Thursday, November 7, 2013

: KEGILAAN KU :

Haha
sebelum aku meneruskan tugas sekolah ku..
nak karang sikit..

aku ada sedikit kegilaan sejak akhir ini..
bukan aku 'gila'
masih waras lagi...

cuma
kegilaan terhadap barang2 yang aku rasa aku suka sangat...
buat masa ini aku boleh bagitau 3 hal
tapi rasa nya 2 hal paling aku 'gilakan'
dan
1 hal aku boleh kata perlu ambil masa yang lama untuk memilikinya..
but nothing is impossible 'right'
haha

okay...
hal yang pertama..
aku gila serta teringin untuk memiliki telefon pintar 
Samsung Note 3
korang mesti tak tahu kenapa aku nak sangat beli handphone jenama ni..
salah satu sebab yang paling utama..
boleh sketch...
so, kita boleh tulis bila2 masa kalau ade idea..
maklumla,
kerja & study aku ada kaitan dengan kerja-kerja seni..
 Tak kisah la besar or outdated ke time aku nak beli nanti
harap stok masih ade..
especially Note 3.. <

hal yang kedua,
aku nak beli baju GB13 Keluaran khas untuk Sarawak jer..
orang luar nak pakai boleh kot..
tapi orang jer yang ramai..
baju ni dicipta sempena sokongan kepada pasukan bola Sarawak..
aku pun last minit tau..
orang post di facebook..
baru sibuk nak jugak..
buat masa ni takde stok..& aku nak berjimat cermat lu
mrCCX banyak minta $$ bulan ni...
tapi hal no 2 ni suam2 kuku jer..
slow2 dapatkan..
haha

hal yang ketiga
hahaha
aku tak nak kata perkara ni mustahil..
Tuhan ada apa saja rencana untuk kita..
jika kita ada usaha..
hal no 3 ini.. adalah...^_^

 tada~~ hahaha

ini la hal kegilaan aku sekarang ini..
smart kan.. BMW X1 2013
hjg minggu lepas terjumpa kereta ni.. 
plat no.. CCX122
sbb plat abjad sama, kakak aku tegur..
aku dekatkan mrCCX aku..
OMG!!
X1..!! pengsan~~
tapi kaler putih..
before ini jumpa kaler blue black kot..
kat depan KLCC pun ade iklan kan keta ni..
lagi pengsan..

minggu ni aku buat rombakan besar2-an 
cover photo di fb tukar
ada qoute lagi, 
"nothing is impossible, the word itself say 'i'm possible"
selain itu, 
wallpaper hp aku, 
desktop aku dah ada gambar X1 jugak..
whiteboard pun aku print and pin-up tau..
 free sikit memang aku jenguk gambar2 BMW X1 ni..
siap tengok harga.. 
tak sampai setengah juta
tapi boleh beli rumah kot..
haha
kalau murah rezeki.. dapat la aku merasa kereta ni..
percaya sahaja qoute tadi.. 
hehe

so, ini la kegilaan aku..
gila tak gila..
hehe
motivasi jugak tu..
nak bagi rajin lebih sikit..

okay, done!!
nak buat keja kejap..
kul 10 ada game futsal..
join jer..bersukan... i like..^_^

LOVE ya..


Wednesday, October 23, 2013

: Kisah chikbeth :

haha..
aku nak menambah koleksi post untuk bulan ini..

pagi tadi aku teringatkan tajuk post aku...
tapi isi untuk di karang aku dah lupe..
maybe ingat2 lupa..

yesh..
ia berkisar sedikit mengenai diri aku..
refreshing diri membuat aku tiba-tiba menilai
Sapa aku?
apa karektar aku?
walaupun aku tidak layak untuk menilai..
pasti semuanya aku anggap yang baik kan..
sebab 
aku menilai diri sendiri..
haha

okay,
aku, digelar 'chikbeth'
dikalangan anak-anak buah aku..
nama ini aku komersial kan pula sampai ke Pahang jauhnya..
ada yang panggil aku dengan nama itu..
'chikbeth'

orangnya rendang sahaja..
figure badan yang 'tough' walaupun tidak tough..
sebabnya family aku berangka sederhana besar..
so, nampak la figure.. bila kurus tak lah nampak kurus kering kan..
itu lah maksud aku..rangka besar
haha

okay,
aku rasa aku dah banyak berubah..
karakter aku dahulu dan pada masa sekarang..
mungkin dulu aku terkenal dengan budak paling lama menangis
mungkin dulu aku akan cepat marah dan suka berdendam..
so far, paling ketara yang itu la perangai aku..
antara rate 1-10..
memang aku letak 10..
kenapa?
bab menangis, dah pujuk pun tak nak behenti..
sanggup guling2...
aku pun tak tahu kenapa aku tak nak berhenti menangis..
start nangis pagi.. nak berhenti nangis maybe nak tido malam..
mata sampai bengkak..
huh~~
siap bawa p jumpa bomoh..
kena belasah dengan my papa mama.. biasa lar..
well, tension kot... nangis3x.. x nak stop..

aku rasa, perangai menangis aku hilang selepas aku masuk sekolah menengah..
dah akil baligh.. haha

then, perangai baru pula timbul..
cepat marah, merajuk, dendam...
teruksss....
paling aku ingat.. bila aku dah marah, aku akan berdendam dengan orang yang terlibat...
sanggup tak tegur..
apa lagi kalau nak berselisih..
siap tulis note.. 'jangan sesekali bercakap, tegur..bla..bla..'
kenapa aku marah sampai berdendam?
biasanya, 
kalau barang yang aku sayang sangat + limited edition hilang..
panas ooo...
aku pernah berdendam dengan my sister.. sebab hilangkan majalah sekolah..
dalam majalah itu banyak gambar admire aku..
hahaha
(aku admire dia sehingga tercipta email aku - bethanis & no favourite - 1307)
haha.. until now masih guna, still admire.. tapi admire yang bertepuk sebelah tangan..
haha kenangan..

aku juga pernah berdendam dengan kawan sekerja papa ku..
husband and wife...
kitaorang geng tapi
aku rasa mereka ini telah a kind of 'mengutuk' or say a word yang membuat aku berkecil hati sangat..
sakit hati sampai aku tak nak tegur dah..
lama jugak la.. after aku dah continue study..
aku anggap semua dah ok..
dah boleh tegur setakat suam-suam kuku..
haha

last, 
time aku di POLISAS, Kuantan
aku marah sangat dengan kawan yang menyebabkan majalah David Beckham aku hilang..
baru beli kot, mereka baca masa tgh tunggu bas
after baca letak kat tempat duduk, tak bagi kat aku pun..
aku ingat mereka dah bawa sekali..
time sampai hostel, tau-tau hilang...
aku pun terus angin..
terus tak nak tegur langsung
kawan-kawan Sabah Sarawak aku..
aku dengar mereka beli semula majalah tu..
tak ingat dah..

lepas semua kejadian,
ada satu hari itu, 
yang memulakan aku untuk berubah..
menjadi chikbeth yang baru..
yang berazam hidup 'happygolucky'
marah kurang
sikap dendam terus buang

dan sapa2 yang kenal aku..
ini lah aku yang baru..
aku hendak semua orang happy bila bersama aku..
menjadi kawan, menjadi sahabat aku...
aku akan tolong semampu yang boleh..
aku rasa gembira bila dapat mengembirakan orang lain..
aku suka berkongsi kasih sayang aku dengan sesiapa pun..
kerana hati yang penuh KASIH akan membunuh semua perasaaan yang berunsur negative..
sakit, derita aku biar aku kongsi dengan Dia, Tuhan aku...
sebab Dia yang lebih memahami..

acara duniawi hanya sementara..
so, aku tak ambil kisah..
as long, aku berpegang pada prinsip hidup aku..

haha
panjang lebar..
kenangan..

Jesusbewithme

Monday, October 21, 2013

: Pengalaman + Motivator :

haha
teringin pula nak mengarang..
okay..
tajuk aku hari ini seperti yang tertulis..
takda isi tersirat disebalik tajuk post..
direct translation

Sejak 2 menjak ni aku rasa dah jadi macam motivator..
haha
banyak cakap...
tapi apa yang aku ceritakan..
banyak dari pengalaman hidup aku..
aku nak cerita bukan senang nak senang..
aku cerita bagaimana aku siapkan sesuatu keja
aku cerita dugaan yang aku lalui kita study
aku cerita bagaimana aku menjaga kesihatan
aku cerita kenapa aku suka bersukan..
banyak...sangat banyak...

aku nak orang tahu semua orang ada peluang untuk merasai perubahan
jika mereka membenarkan diri mereka untuk berubah..
jika mereka berazam untuk maju
jika mereka mengimpikan masa depan yang sempurna..
jika mereka rasa mereka lagi teruk dari aku..

huhu
aku juga pernah berada di mana mereka berada ketika ini..
dan
aku masih menaiki tangga kehidupan aku 
yang belum sempurna..
tapi pengalaman yang aku lalui
cukup bermakna dalam aku berdoa supaya 
Tuhan tolong matangkan fikiran dan akal aku

ternyata Dia sudah jawab..
aku sudah boleh menggunakan akal aku secara rasional..
walaupun bukan sempurna 100%
masih banyak lagi aku perlu lalui..
usia baru mencecah 30..
banyak lagi tangga yang aku perlu naiki..
selagi aku membenarkan diri aku berubah..
jika aku ingin mencapai apa yang aku impikan..

so, aku boleh berkongsi dengan kawan-kawan aku
bagaimana aku lalui kehidupan aku..
nampak dari luar macam biasa..
tapi isi hati kehidupan aku..
hanya Tuhan yang maha mengetahui..

rahsia nya..
Letak lah pegangan agama di tangga pertama dalam kehidupan anda..
bukan hendak menjadi seorang yang sangat religious..

tetapi 
Dia yang memberi kita segalanya..
dan kita perlu berusaha untuk semua itu 
bukan hadir hanya dengan petikan jari..

jika kita jatuh, bukan Dia tidak peduli..
Dia suruh kita belajar dari kesalahan sebelum ini..
Dia tahu kemampuan kita..

aku lakukan itu dalam kehidupan aku..
aku ingin hidup dalam keadaan Balance..
menghormati orang lain..
merendah diri dengan apa yang ada..

tanpa melalui pengalaman hidup 
kita takkan dapat mencipta kenangan yang indah dalam kehidupan kita 

+amen+
 

: P.U.S.H :

Haluu 
dah banyak kali nak buat sesi luahan..
tapi semua bergantung kepada adanya internet line..
takda internet, tak boleh la nak update..

okay,
hari semalam..
aku telah diajar mengenai pentingnya kita berdoa
Ia akan mendekatkan komunikasi kita bersama Tuhan
Tuhan akan dengar doa yang bersungguh2..
 Berdoa la secara konsisten 
dengan hati yang sungguh2, ikhlas...
yang penting jujur dalam anda berdoa..

kita sendiri tahu..
menilai erti doa kita..
Tuhan maha tahu..apa yang kita hendak doakan..
sebab dia maha mengetahui segalanya dan lebih tahu sebelum kita menyebut doa kita..

so, apa kaitan dengan PUSH..
paderi di gereja semalam..
berkhutbah..
pentingnya berdoa..
berdoa bukan hanya kita perlu or meminta sesuatu..
Doa akan memberi makna yang sangat indah dalam kehidupan anda.
rasa kepuasan, ketenangan, sukacita
more towards positive life

Dalam kehidupan kita, berdoa adalah perkara yang amat sukar diamalkan..
kena kena PUSH diri seupaya lebih rajin untuk berdoa..
di sebalik perkataan PUSH ini, tersembunyi sesuatu yang sangat menarik untuk dituruti..
P - Pray
U - Until
        S- Something
    H- Happen

u get it?
dalam alkitab ada menyatakan...Mat 7:7

“Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketuklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetuk, baginya pintu dibukakan.

 
ternyata jelas sudah ayat ini memberitahu kita..
fahamilah..dan percayalah

Thank you

LOVE YOU JESUS


 

Tuesday, October 1, 2013

: berbudi or terhutang budi :

hai..hai..
banyak pula problem yang nak timbul..
hal yang aku paling risau adalah...
terhutang budi..
berat*

kadang-kadang ada orang akan minta kita balas..
kadang-kadang tidak perlu di balas..
tetapi kita tak dapat nak predict character seseorang itu..

kalau aku,
jenis yang yang tidak ingin budi itu di balas..
tolong-menolong amalan mulia..
tapi ada batas lar..

susah la nak buat kesimpulan tentang hal-hal macam ni..
aku ikhlas menolong orang..
aku tak perlu kan balasan..
kalau perlu balasan itu maksudnya tidak ikhlas..
huhu

oleh sebab hal terhutang budi ini lah..
aku lebih suka buat hal sendiri..
melainkan dengan pihak keluarga..
ermm..
maybe aku sahaja yang berfikir lebih2..
sedangkan orang lain tidak berfikir demikian

susah..
aku pun tidak mampu untuk membalas budi orang yang menolong aku..
aku hanya boleh menolong apa yang patut
dan
berdoa semoga Tuhan membalas apa yang telah mereka lakukan terhadap aku..

kalau dapat kawan-kawan yang kita dah nampak dia ok jer kalau minta tolong.
takper la..
tapi
kadang-kadang..
ada yang macam harap kita nak balas..
*blur
perlu di balas atau tidak...
rasa berat kan..

oleh itu, 
aku ajar diri aku..
bergantung dengan diri sendiri..
kalau terpaksa pun.. ucap la terima kasih..
mana tau sejuk hati kan....

itu jak..
da~~
 

: he so cute..!! omg!! :

haha...
pembukaan kepada post untuk bulan Oktober.
patut nak karang bulan lepas..
tapi komputer line problem..
*kes boikot aku ni..huh~~
hehe

damm, tajuk agak hieww~~
hahaha
ala, sekali sekala..
cuma aku takde geng nak cakap..
hahaha

aku terserempak dengan orang ni kat ofis..
hehe
ade la kerja yang dia perlu buat kat ofis..
haha
mula-mula..
biasa jer pun..
i yang tolong buka pintu.. 
(well, pintu we all manual open jer.. takde nak tet* dari tempat duduk..)

orang ni buat muka kiut* bahasa isyarat nak buat something..
i thought nak jemput 'kawan' lama we all yang dah tamat kontraknyer..
huhu
owh, bukan lah.. orang nak pasang 'sahabat' baru..
jemput masuk..
tak layan pun..
i pun get ready nak balik/gerak ke KL..

seperti biasa, 
i ni kadang2 terlebih friendly.. 
akan tanya itu/ini..
so, dari situ la.. 
nampak orang ini.. friendly juga..
haha
first impression okay~~
selebihnya i tak tahu...haha

kejap2 aku buat keje, kejap aku tanya soalan lagi..
datang pula otak gila2 aku..
sambil orang2 ini, buat keje aku sakat jugak..
owh, dia layan dow~~
hahaha
*melting...
*pingsan.. *_*
kahkahkah

aku pula jadi nervous..
fuh~~
maybe, i macam annoying juga... bebel2 macam makcik..
haha
well, aku nak... 'sahabat' baru nanti akan bertugas seperti 'kawan' lama...
so, i for sure nak semua di setup dengan sempurna..

haish~~
aku dan kawan aku tolong lar sikit2..
segan pula nak suruh tolak file cabinet sebab mereka datang nak siapkan 'sahabat' tu jer..
hehe
ada la adegan2 yang lucu and komedi romantik gitu..
hahaha
antara aku dan dia..
haha
a bit gentleman..
slow talk/softspoken..
eermm...
gila tak gila aku ni...
hahaha

then, aku just prepare barang2 aku nak balik dah..
tapi terstuck...
aku nak duduk lagi sampai mereka siap okay~~..
drive kot p KL..
takper...
haha dasar makan buluh miang.. *awww
(fuh~~ mane chikb3th yang dikenali..)
hahaha sekali sekala...

hp berbunyi, aku pick up..
owh, my sister... 
cakap pula bahasa 'german' we all aka Melanau

then, his friend nak p toilet..
time tu la dia interview aku kejap..
hahaha
dia boleh agak aku orang borneo..
tapi tekaan aku orang Sabah adalah *tet.. salah..
aku orang Sarawak..

boleh tahan juga body language die..
aku buat bodo jer..
tp x sampai la tahap 18sx okay..
(gaya lelaki gentleman)
ada rasa nak berkenan ker..
or u adalah sweet talk punya guy.. 
haha

macam aku tak perasan.. 
padang2 aku, jeling2 aku.. sengih2.. haha
aku pun balas.. angkat bulu kening.. haha
*pengsan lagi....

so, duk dak..duk dak..
buat demo lar..
tak settle jugak..
kena tunggu isnin pula..

tapi bukan dia la yang akan datang..
orang lain dow...
takper la..

itu sekadar drama pada hari itu..
haha
bukan selalu kan nak overacting..
tapi memang muka dia agak CUTE bukan handsome..
comel jer..
tak tau ape nama..
tengok kat baju.. satu abjad, satu abjad, then Chan...
ermmm... maybe...
biarlah..

komedi romantik untuk beberapa jam jer pun..
hahaha

boleh bayangkan tak..
huh~~
kalau Sara ade..
mesti aku boleh buat aksi...
(terlompat2 manja sambil kata)
*OMGosh... he so cute!!!

hahaha

okay lar..
bubye....
^_^


Saturday, September 28, 2013

: nak turun berat lar :

pagi2 buta ni..
sempat lagi nak jenguk belog i ni..
haha

tang tiba2 jak teringat mok nurun berat tek..
haha 
speaking melayu sarawak

yup, 
3 bulan practikal..
1st month - rasa berat turun sbb kejutan budaya n sakit..
2nd month - bulan puasa, aku ada member nak makan..huhu
3rd month - dah terasa seluar n baju sendat..
kesimpulannya, memang berat aku dah naik.
bos aku pun tegur..
ada beberapa org yg tegur..

aku pun dapat rasa penambahan lemakss di tubuh ini..
nak pakai jean pun susah payah..
paling ketara..
dulu-pakai seluar kurang sikit geleberan di kawasan pinggang..
after - huhu, dah la ketat, di tambah pula lemakss yang ter'juih' dari pinggang..
adoii..

so, nak kata aku dah start diet 
aku belum memulakan sepenuh nya
cuma, sekarang aku sedikit kontrol pemakanan..
1) sebab nak kontrol pengeluaran duit.
2) makan ikut waktu. so, banyak bekal lar..
3) jaga mata sebab nak study..

senaman pulak belum bermula..
terasa stamina badan menurun..
cepat lelah, nak naik tangga pun x larat..
sebelum ni la..
sekarang dah beransur okay..
stamina dikumpul sedikit demi sedikit..

hahaha
itu jer la cerita aku pagi2 ni..
saja nak amik aura positif..
engkau boleh, aku sure boleh juga..
hehehe

May GOD bless me..
+amen+