Monday, December 23, 2013

: perubahan :

haluu..
Selamat bercuti kepada kawan-kawan yang akan bercuti
sempena perayaan Krismas..

2014 bakal menjelma..
aku rasa seperti memerlukan perubahan..

semalam ketika aku berjalan-jalan di Mall
aku merasakan teringin untuk berubah dari segi pemakaian..
aku suka penampilan yang akan 'ladies'
oleh kerana, kerja aku sekarang membuatkan aku sukar untuk bergaya
ada masa boleh, ada masa tidak sesuai..

perancangan masa hadapan
apabila kawan aku bercerita bahawa mereka ada perancangan untuk masa hadapan..
aku juga ada perancangan untuk masa depan
walaupun masih dalam keadaan kurang jelas..
 kerana 
keadaan aku pada masa sekarang..
membuatkan aku masih terlalu jauh untuk menempuh kehidupan masa hadapan..
dalam keadaan stabil dari segala hal
terutama hal kewangan..
aku mengimpikan bahawa
aku sepatutnya sudah mampu untuk menampung orang tua aku..
tapi sehingga saat ini..
masih belum lagi..
huhu

aku perlukan perubahan..
sekiranya kau ingin kan kualiti dalam kerja aku..
aku punya banyak pengalaman
tetapi 
semuanya
terhad..

TERHAD
kerana tempat kerja aku sekarang..
atau
diri aku yang perlu pergi mencari perubahan itu..
bukan menunggu untuk diubah..

aku jadi bingung..
aku bersedia untuk melepas apa yang aku ada ini..
as long aku boleh mencari kepuasan dalam pekerjaan aku..

Tuhan, jawapan terbaik adalah dari Engkau..
aku serahkan segalanya atas nama Yesus Kristus..
+amen+

Monday, December 16, 2013

: bulan December dah :

sekejap jak masa dah berlalu..
3 bulan praktikal dah jadi kenangan dan sejarah...
aku rasa seperti baru semalam memulakan semester september..
huh~~
sekarang dah bulan December..
banyak lagi kerja nak kena settle..
aku hanya berdoa moga
diberikan kekuatan untuk menyiapkan semua kerja yang tertangguh..

aku memang dibelenggu dengan kekangan masa
kerana aku tidak mempunyai pengurusan masa yang baik...

aku rasa lebih baik aku ambil course management..
supaya aku tau bagaimana untuk mengurus sesuatu hal dengan lebih baik...
huhu

tahun depan..
aku harap aku jadi lebih baik
biarpun
saban hari aku letak azam yang hampir serupa..

adakala
'ia tepat mengenai sasaran'
kadang-kadang
'sasaran tersasar'
itu yang buat diri hanyut terus..

nasib aku masih ingin sedar..
aku akan terus bangun semula..
walaupun terlambat..
'better late, than never'


tahun ini,
gembira dan pahit seperti seimbang pula 
| awal tahun |
aku dihujani dengan percutian yang memberi kenangan dengan aku..
dan kerja aku banyak yang settle,
kerja sekolah pun pergi melancong..
banyak cuti sebab menghadiri konvo cum melancong..

| pertengahan tahun |
aku menikmati kehidupan yang adakala pahit, adakala manis..
kehidupan yang aku tempuhi selama 3 bulan di Kuching.. 
agak indah..
agak menarik..
biarpun ada pahit nya juga..

 | akhir tahun |
bermula segala jerit payah..
kerja baru hadir..
semester bermula..
dari awal aku rancang supaya semua berjalan dengan lancar..
aku tidak berdaya melawan masa..
segala hal yang berlaku bukan aku pinta...
semua hal yang aku rancang dibiar berlalu tanpa sesuatu yang indah bagi aku..
semuanya hanya berbunyi.. kalau aku.... kalau aku..
tetapi semua nya sudah terlambat..

apa yang tertinggal aku perlu teruskan
untuk disiapkan pada masa yang ditetapkan..
biar penutup tahun menjadi sesuatu yang indah 
biarpun 
pahit, jerit payah perlu diharungi terlebih dahulu..

|Jesus, be with me|

+amen+