ansur, bos x perlu campur tangan)
atau
bos aku boleh bagi jawapan yang bernas..
(aku kan bekerja bawah dia.aku akan terima apa keputusan yang diberi..)
aku cuma praktikal.bukan nak berkhidmat terus di tempat praktikal aku..
mencari ilmu dalam bidang landscape..
Jika perkara diatas terjadi...
aku tidak akan merasa 'ketepuan' otak seperti sekarang ini..
mungkin ini adalah dugaan yang aku perlu hadapi minggu ini..
Tuhan menyuruh aku belajar untuk berfikir, mencari keputusan yang terbaik untuk apa yang aku lalui ini..
aku tidak boleh membebel or menyalahkan mana2 pihak..
semuanya aku harus fikir dan selesaikan sendiri..
memang ada diantara kawan2 aku kongsi dan minta pandangan..
aku nilai juga..mana nasihat yang terbaik aku ambik..
Tuhan Lindungi aku..
I l.o.v.e U
chikbeth
No comments:
Post a Comment