Friday, August 2, 2013

: its all about law | ordinance :

haha..
seminggu ni
kawan tempat kau praktikal bagi tugas pasal ordinance
aku terima dengan hati terbuka..
ingatkan senang..
rupanya susah juga..
sebab
aku bukan la senang nak memahami pasal ordinance ini..
lebih2 lagi bidang yang aku lalui masa belajar sahaja..
hukhukhuk
 
pening juga kepala aku memikir bagaimana nak summarize..
tetapi
sebenarnya tidak perlu pun nak summarize..
aku perlu tahu aktiviti yang akan berlaku dalam Taman Botani Sarawak ni nanti..
huhu
pening..pening..

no wonder aku tak amik law..
sikit punya susah nak faham bahasa sastera ni..
hahaha

lagi satu,
aku ni suka kerja perfect..
and nak kata berlagak pandai pun ada sikit kot..
huh~~teruk

bukan nak berlagak..
dah ada bagi reference..
aku tengok macam mudah..
sebenarnya tidak senang pun..


aku dah janji nak pass hari ini..
aku masih nak memahami..
kerana
aku tidak suka dan tidak tahu buat kerja yang aku tidak faham tujuan
main belasah jer.. memang aku blur giler..

chayok2 chikbeth..
 aku akan cuba faham kerja-kerja ini..
nak siapkan sebanyak yang boleh..

JESUS will be with you..
+amen+

Wednesday, July 24, 2013

: aku dan mr orang3 :

ermm..
pagi tadi aku ada idea nak mengarang berkenaan dengan post aku
tetapi sekarang seperti cuma ingat tajuk
haha

aku cuba karang walaupun tidak dipenuhi emosi
wah~~emosi gitu..
ahaks..

sejak 11 JUNE 2013 lepas,
rutin harian aku berubah..
aku bukan lagi pekerja tetapi di gelar budak praktikal
ya, aku sedang menjalani latihan praktikal selama 3 bulan..
aku memilih untuk membuat secara sepenuh masa
supaya aku lebih banyak ter'expose' dengan suasana bekerja dalam bidang landskap..
so, aku memilih lokasi di Kuching, Sarawak

dan 
aku bercuti tanpa gaji selama 3 bulan..
tetapi bos aku baik..
aku buat perjanjian..
bayar sedikit untuk aku tetapi aku submit keja melalui email
haha

okay,
back to my topic..
transport untuk aku pergi bekerja juga telah berubah..
jika di Kuantan, aku ada buah hati MR CCX..
tetapi 
aku tak boleh nak bawa balik Sarawak
so,
Mr orang3 kembali berjasa..
sudah lama aku tidak 'merempit'
bukan setakat lama, tapi distance aku ke tempat praktikal juga agak jauh..
kalau ikutkan, 
ini lah kali pertama aku ber'scooter' sejauh itu..
batu 11 ke batu 2
lebih kurang 30 minit perjalanan..

kadang2 ia membuat aku sentiasa sedar
akan kehidupan..
bila halangan/cabaran yang perlu dilalui semasa 'merempit' setiap hari
membuatkan
aku ingat kembali 
bagaimana aku memulakan kehidupan aku dahulu..
kenangan yang mengajar aku untuk hidup berdikari..
yang memberi peluang aku mematangkan fikiran..
 pengalaman yang mengajar aku menjadi siapa diri aku ketika ini..

membawa moto dengan perjalanan yang jauh
bukan perkara yang mudah dan senang..
walaupun dapat menyelit di antara kereta
tapi..
udara yang dihirup adalah udara yang tercemar..
asap kenderaan seperti lori/bas/ motosikal
habuk2 dari jalan raya..
fuh~~
mau berkarat paru2 aku menghidu itu semua..

kesimpulannya untuk semua ini..
ia memberi aku peluang untuk sedar..
apa yang aku perlu ubah lagi untuk menjadi terus maju dan matang dalam kehidupan aku..
bukan ia menjadi noktah..
tetapi menjadi permulaan bagi aku...

aku 'keluar' dari ofis kerana;
1) aku ingin refresh kembali cara aku bekerja
2) aku ingin mengembalikan semangat positif
3) Persediaan untuk aku buat final year
(aku mahu yang terbaik & jadi yang terbaik)

chayok3 beth

Jesus will be with u..
+amen+

Monday, July 22, 2013

: aku dan praktikal :

aku dan praktikal
sekarang, 7 minggu sudah aku lalui praktikal
di sebuah syarikat consultant bertempat di Sarawak..

mula2 aku rasa seronok
apabila terlibat dalam penyediaan landskap untuk Taman Botani Sarawak
di samping, aku juga diberi tugas untuk mengurus RTC
yang lebih kepada kerja yang aku lakukan ketika ini..
tapi dalam kawasan yang lebih luas 
dan terdedah kepada fungsi sebenar sebuah company consultant..

tapi 
aku sering kali merasa belum cukup ilmu yang di beri..
aku belum nampak bagaimana sebuah company yang di urus dengan cara yang sangat sistematik..
aku mendambakan suasana yang seperti itu..
aku tidak tahu mengapa..
tetapi mungkin itu cara aku ingin mengurus sesuatu hal/ kerja
aku tidak suka buat kerja asal siap dan menepati kehendak..

aku lebih suka apabila..
sesuatu kerja dilakukan lebih terancang pada permulaan kerja..
kemudian di ikuti dengan 'detailing' bagi setiap kerja..
supaya..
pada penghujung kerja..
kita sudah tidak perlu berpatah balik ke permulaan kerja
semata2 ingin membuat lebih kemas n detail
'kerja yang membuang masa'

aku perlu tetap dengan cara aku bekerja..
aku tidak suka sesuatu yang kelam kabut..
tidak memenuhi kehendak kerja kita..

bekerja dengan orang yang belum ada pengalaman kerja
juga memeningkan kepala..
bukan mengatakan aku ni terror  tetapi 
jika sudi mendengar dan menerima kritikan
okay apa..
nama dah belajar..

no wonder lifestyle in peninsular
much..much different dari di Sarawak..
di Peninsular.. 
orang yang bekerja lebih maju dari segi cara bekerja...cara berfikir..
ini semua kerana cabaran..
cabaran yang mencabar untuk kita lebih kreatif berfikir..
bukan fikir nak senang SAHAJA...

hiew~~
i hate this..

dan sekarang aku sudah merasa bosan..
buat kerja yang sama..
dan bukan kerja landskap yang aku inginkan dari praktikal ini..
huh~~
and today..
kerja yang aku handle bertukar tangan..
aku sekadar di suruh buat signage untuk RTC..
huh~~
see, anda sudah kebelakang...

come on.. wake up..
CHIKB3TH..!!
don't mess up your practical..
show that you can do it..
even though Your lappy is slow a bit like you are..
hahaha

God Help me...
I love you..
I believe in you..

+amen+

Friday, June 7, 2013

: miss flight :

Kesian my little brother..
usu chen..
miss flight because of my mistake..
aku tak check semula pukul berapa flight dia..
asyik ingat flight dia pukul 11.20am
actually pukul 9.20am

dan
minggu ini 
aku sangat busy..
settle hal ofis..
settle hal nak praktikal lagi..
tu la..gatal sgt nak  LI kat Sarawak..

menitis juga air mata aku..
kenapa la aku tak check langsung tiket dia..
aku confident flight tu dah betul..
huhu

ya,people make mistake..
stress juga fikir tadi..
tiket flight bukan nya murah..
ratus2.. kami golongan sederhana jer..

at last..
my brother dapat juga tiket
flight sebelah malam pula..

ohoho...
focus beth...
hidup harus diteruskan..

JESUS..ILOVEU..

muuax

Friday, May 31, 2013

: nafsu :

hye haloo..
ada apa pada nafsu...
nafsu jenis apa yang anda atau aku fikirkan..
...biru,merah,orange,hijau,pink...
atau
kuning...

semua jenis nafsu..
kita perlu belajar mengawal..
dari hijau hingga ke kuning

kadang-kadang 
aku juga gagal mengawal
tapi kuatkan hati
ingat 
mengikut nafsu bermakna kita telah gagal, kita kalah..

kadang-kadang kita merelakan
untuk kepuasan diri..
sekali-sekala
tetapi
memenuhi kepuasan diri bukan nafsu jenis 'kuning'

| #la, tak saving last ayat... terpaksa karang balik.. |

shopping,
holiday,
hobby,
window shopping,
clubbing,
minum alcoholic drink..
etc..

itu semua contoh nafsu yang terlintas di kepala aku..
ada banyak lagi..

so, pandai2 la kita belajar untuk mengawal nafsu2 kita
untuk kebaikan kehidupan kita..
kita perlu bertindak rasional sekiranya nafsu kita melebihi kemampuan kita..
..................................

aku tak boleh nak fikir dah..
blog is sumthin we can write at the time we create the title..
post ni ter'pending'
what i should do..
pull stop!!
and post..
hahaha

adios~~



: should this be the dilemma :

aku nak praktikal..
kat tempat aku sekarang takde pilihan..
kena ada chop ILAM..
lagipun aku nak belajar lagi banyak hal berkaitan landskap..
kalau aku stranded kat tempat sekarang..
aku tak blajar banyak..
sebab aku kena belajar sendiri
dan
aku sendiri tak da inisiatif nak belajar..
dah malas..
agak nya dalam zon selesa
tapi buat aku tak ceria..
sebab aku bukan hidup ikut flow kehidupan..
aku inginkan perubahan..
peningkatan dalam kehidupan aku..
aku tidak mahu jadi katak bawah tempurung..
takut untuk melangkah, mengetahui apa yang berlaku di dunia luar..
so, 
sekarang aku cuma menunggu masa untuk slow talk with my bos..
nak chit chat dengan dia mesti kena dengan masa..
if tak, dia tak akan layan punya..
lagi nanti bikin mood dia makin tak bagus..
trial 3 month..
aku nak..
dan ini keputusan aku..

GOD be with me..
I love U..
*muaax*

bye~~

Friday, May 17, 2013

: Berkat :

aloha..
sekarang dah pertengahan bulan May..
post pertama bagi bulan ini..
hehe 
agaknya..
berbillion-billion blogger kat dunia ni..
ada juta2 jugak kot macam aku..
buat new post jarang-jarang..
susah sekarang..
time di ofis jak boleh post..
sebab ada internet..
^_^

okay~
# berkat dari Tuhan..
percaya lah..
Dia tidak akan membiarkan kita
 menanggung kesusahan lebih dari kemampuan kita..
percayalah..
buat kerja biar ikhlas..
pasti berkat yang dapat juga ikhlas hadir dalam kehidupan kita..
Tuhan tau yang terbaik bagi kita..
aku percaya.. #

Kenapa aku berkata demikian..?
aku kongsikan sedikit apa yang terjadi kepada aku bulan ini..
2,3 bulan sebelum ini,
aku mmg banyak aktiviti yang menjurus kepada keluarga..
minggu lepas baru selamat balik dari Bali, Indonesia..
minggu depan aku jadi 'tourist guide' untuk keluarga anty aku..
kalau diikutkan aktiviti yang aku lalui..
$$ harus banyak keluar kan..
Thank GOD
Dia sentiasa bersama aku..
kekurangan $$ bukan halangan bagi aku berkumpul bersama keluarga dan kawan2.

bulan May pula,
banyak dugaan yang aku perlu tempuh..
semuanya berkenaan $$
- mula2, aku cuba nak apply personal loan tp x lulus
(ada hikmah tu) then,
- duit gaji pula lambat 
- nak sedia duit ke Bali lagi
- payment wajib setiap bulan (keta,insuran,loan)
- keta pula mintak servis
- duit minyak lagi
tak termasuk nak makan, stok2..

walaupun terasa ingin mengeluh..
aku cuba untuk tidak menyatakan kesusahan 
kerana kekurangan $$
aku percaya
Tuhan ada bersama aku

PERCAYA PADA TUHAN..
sampai ke hari ini..
aku tetap ada duit..
walaupun tidak banyak..
tapi Tuhan sentiasa mencukupi aku

aku tidak mahu $$ menghalang aku dari menikmati kehidupan
ada banyak cara lain kita boleh nikmati kehidupan..
masalah memang akan sentiasa menjengah kehidupan kita..
kekal POSITIVE..
pandang hadapan..
walaupun kita banyak perancangan
Tuhan pasti tahu yang terbaik bagi kita
berkat pasti dari Dia
+believeinHim+

thats all

thanks & LOVE ya

chikbeth