Wednesday, December 10, 2008

:STAMP week:


haluu kengkawan i..
ada tak yang minat kumpul stamp, kumpul first day cover and duit???
hah~last week adalah minggu setem @ stamp week..
tema kali ni 'the kampung boy'
atau
lebih di kenali dengan nama LAT
so, pihak pos Malaysia menjadikan 'malaysian cartoons' ni sebagai tema untuk minggu setem kali ini.
sedikit maklumat mengenai kewujudan 'siri kampung BOY'

Generasi muda Malaysia akan lebih mengenali Lat sebagai pencipta siri animasi Kampung Boy yang disiarkan di rangkaian Astro. Siri animasi 26 episod yang mendapat sambutanyang hangat sejak ia mula disiarkan pada tahun 1998 adalah olahan dari buku kartun Kampung Boy yang mula diterbitkan pada tahun 1979. Selain daripada Malaysia, siri animasi itu juga disiarkan di rangkaian televisyen di Kanada dan Jerman, dan juga pernah memenangi anugerah Animasi Terbaik di Annecy Animation Festival, Perancis pada tahun 1999.

Bagi mereka yang lebih berusia pula sudah pasti mengenali hasil karya Lat sejak dia mula melukis kartun untuk akhbar Berita Minggu dari tahun 1960-an. Lat kemudiannya mula melukis untuk akhbar New Straits Times dari tahun 1974 sehingga kini.

i pula tidak tahu pun ada stamp week cuma tahu stamp 'kampung BOY' akan keluar..
Nasib baik kakak i faham akan HOBBY i..
stamp week ni pihak pos Malaysia adakan selama 1 minggu iaitu dari 1/12 - 7/12
i sempat pergi last day
tapi
sebelum tuh
kakak i dah belikan stamp, miniature, first day cover
kebetulan i pergi KL thats week
so, kira beruntung la kakak i teman kan i pergi juga..
huh~~ kalau bekal duit banyak..
alamat abis la duit i beli stamp2 yg ada..
pergi sekejap tu pun abis berpuluh hinggit...
i jenis yang suka kumpul setem dari Malaysia jer..
kalau setem luar tuh.. kurang..even klu beli pun nak setem MALAYSIA
kalau setem luar negara
i suke dpt setem dr org lain daripada membeli..

ini lah aksi2 melihat setem..haha
kebanyakan setem yang di pamerkan i dah beli..
sebab..kalau latest punyer HARUS i beli.

huh~~tak sangka i, ramai juga yang minat kumpul setem kat area KL jer.. tempat2 lain tak tahu lagi cmner..huhu

gambar yang i amik tuh dari first floor Times Square. nampak tak ramai..KAN kalau berkumpul bersama2, mau sesak especially time nak cop stamp.. post Malaysia sediakan cop setiap hari dari 1/12-7/12/2008

so, sapa2 yg pergi last day..penat la nak mengecop semua termasuk la i.

haha

okla..itu sahaja cerita pasal SETEM i. even bukan fanatic tapi i suker kalau ade stamp terbaru..

first day cover lagi best, ada bagi info brochure..

No comments: