Tuesday, November 29, 2011

: LEPAS GERAM :

hari ini..
hati aku rasa tak berpuas hati.
kerana masih ada rasa hormat serta tolak ansur..
aku pendam
dan aku perlu curahkan juga..
tempat terbaik adalah di dalam blog sendiri..
kawan-kawan di alam maya mengetahui nya
tidak apa..
hanya untuk di kongsi di sini bukan melalui mulutku..
biar minda + hati ku yang berkata-kata...
adalah lebih baik luahan yang dikeluarkan oleh mulutku sendiri..
aku risau ia akan melarat ke perasaan negative..
be positive..
semua perkara ada sebab.. bukan secara kebetulan..

okay..
lepas geram terhadap kerja yang aku lalui..
ya~~..memang aku still mentah..
banyak lagi perkara yang aku perlu pelajari..
aku perlu 'handle' dengan cara matang.
tetapi.
perkara yang membuat aku tidak puas hati..
bila mana..
aku sudah buat sehabis baik..
tapi still ada 'kesilapan' yang tidak disengajakan..

aku ingatkan pihak yang sepatutnya sudah menyelesaikan bagi pihak aku
ternyata tidak~~
aku masih ingat, aku ada menyebut perkara tersebut banyak kali..
bukan sekali
TETAPI..
hasilnya tetap silap..

otak aku melakukan 'flashback'
mencari dimana kesilapan itu terjadi..
aku akui.. mungkin aku juga silap..
tidak 'follow-up' mengenai perkara tersebut
aku kena terima kesilapan ini secara optimis..
ia suatu pelajaran serta pengalaman kerja
untuk menjadi lebih efisien dalam melakukan and menyelesaikan sesuatu perkara..

ternyata dengan melakukan luahan seperti ini..
hati aku kembali tenang..
dan
berusaha untuk memperbaiki kesilapan..

Tuhan juga menyertai aku..
i love Him..
Thank you Lord..


chikbeth

Wednesday, November 16, 2011

: aku nak 'MC' :

hukhukhuk..
aku rasa nak mc..
walaupun tak amik surat kat doktor..
aku rasa nak mc...
sbb aku dah bertahan sampai hari rabu ini..
aku still tak recover.
macam makin merosot...
kesihatan hidung + tekak..
tekak kurang lar..
cuma rasa cm telinga ar..
ada masalah kurang jelas..
maybe aku kena rehat, tido..
baru boleh dapat tenaga...
semangat..
kerja-kerja semua aku tak sentuh..
focus takda..
mcm mane nak buat keje..
otak pun tak boleh nak bekerja..

bila dah sakit..
tak boleh nak paksa...
kena rehat...

boleh..
aku nak mc..

terima kasih doktor..

Monday, November 14, 2011

:ngulor:

ngulor..
orang di pantai timur eja macam tu kot..
haha..

hari isnin..
permulaan hari bagi minggu seterusnya..
selalu dan biasa mendapat penyakit MALAS..MOODY..
lagi2 ada masalah lambat 'payment'...
sabar je la..
tak boleh nak merungut..
masih ada baki yang boleh diguna untuk meneruskan kehidupan..

kenapa?
mesti bersebab..
supaya kita tak membazir..
belajar macam mana hendak manage duit..
kan...

*terganggu jap.. ada anty nak masuk ofis..

so,
apa kaitan dengan 'ngulor'
kebetulan keja ofis pun tak banyak..
saya dengan hormatnya
buat keja-keja 'ngulor'
hahaha
online
on/off facebook
baca news online
ambil tahu pasal artis pula..
huhu
sampai naik muntah...
nak isi masa lapang punya pasal..

kerja sekolah..
biasa bergerak after office hours
kena focus...

itu sahaja...
hahaha

L.O.V.E ya..

chikbeth

Saturday, November 12, 2011

: Tiba-tiba jatuh sakit :

Tanya sama pokok apa sebab goyang...
hah~~
pokok jawab... angin yang goyang...
tetapi...
kes aku ini..
panas kurang, hujan pun kurang..angin pun takda.. cuaca sedang2 jer..
tiba-tiba jatuh sakit..
first (selasa lalu)
perit tekak.. aku rasa last minuman yang aku minum air limau suam..
entah kenapa that day rasa macam nak minum air limau..
biasa air suam or teh o suam kurang manis
dah sedap2 minum..
ok lagi.. nothing wrong
Petang sikit.. tekak rasa, kejap2 batuk...
time nak balik kerja.. badan dah terasa tak sedap..
ada bahang duduk dalam badan..
so, balik lar awal... biasa lepak sejam, 2 jam until 3 jam kat ofis..
ye la.. balik rumah.. tilam ku panggil baring jer..



+


oowh.. back to the topic
hehe
malam2 terasa macam suhu badan naik..
niat di hati nak buat planning kerja sekolah...
di tangguhkan..
yang penting rehat..dah la aku takda stok ubat..
tidur sahaja la untuk elak makin melarat..
tido punya syok.. tau2 dah pukul 6am..
erm.. gagal lagi untuk menyiapkan kerja sekolah..
3 mlm jugak demam..

Dalam sakit2 sempat juga p melepak rumah memberku..
lama suda tak melepak sambil ber'gossip'
hahaha
ex-ofismate jugak.. pasti bercerita pasal suasana ofis lar..
time melepak ni.. hidung ok lagi...
hari ke-3 jatuh sakit..
baru la si hidung join sekaki..
huhu
pakej rupanyer...
sumbat tahap gaban..
bersin pun...adoiiii
achew~~~

jumpa doktor segalanye normal..
darah ok, suhu ok, tekak ok...
pelik kan doktor ni.. padahal..terasa sangat tekak ku luke..
hukhuk..
Doktor bagi ubat batuk yg mengantuk
so, aku tak minum la.. sbb nanti mengantuk
masa itu emas.. makan pil demam selesema jer

sampai la suara ku kedengaran serak-serak 'ayu'
kalau batuk..perggh~~sakit jugak wei..
hujung minggu nak travel kena kurangkan minum air..
*_*

hah~~tak pasti la ada kesinambungan or tak kisah benar aku ini..
dah jadi syok sendiri bila menaip....

aku harap semua dapat sembuh dengan cepat..
tadi pun dah ok.. cuma kadang2 batuk..

GOD bless me n all of us..

with L.O.V.E

chikbeth


Wednesday, November 9, 2011

: kebersihan :


ha...
topic yang aku nak cerita pagi ini...
KEBERSIHAN
aku tidak tahu apa definisi kebersihan bagi sesetengah orang...
bagi aku ialah..
keadaan yang bersih...
tiada bau busuk
kemas..

aku faham..
susah untuk kekalkan kebersihan tahap minimum..
tetapi..
takkan la.. selepas menggunakan sesuatu peralatan atau tempat, kita tak boleh kemas
daripada biarkan bersepah..
sakit mata..
nanti ada penyakit datang..

itu la pasal..
kerajaan sediakan kemudahan untuk mengutip sampah2 yang kita buang setiap hari..
kalau tak kutip kan pandai pula nak komplen busuk..

cuba kembali ke rumah masing2..
kemas ker?
bersih ker?
tak 'tip-top' pun..
yang penting ada usaha nak membersih
huh~~
aku tak la obses bab2 kebersihan..
tapi akan sentiasa memastikan sesuatu tempat dalam keadaan bersih dan kemas..

walaupun sesibuk mana..
hanya luang kan sejam dua..
kita pupuk nilai kebersihan dalam diri kita..
sure.. akan menjadi kebiasaan.
bukan hanya untuk diri kita
tapi keluarga kita..

'bersih itu sihat'

sekian

chikbeth

with L.O.V.E

Tuesday, November 8, 2011

: buah roh :

Semalam,
we all ada cells group...
Persekutuan sesama orang Kristian di tempat kami.
kelompok kecil jer..
tapi tidak mengapa..

belajar mengenai 'mengenal roh Tuhan'
melalui buku latihan yang telah disediakan..

salah satu yang menarik perhatian aku ialah..
buah roh atau sifat
ada 9 buah roh/sifat yang harus ada dalam kehidupan kami..
sebagai penganut agama kristian
ayat ini di petik dari alkitab Galatia 5 : 22-23

aku cuba untuk mengingat buah Roh ini..
akhirnya..
pagi tadi dapat jua..

1) KASIH
2) Sukacita
3) Damai Sejahtera
4) Kesabaran
5) Kebaikan
6) Kemurahan
7) Kesetiaan
8) Kelemahlembutan
9) Penguasaan Diri

KASIH merupakan yang terbesar antara semua buah Roh..
jika kita tiada Kasih, kita tidak akan ada sifat belas kasihan, bertolak ansur
dan semua sifat2 negative..

walau sekecil mana pun sesuatu perkara tanpa KASIH..
ia tidak akan terjadi seperti yang kita harapkan ia berlaku..

i LOVE you

: Cari mood :

cari mood..
tapi letak gambar pula..
apa kaitan kan..
hehe

ha~~
cuba teka dimanakah lokasi gambar tersebut..?
betul!!
teh boh plantation sg palas, di Cameron Highland (CH)
cantik tak?


View yang diambil selepas turun dari bangunan tuh~~


view ini masa we all dah sampai destinasi..
.. keadaan kawasan ni hijau jer.
so, try cari angle yang menarik untuk ambil gambar.
dah edit sikit guna microsoft office picture manager..
dapat la rupa gambar di atas..

okay,
we all pergi Cameron Highland 26.10-28.10.2011 atas urusan study.
untuk subjek SBL3076 Studio Resource.
hendak buat resource analysis untuk kawasan CH
kemudian buat synthesis serta mengenal pasti major ISSUE yang ada di CH.
and then..
we all akan buat landscape planning untuk mengatasi issue tersebut atau
apa jua planning yang akan terhasil selepas analysis dan synthesis dilakukan..

erm..
macam banyak sangat kerja nak dilakukan..
tetapi
oleh kerana kekangan masa we all as student cum employee..
we all just buat site survey and maklumat dari secondary data telah banyak membantu..

Tujuan kami ke CH,
supaya kami merasai dan lihat apa sebenarnya keadaan muka bumi di CH..

memang cuaca masih sejuk..
tetapi..
sedih :(
menyakitkan mata + hati
Kegiatan pertanian tumbuh seperti cendawan..
sehingga rizab jalan tidak kelihatan..
habis hutan-hutan di'botak'kan untuk kegiatan pertanian
tidak terkata bagi kami yang datang ke CH untuk melihat kekayaan sumber semulajadi
serta keindahan kawasan CH..

tapi, apapun...
saya hanya share sedikit gambar yang boleh memujuk hati untuk hadir ke CH sekali lagi..
di harap pihak berkuasa daerah CH boleh lakukan sesuatu untuk
mengekalkan keindahan CH..
memulihara kemudahan yang sedia ada..


pokok paku kidang..
antara pokok paku yang sesuai tumbuh di kawasan tanah tinggi..
kalau digunapakai satu sumber dalam tanaman landskap
pasti, mata pun sedap memandang..

sungai..
air sungai di CH mengalir cantik...
deruan air mengasyikan..
tetapi
terbiar dengan pencemaran sampah sarap...

huh~~
sedih...
manusia lebih mengejar kekayaan $$ daripada mengekalkan keindahan kawasan CH..
ada cara yang boleh digunakan..
cuma petani2 moden lebih suka memilih cara ringkas dan murah..

cuba anda fikir..
kawasan tanah tinggi di tarah untuk menanam tanaman seperti kobis, jagung etc..
tanaman ini tidak memiliki akar yang kuat untuk menahan struktur tanah..
ini boleh meningkatkan kegagalan tanah
dan akan menggalakkan tanah runtuh berlaku..

okay la..

itu sahaja coretan kali ini...
berat rasa kepala hendak bercerita lebih mengenai kawasan CH..

huhu

bye

chikbeth