Thursday, March 29, 2012

: i don't like that attitude :

huh~~
i really don't that kind of attitude..
kami sebagai staff mempunyai hak mutlak ke atas ofis
bukan orang luar..
biarlah orang nak baca pun blog ini...

aku bukan nak jelous or nak kedekut ke apa..
tetapi...
bila setiap kali datang ofis jer
buat macam ofis ni mak bapak die yang punyer..

ade syer ker??
setahu i tarak ade pown...
boleh tak ini dikategorikan 'mengambil kesempatan'
huh~~

tu lar..
ibarat masuk rumah jiran n then buat pula rumah jiran mcm rumah sendiri..
tak segan ker??

i tak faham la..
hidup kena ada pengorbanan sikit..
tak semua benda kita akan dapat percuma..
bukan tak boleh guna
tapi setiap tempat ade boundary sendiri..
lain kali minta tolong dari orang yang ada kat ofis
or
cari la tempat lain ker...

huh~~

Thursday, March 22, 2012

: asyik ingat :

aku jadi bingung...
pagi, petang, siang, malam..
asyik teringat..
abis lar kalau 'teringat' tu mengalahkan ingat pada Tuhan..
huish..

tapi memang betul pun..
setiap saat aku teringat akan hal itu..
hai~~
apa benda yang aku ingin tahu sangat ni..
aku pun mencari2 sambil2 buat dialog sendiri..
silap hari bulan orang kata aku punya 'kewarasan' mulai menurun..
BAHAYA~~

aku paling risau kalau salah anggap..
persoalan kenapa? kenapa? dan kenapa?
juga timbul dalam diri aku..
huh~~

entah la..
pelik betul..
kenapa la diri ini terlampau menyibuk pasal hal itu..
mau makan hati dibuatnya

bertambah bingung sebab..
hal ini bertambah dekat..
senyap juga..
aduiii~~

tetapi tidak menganggu aku..
cuma otak aku asyik teringat dan memikirkan hal itu...

aku tahu..
terbaik untuk aku..
aku serahkan hal ini dalam kuasa Tuhan Yesus ku..
Dia yang terbaik untuk membantu aku menyelesaikan masalah ini..
walaupun usahanya adalah dari diri aku sendiri..
aku hanya ingin kekuatan ...

aku juga takut EGO..
membelenggu diri...
kata orang ego, aku rasa diri aku turut memiliki sifat itu..

baik or tidak?
aku kena kaji...


Tuhan Bapa, Tuhan Yesus..
aku serah semua ini dalam tangan engkau..
+amen+

Love ya

Chikbeth

Wednesday, March 7, 2012

: Terganggu :

pergh~~
terasa juga aku sedikit 'terganggu' perasaan..
pengabaian berlaku..
jealousy berlaku..
padahal takda apa2 yang berlaku.
aduh..

over perasaan sekejap
haha
tapi yang penting..
aku boleh menilai erti persahabatan sebenar
ikhlas or tidaknya sebuah ikatan persahabatan itu

bukan untuk mengeluh..
tetapi..
amat ketara berlaku
mungkin yang dimaksudkan dengan 'kesepian'
mencari teman sementara untuk mengelak 'kesepian' menerjah kehidupan..
apabila kesepian itu hilang..
teman sebentar tadi dilupakan..

apa boleh buat..
terima ajer lar...
sapa la kita kan~~

bila orang ingat..ada la mereka cari nanti..
kalau dah lupa pun..
owh..perkara biasa..

hidup masih boleh diteruskan
bukan senang nak dapat seorang kawan / sahabat / teman
yang boleh ketawa,sakit, nangis bersama..
jarang sekali..

kita perlu belajar untuk menghadapi semua ini..
lebih lagi orang seperti aku yang kurang pandai untuk bersosial..
aku cuma ingin rakan2 aku gembira bila bersama aku..
thats all...

Don't Think too much

love ya all..

chikbeth

Thursday, February 16, 2012

: Thank GOD :

Ucapan syukur dan Terima kasih..
itu yang termampu hendak di ucapkan..
kepada Tuhan..

kerana memberikan kehidupan yang sederhana
walaupun tidak seperti yang kita impikan..
mungkin perlu ada usaha lebih lagi untuk menjadikan ia realiti..

kenapa aku berkata demikian hari ini..?
setiap hari aku membaca newspaper.
terlalu banyak cerita yang mengemparkan pembaca...
lebih banyak kes-kes yang melibatkan aktiviti sosial manusia...
bagaimana kurang bernasib baiknya mereka ini..

apabila dilihat pada diri aku sendiri..
ternyata aku masih bernasib baik..
kerana
punya pekerjaan yang boleh menampung kehidupan aku..
mempunyai keluarga yang masih mengambil berat tentang aku..
memiliki kehidupan yang sederhana..
(tidak susah or senang la...)
hidup dalam keadaan yang aman
tiada gangguan
boleh lagi gelak, ketawa...

betapa beruntungnya aku..
jika hendak dibandingkan
kisah2 yang terpampang di dada akhbar..
kesian mereka..

so,
mari kita sama2 mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kita..
kerana memberi kita kehidupan seperti apa yang dilalui..
setiap manusia.. berbeza..
ada cabaran nya sendiri..
ia semua mengikut kemampuan kita..
DIA tahu...

LOVE ya...

chikbeth

Monday, February 13, 2012

: aduii :

pelik...
pagi ini ada suasana pelik dalam ofis..
adakah orang itu tengah 'marah' dengan aku..
suasana senyap jer...
huh~~

lantak dia lar..
bukan aku punya hal..
tak puas hati..
sapa2 pun tak akan puas hati...
bulan mengambang la tuh...
~whatever~

kalau ikutkan hati ni..
rasa nak tukar keja..
asyik fikir pasal perkara ini jak beberapa hari ini...

kenapa aku masih menunggu...
di sini
melayan bosan yang hadir...
kerja yang takda cabaran..
dan
aku sendiri menjadi malas untuk menerima cabaran..
huhu
aduii...

Tuhan pasti ada menyediakan kerja untuk aku dimana jua aku berada..
memang aku ada komitmen sekarang ini..
membayar hutang2 yang semakin bertambah..
aku tidak mampu untuk hidup hanya dengan duit gaji bulanan..
dengan beban kewangan yang menambah..
huhu..

TUHAN pasti bersama aku...
amen


Friday, February 10, 2012

: aku keliru :

huhu..
lama dah tidak mencoret isi hati di blog ini..
hari ini aku akan ke kuala lumpur..
esok pagi.. kami rakan2 kelas akan ada perjumpaan..
untuk subjek studio Topical semester yang akan datang..

subjek itu amat mencabar..
yang perlu komitmen dari diri sendiri..
sepenuhnya
daripada diri sendiri..

aku keliru..
samada aku ingin meneruskan studio Topical semester ini
atau
aku hold untuk sem depan @ sem thn 2013
huh~~

aku lagi keliru dengan hati sendiri..
sama ada..
aku hendak meneruskan studio ini
KERANA ingin abiskan study thn ini juga..
terutama subjek studio..
dan dapat menamatkan pengajian aku dalam setahun setengah lagi..
@
aku ingin menamatkan pengajian dengan keputusan yang membanggakan...
yang aku boleh 'jual' untuk memperbaiki kehidupan aku di kemudian hari..

huh~
aku tahu..
aku serahkan semua kekeliruan ini
dalam tangan Tuhan..
Dia yang maha tahu kemampuan aku...

Tuhan,
ini doa aku...
jawapan terbaik daripada engkau..
amen...

love u.


Friday, February 3, 2012

: hari ini last :

huhu
:((
sedih2..
hari ini merupakan hari terakhir kawan aku berada di kuantan..
Betty Ingai..
cousin kepada Josephine..
aku mengenali dia 3 thn lebih...

Selama 3 tahun lebih berada di kuantan..
banyak perubahan yang dapat dilihat pada betty..
bekerja sebagai 'cikgu' di taska megakids..
memberi dia banyak pendedahan tentang cara2 pendidikan awal kanak2
walaupun tidak menerima sebarang didikan mengenai hal tersebut..

tetapi
sikap dia yang sudi belajar..
membuatkan setiap perkara dia terima dan fahami dengan baik
setiap task yang diberi, dia dapat siap kan dengan cemerlang..
tanpa merungut..

cuma keadaan tempat kerja..
kemelut yang berlaku antara pekerja dgn majikan
'sedikit' penindasan berlaku..
menyebabkan dia memberi NOKTAH untuk pekerjaan nya itu..
mungkin tiada ransangan POSITIF daripada rakan2 lain..
'pertimbangan' tentang perkara itu tidak dibuat sebaik mungkin..


ermm
perasaan, sedih...
memang
sedih..
aku sudah bersedia untuk menerima pemergian dia balik ke Sarawak..
tetapi..
bersediakan hati aku..
sbb dia antara sahabat 'sempoi' aku ketika keluar bershopping..
kami akan melakukan perkara kami sendiri..
ketawa ikut suka kami~~
bercakap dengan suara yang kadang2 kuat~~
bergossip hanya antara kami..
selain, sesi kaunseling...
akrab~~
mungkin istilah ini boleh digunakan..


aku berharap..
apabila dia balik nanti ke Sarawak
dia akan meneruskan perkerjaan sebagai cikgu taska..
kerana dia mmg ada bakat untuk menjadi pengasuh yang baik dan modern...
Walaupun masih muda..
tetapi
perkerjaan sebagai guru Taska amat sesuai untuk dia...
mungkin suatu hari nanti dia boleh membuka taska sendiri..
melakukan inovasi dalam kerjaya sebagai guru Taska..


GOD
be with BETTY INGAI...
help her
wherever You will put her after this...

GOD bless her..
amen.