Monday, October 21, 2013

: Pengalaman + Motivator :

haha
teringin pula nak mengarang..
okay..
tajuk aku hari ini seperti yang tertulis..
takda isi tersirat disebalik tajuk post..
direct translation

Sejak 2 menjak ni aku rasa dah jadi macam motivator..
haha
banyak cakap...
tapi apa yang aku ceritakan..
banyak dari pengalaman hidup aku..
aku nak cerita bukan senang nak senang..
aku cerita bagaimana aku siapkan sesuatu keja
aku cerita dugaan yang aku lalui kita study
aku cerita bagaimana aku menjaga kesihatan
aku cerita kenapa aku suka bersukan..
banyak...sangat banyak...

aku nak orang tahu semua orang ada peluang untuk merasai perubahan
jika mereka membenarkan diri mereka untuk berubah..
jika mereka berazam untuk maju
jika mereka mengimpikan masa depan yang sempurna..
jika mereka rasa mereka lagi teruk dari aku..

huhu
aku juga pernah berada di mana mereka berada ketika ini..
dan
aku masih menaiki tangga kehidupan aku 
yang belum sempurna..
tapi pengalaman yang aku lalui
cukup bermakna dalam aku berdoa supaya 
Tuhan tolong matangkan fikiran dan akal aku

ternyata Dia sudah jawab..
aku sudah boleh menggunakan akal aku secara rasional..
walaupun bukan sempurna 100%
masih banyak lagi aku perlu lalui..
usia baru mencecah 30..
banyak lagi tangga yang aku perlu naiki..
selagi aku membenarkan diri aku berubah..
jika aku ingin mencapai apa yang aku impikan..

so, aku boleh berkongsi dengan kawan-kawan aku
bagaimana aku lalui kehidupan aku..
nampak dari luar macam biasa..
tapi isi hati kehidupan aku..
hanya Tuhan yang maha mengetahui..

rahsia nya..
Letak lah pegangan agama di tangga pertama dalam kehidupan anda..
bukan hendak menjadi seorang yang sangat religious..

tetapi 
Dia yang memberi kita segalanya..
dan kita perlu berusaha untuk semua itu 
bukan hadir hanya dengan petikan jari..

jika kita jatuh, bukan Dia tidak peduli..
Dia suruh kita belajar dari kesalahan sebelum ini..
Dia tahu kemampuan kita..

aku lakukan itu dalam kehidupan aku..
aku ingin hidup dalam keadaan Balance..
menghormati orang lain..
merendah diri dengan apa yang ada..

tanpa melalui pengalaman hidup 
kita takkan dapat mencipta kenangan yang indah dalam kehidupan kita 

+amen+
 

: P.U.S.H :

Haluu 
dah banyak kali nak buat sesi luahan..
tapi semua bergantung kepada adanya internet line..
takda internet, tak boleh la nak update..

okay,
hari semalam..
aku telah diajar mengenai pentingnya kita berdoa
Ia akan mendekatkan komunikasi kita bersama Tuhan
Tuhan akan dengar doa yang bersungguh2..
 Berdoa la secara konsisten 
dengan hati yang sungguh2, ikhlas...
yang penting jujur dalam anda berdoa..

kita sendiri tahu..
menilai erti doa kita..
Tuhan maha tahu..apa yang kita hendak doakan..
sebab dia maha mengetahui segalanya dan lebih tahu sebelum kita menyebut doa kita..

so, apa kaitan dengan PUSH..
paderi di gereja semalam..
berkhutbah..
pentingnya berdoa..
berdoa bukan hanya kita perlu or meminta sesuatu..
Doa akan memberi makna yang sangat indah dalam kehidupan anda.
rasa kepuasan, ketenangan, sukacita
more towards positive life

Dalam kehidupan kita, berdoa adalah perkara yang amat sukar diamalkan..
kena kena PUSH diri seupaya lebih rajin untuk berdoa..
di sebalik perkataan PUSH ini, tersembunyi sesuatu yang sangat menarik untuk dituruti..
P - Pray
U - Until
        S- Something
    H- Happen

u get it?
dalam alkitab ada menyatakan...Mat 7:7

“Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketuklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetuk, baginya pintu dibukakan.

 
ternyata jelas sudah ayat ini memberitahu kita..
fahamilah..dan percayalah

Thank you

LOVE YOU JESUS


 

Tuesday, October 1, 2013

: berbudi or terhutang budi :

hai..hai..
banyak pula problem yang nak timbul..
hal yang aku paling risau adalah...
terhutang budi..
berat*

kadang-kadang ada orang akan minta kita balas..
kadang-kadang tidak perlu di balas..
tetapi kita tak dapat nak predict character seseorang itu..

kalau aku,
jenis yang yang tidak ingin budi itu di balas..
tolong-menolong amalan mulia..
tapi ada batas lar..

susah la nak buat kesimpulan tentang hal-hal macam ni..
aku ikhlas menolong orang..
aku tak perlu kan balasan..
kalau perlu balasan itu maksudnya tidak ikhlas..
huhu

oleh sebab hal terhutang budi ini lah..
aku lebih suka buat hal sendiri..
melainkan dengan pihak keluarga..
ermm..
maybe aku sahaja yang berfikir lebih2..
sedangkan orang lain tidak berfikir demikian

susah..
aku pun tidak mampu untuk membalas budi orang yang menolong aku..
aku hanya boleh menolong apa yang patut
dan
berdoa semoga Tuhan membalas apa yang telah mereka lakukan terhadap aku..

kalau dapat kawan-kawan yang kita dah nampak dia ok jer kalau minta tolong.
takper la..
tapi
kadang-kadang..
ada yang macam harap kita nak balas..
*blur
perlu di balas atau tidak...
rasa berat kan..

oleh itu, 
aku ajar diri aku..
bergantung dengan diri sendiri..
& 
kalau terpaksa pun.. ucap la terima kasih..
mana tau sejuk hati kan....

itu jak..
da~~
 

: he so cute..!! omg!! :

haha...
pembukaan kepada post untuk bulan Oktober.
patut nak karang bulan lepas..
tapi komputer line problem..
*kes boikot aku ni..huh~~
hehe

damm, tajuk agak hieww~~
hahaha
ala, sekali sekala..
cuma aku takde geng nak cakap..
hahaha

aku terserempak dengan orang ni kat ofis..
hehe
ade la kerja yang dia perlu buat kat ofis..
haha
mula-mula..
biasa jer pun..
i yang tolong buka pintu.. 
(well, pintu we all manual open jer.. takde nak tet* dari tempat duduk..)

orang ni buat muka kiut* bahasa isyarat nak buat something..
i thought nak jemput 'kawan' lama we all yang dah tamat kontraknyer..
huhu
owh, bukan lah.. orang nak pasang 'sahabat' baru..
jemput masuk..
tak layan pun..
i pun get ready nak balik/gerak ke KL..

seperti biasa, 
i ni kadang2 terlebih friendly.. 
akan tanya itu/ini..
so, dari situ la.. 
nampak orang ini.. friendly juga..
haha
first impression okay~~
selebihnya i tak tahu...haha

kejap2 aku buat keje, kejap aku tanya soalan lagi..
datang pula otak gila2 aku..
sambil orang2 ini, buat keje aku sakat jugak..
owh, dia layan dow~~
hahaha
*melting...
*pingsan.. *_*
kahkahkah

aku pula jadi nervous..
fuh~~
maybe, i macam annoying juga... bebel2 macam makcik..
haha
well, aku nak... 'sahabat' baru nanti akan bertugas seperti 'kawan' lama...
so, i for sure nak semua di setup dengan sempurna..

haish~~
aku dan kawan aku tolong lar sikit2..
segan pula nak suruh tolak file cabinet sebab mereka datang nak siapkan 'sahabat' tu jer..
hehe
ada la adegan2 yang lucu and komedi romantik gitu..
hahaha
antara aku dan dia..
haha
a bit gentleman..
slow talk/softspoken..
eermm...
gila tak gila aku ni...
hahaha

then, aku just prepare barang2 aku nak balik dah..
tapi terstuck...
aku nak duduk lagi sampai mereka siap okay~~..
drive kot p KL..
takper...
haha dasar makan buluh miang.. *awww
(fuh~~ mane chikb3th yang dikenali..)
hahaha sekali sekala...

hp berbunyi, aku pick up..
owh, my sister... 
cakap pula bahasa 'german' we all aka Melanau

then, his friend nak p toilet..
time tu la dia interview aku kejap..
hahaha
dia boleh agak aku orang borneo..
tapi tekaan aku orang Sabah adalah *tet.. salah..
aku orang Sarawak..

boleh tahan juga body language die..
aku buat bodo jer..
tp x sampai la tahap 18sx okay..
(gaya lelaki gentleman)
ada rasa nak berkenan ker..
or u adalah sweet talk punya guy.. 
haha

macam aku tak perasan.. 
padang2 aku, jeling2 aku.. sengih2.. haha
aku pun balas.. angkat bulu kening.. haha
*pengsan lagi....

so, duk dak..duk dak..
buat demo lar..
tak settle jugak..
kena tunggu isnin pula..

tapi bukan dia la yang akan datang..
orang lain dow...
takper la..

itu sekadar drama pada hari itu..
haha
bukan selalu kan nak overacting..
tapi memang muka dia agak CUTE bukan handsome..
comel jer..
tak tau ape nama..
tengok kat baju.. satu abjad, satu abjad, then Chan...
ermmm... maybe...
biarlah..

komedi romantik untuk beberapa jam jer pun..
hahaha

boleh bayangkan tak..
huh~~
kalau Sara ade..
mesti aku boleh buat aksi...
(terlompat2 manja sambil kata)
*OMGosh... he so cute!!!

hahaha

okay lar..
bubye....
^_^


Saturday, September 28, 2013

: nak turun berat lar :

pagi2 buta ni..
sempat lagi nak jenguk belog i ni..
haha

tang tiba2 jak teringat mok nurun berat tek..
haha 
speaking melayu sarawak

yup, 
3 bulan practikal..
1st month - rasa berat turun sbb kejutan budaya n sakit..
2nd month - bulan puasa, aku ada member nak makan..huhu
3rd month - dah terasa seluar n baju sendat..
kesimpulannya, memang berat aku dah naik.
bos aku pun tegur..
ada beberapa org yg tegur..

aku pun dapat rasa penambahan lemakss di tubuh ini..
nak pakai jean pun susah payah..
paling ketara..
dulu-pakai seluar kurang sikit geleberan di kawasan pinggang..
after - huhu, dah la ketat, di tambah pula lemakss yang ter'juih' dari pinggang..
adoii..

so, nak kata aku dah start diet 
aku belum memulakan sepenuh nya
cuma, sekarang aku sedikit kontrol pemakanan..
1) sebab nak kontrol pengeluaran duit.
2) makan ikut waktu. so, banyak bekal lar..
3) jaga mata sebab nak study..

senaman pulak belum bermula..
terasa stamina badan menurun..
cepat lelah, nak naik tangga pun x larat..
sebelum ni la..
sekarang dah beransur okay..
stamina dikumpul sedikit demi sedikit..

hahaha
itu jer la cerita aku pagi2 ni..
saja nak amik aura positif..
engkau boleh, aku sure boleh juga..
hehehe

May GOD bless me..
+amen+

Friday, September 27, 2013

: Fenomena 'Cinta Jannah' :

Haluu everybody..
haha..
wahai belogku..
berhabuk lagi dah ni..
fuh~fuh~
haha

tajuk gempak sikit..
hahaha
fenomena gitu!!

actually, aku dah sedikit terlambat untuk meminati drama yang telah abis tayangan 
di Slot Akasia TV3..
dah nak abis episod baru nak layan feel..
dapat pulak episod2 akhir yang agak menyedihkan..
so, as usual..
aku akan cuba mencari info2 terbaik dari penonton..
contohnya, 
dari Facebook..
komen2 semua adalah ikhlas.. 

ermm...
dah tamat cerita 'Cinta Jannah' ni..
ramai pulak yang tidak puas hati ending..
sebab macam banyak hal tidak dirungkai kan..
itu komen penonton..
aku pun tidak tau jalan cerita sebenar kerana tidak mengikuti dari awal episod..
maklum la.. 
aku sudah berazam tidak mahu mengikuti apa-apa drama bersiri 
perlu fokus kerja + STUDY..

entah macam mana..
aku nak try tengok..
aku kata 'takpe'
dah nak abis episod..
tak lah terikat sangat..
BUT..
berdasarkan komen2 dari penonton di FB..
awal cerita ni memang seronok..
pengakhiran nampak macam tergesa-gesa..
so, aku pun tertanya-tanya..
apa yang seronok nye cerita 'cinta jannah' ni..

haha..
bermula lah pencarian aku berkenaan dengan cerita ini..
ermmm...
dengan adanya sinopsis bagi setiap episod 
menjadikan aku teringin untuk melihat apa yang ada dalam lakonan pelakon..
zaman dah moden..
cerita dah lepas, boleh lagi dilayari di internet..
apa lagi..
melekat la aku dengan cerita jannah ni..
aku tidak tengok dari episod pertama..
aku hanya ingin menonton lakonan oleh teraju utama..
-komedi romantik-

nampak gayanya aku memang minat cerita komedi romantik lah..
hahaha
so,
sekarang ni tengah demam 'jannaril'
harap lepas abis meluah perasaan di blog ni..
aku boleh kembali fokus kerja dan study..

hehe
sendiri yang buat masalah
takpe...
enjoy~~~

ok la..
itu sajer..
bubye~

Wednesday, September 18, 2013

: Bukan Peminat :

hahaha
aku sudah kembali ke tempat aku makan gaji..
seperti biasa...
tiada perubahan..
hanya aku yang kembali 
dan
aku ada assistant
hehehe

ohoho..
bukan peminat..
hehe
aku bukan la peminat barang-barang seperti gadjet2 semua tuh..
tetapi 
aku mengimpikan untuk memiliki Samsung Galaxy Note
kerana smartfun ini boleh digunakan untuk buat sketching..
i like walaupun bukan pelukis pun..

dari galaxy note, note 2, note 10, note 8..
aku tak terbeli pun...
$$ tak mencukupi...
*_*

and 
coming soon!!!
Samsung Galaxy Note 3..
akan launching...
*wink3*


aku dah termimpi2 nak memiliki note 3..
hari ini tengok Malaysia price..
reasonable to buy lar..
hieww~~
$$$
mana nak cari..

berdoa and berusaha jer.. 
mesti ada cara..
aku dah cakap nak ada smartfun note ni..
if dah start balik studio..
nak cari info..
handphone canggih ni.. boleh membantu..

God bless me...
+amen+