Tuesday, March 19, 2013

: Tahap Kemalasan :

aku baru terfikir nak taip perkara berkaitan dengan topik..
tapi hal itu la yang membuatkan aku tiba2 'malas' nk menaip..
aduii..
aku tak tau ke mana semangat bekerja aku..
aku rasa macam wayang cina dah..
datang kerja.. buat kerja sikit..
cakap lebih...
tapi aku tak cakap lebih...
internet lebih.. 
takde benda pun aku surf
sekejap2 online lagi..

maybe kerja aku nak buat ni macam tak jumpa lagi butang start
masih tercari2 jalan nak dituju..
aku pening la..
bila ditanya dah siap or belum
aku akan jawap.. tengah buat..
sangat selow okay nak siap kan kerja..
memang betul2 ada jangkitan sakit malas nak buat kerja..
aku memang kurang minat nak keluar kan idea..
bila dah diberi idea
aku rasa kurang logik..
erm..
buat semangat aku down....

aku perlu cari kerajinan aku nak buat kerja..
banyak kerja tertangguh sebenarnya..
kerja kawan aku..
kesian dia..
mesti tak berani dah nak tanya psal drawing dia tuh..
hukhuk..
aku ada idea kat kepala
tetapi
'kemalasan'
yang melampau bila nak start keja2 yang melibatkan komputer
dah berada di tahap maksimum..
aku tak boleh bertahan lagi dengan keadaan seperti ini..
takkan la gara-gara 
studio topikal aku postpone..
aku biarkan semangat aku dulu itu padam..
aku kena biarkan adrenalin ku terus bergerak dan bertindak..
aku tidak mahu kemalasan menguasai diri aku..

bukan semua perkara aku malas..
hal nak menyiapkan kerja yang aku kurang minat..
kurang mahir
aku jadi lemah sikit..
aku jadi kurang berminat

mungkin kecerdasan aku makin kurang..
aku dah kurang stamina sekarang ni..
aku perlu cari masa nak bersukan semula..
aku kena start jogging semula..
kembalikan kecerdasan otak..
stamina badan...

nanti tak pasal2 berat badan naik...

huhu..
memang tak seronok rasa seperti ini..

-_-

JESUS help me...


Friday, March 15, 2013

: Membebel :

membebel...
biasanya akan dikaitkan dengan perempuan..
kadang-kadang lelaki pun akan membebel..
tetapi biasanya ini kerja perempuan..
hahaha
dalam family aku..
abang, papa, and adik lelaki aku
tak pandai membebel..
senyap jer..cool gitu ^_^

mama aku pun kurang membebel..
yang lebih membebel 
ermm *_*
aku kot..
haha
bila aku tak berpuas hati dengan setengah2 perkara..
selagi tak puas.. selagi tu membebel..
tetapi bukan setiap masa..
time dengan family jer..
banyak nyer.. sesi luahan yang membuatkan aku banyak bercakap..
bla..bla..bla..
sampai orang pun suruh berhenti..
hahaha

di ofis aku pun ada orang kuat membebel..
bos aku..huh~~
so, u all tau la my bos seorang wanita..
tapi aku tak boleh terima bos membebel..
 bebel die mcm telinga aku tak boleh nak terima.
*hate so much...
mama aku takde pun membebel sampai macam tu..
bikin panas..
terasa macam nak resign time tuh jugak.
tapi aku tahan jer la buat sementara waktu..
Tuhan pasti ada jawapan bila aku boleh meninggalkan tempat ini..

and
aku takut aku terkena jangkitan bebelan ini..
ada yang buat bodo jer..
tapi ada juga yang tak tahan dengan bebelan seorang perempuan

sekali sekala membebel boleh lar kan..
sebab ada pernah aku dengar sebelum ni..
perempuan perlu keluarkan 5000 patah perkataan sehari..
baru hati dia puas..
hahaha

anyway
all the best for me..
to face all difficulties in my life..
GOD be with me

+amen+

Wednesday, March 6, 2013

: RM - Ringgit Malaysia :

duit...
sapa yang tak nak duit kat dunia ni..
semua orang kerja nak dapat duit..
begitu juga dengan aku..
tapi 
bukan sekadar bekerja dan setiap bulan dapat duit..

kerja aku tidak melibatkan sesuatu format yang aku perlu lalui setiap hari
ia merupakan sesuatu kerja yang baru setiap hari..
tiada yang sama.. 
melainkan software yang digunapakai dan sekiranya ada keja amendment

setelah lama bekerja..
aku lebih suka kerja yang siap sepenuhnya 
walaupun ia masih dalam peringkat proposal..
i mean apa yang client minta.. make sure dah ade time discuss about the proposal..
aku rasa setiap orang pun akan berfikir dan melakukan perkara yang sama seperti aku..
aku tidak pandai menyiapkan kerja last minit ON time.
pasti terlajak masa sehingga aku dapat siap 100%
sebab aku seorang yang perfectionist..

berbalik kepada RM..
ya.. memang client aku, ada menyatakan amount yang aku akan dapat..
aku ucap banyak2 terima kasih kerana nampak usaha aku..
tetapi bukan duit menjadi keutamaan aku..
yang paling penting kerja aku 
nampak professional..
walaupun kalau dibanding dengan tempat yang maju..
cara presentation they all lebih gempakss..

idea bukan senang nak dapat
especially macam aku ni..
agak lambat nak dapat idea..

kadang2 aku tak mahu seperti hidup bersandarkan duit..
macam kita memperhambakan duit la pulak..
huh~~
aku nak biar bayaran kita dapat setanding dengan usaha..
dalam alkitab pun ada menyatakan

"apa yang kita usahakan, itulah hasil yang kita akan tuai"
renung2-renungkan..

itu saje nak tulis..

Thank you LORD..

-chikb3th-

 

Saturday, February 23, 2013

: Perfectionist :

perfectionist define as 
'a person strives for or demands the highest standards of excellence in work, etc'

ha'ah..
apa kaitan nya dengan diri penulis blog ini..
haha
dulu aku rasa bukan seorang yang sangat perfect..
bila dah meningkat dewasa..
perkataan 'perfectionist' semakin dekat dengan diri aku..
adakah ini baik or tidak bagi aku?
 kadang-kadang aku rasa baik sebab aku dapat kepuasan 
walaupun belum tentu apa yang aku buat - betul 100%..

keburukan..
mungkin ada juga..
aku kerja macam kura-kura, then nak perfect lagi..
so, kebiasaan nya susah nak siap sebelum or pada tarikh dateline..
sebab bagi aku, selagi tak siap 100% seperti yang di rancang..
aku tak boleh nak submit or etc..
  
bagaimana aku boleh terjebak dalam kancah 'perfectionist' ini..
haha 
maybe dari situasi tempat aku bekerja..
maybe dari pengalaman aku cuba menyiapkan tugasan sekolah..
tapi aku rasa..
99% pengaruh dari pejabat..

sebabnya
setiap kali nak settle kan kerja..
belum 50% siap..
client dah tanya..
then my bos macam mengelabah..
suruh print apa yang ada then submit..
dulu takde lagi email proposal..
so, kesimpulannya..
proposal yang belum 100% siap haruslah kena REJECT!!

kalau 1 project tak terasa sangat kertas yang direject..
let say, 7 tempat nak renovate..
semua submit 50% siap..
1 tempat bukan sekeping dua helai je
so, bygkan berapa banyak kertas kena reject..
berpuluh2 keping..

aku rasa time tu kot aku start..
buat degil aku..
hold submission until kerja aku 95% siap..
sesiapa yang bekerja dalam bidang lukis melukis ni..
pasti tau cara kerja kami..
bukan seperti taip surat..
boleh siap 2 minit..

apa yang penting..
aku keja dengan client biar nampak usaha nak bagi yang terbaik..
walaupun semua itu aku belajar sendiri..
dan hasil pengalaman yang aku lalui semasa tengah study juga..

if kita tak plan keja..
kita tak nampak mana jalan kita nak mula 
dan dimana pengakhiran kerja kita..

semua perkara pun kita kena plan..
SEMUA..!!
so, kenapa tak cuba apply kan dalam semua perkara dalam kehidupan kita buat..

+be positive+

thank you..  

Doa aku, biar TUHAN tunjuk aku cara terbaik untuk manage and organize kehidupan aku
baik dalam menjalani kehidupan seharian
waktu aku membuat kerja-kerja ofis
semasa aku sedang mengikuti pengajian aku..
semuanya aku serah atas nama 
YESUS KRISTUS, TUHAN KAMI..
   +AMEN+


Wednesday, February 13, 2013

| Kenangan dan Sejarah |

hehe
aloha..
tajuk post yang agak tegas..
ye ker??
haha

semalam lagi.. aku berborak dengan kawan aku..
bila masa waktu sesi luahan datang..
terus aku teringat..
luahan itu
semua adalah kenangan aku dan ia adalah sejarah dalam kehidupan aku..
dalam apa jua yang aku lalui dalam hidup aku
cerita semalam lebih berkait dengan
 hubungan antara seorang perempuan dengan seorang lelaki..

hal ini,
membuatkan aku berfikir..
betapa beruntung dan bersyukur nya aku
kerana dapat mengawal nafsu yang hadir disebabkan oleh daging kita..
perkara ini tidak akan bertitik noktah disini..
dugaan, cabaran dan godaan..
ia akan tetap berlarutan sekiranya kita lalai..
 | abis~~ |
bukan sahaja untuk hal ini..
untuk semua hal..

so,
aku sangat2 bersyukur kerana aku punya kenangan dan sejarah
yang boleh aku jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seterusnya..
aku mengaku..
aku pernah kata aku bukan seorang yang sosial
atau lebih tepat..
seorang yang 'anti-sosial'
dulu,
perkataan ini memberi definisi kepada aku
sebagai seorang yang mempunyai amalan tingkah laku @ perilaku yang tidak elok..

sekarang,
aku dah faham..
aku tidak la 'anti-sosial'
cuma cara aku bersosial lebih kepada kehidupan yang POSITIVE..
aku tidak kisah apa pandangan orang lain..
ini aku..

jadi, semalam itu seperti kenangan yang aku cungkil dan harus tutup buku
dan buat ia jadi sejarah dalam kehidupan aku..
NO TURNING BACK..
lagipun, hal seperti itu cuma secubit rasa dari kehidupan kita yang lain..
yang mana, ada yang lebih berharga dan bernilai..


okay..
aku adalah aku..
unique bagi aku..
semua milik Tuhan..
aku kena berlaku seperti Dia.

haha

sekian terima kasih

chikbeth

Friday, February 8, 2013

: akhirnya :

huh~~
akhirnya tamat juga episod drama
'setia hujung nyawa'
hahaha
fanatik pula aku disebabkan cerita ini...
mula2 tengok dulu.. sebab nak isi masa lapang..
macam sweet pula cerita ni..
aku layan sampai la si isteri keguguran..
sapa yang layan drama ni, tahu lar..
haha
 
lepas itu
terus taknak layan.. 
kononnya
nak focus kerja and prepare untuk study katanya..

entah macam mana
boleh pula tersangkut balik nak menonton cerita ini..
ingatkan bila dah masuk jalan cerita zain menghukum elsarlina kerana keguguran itu..
zain hakimi akan jadi sangat jahat
tetapi
rupanya gaduh dalam suasana sangat sweet..
hahaha
apalagi layan lar..
biasa aku akan balik lambat dari ofis..
semenjak tersangkut drama setia hujung nyawa ni..
mesti ada dirumah sebelum jam 7..
 
argghh~~
aku jadi fanatik dekat zain hakimi..
hahaha
~so sweet~

nasib baik la cerita ini dah abis..
pada 7 feb 2013..
-tamat-

tapi saya masih lagi menonton secara online..
zaman dah moden kan..
boleh tengok banyak kali...
huhu..
bangun pukul 2,3 pagi pun boleh layan
haha

harap lepas ni dah tak terikat dengan mana2 cerita..
mampus..
tak suka terikat dengan mane2 cerita..
menganggu focus..
hahaha

okay..
itu sahaja

bye

LOVE JESUS

Wednesday, February 6, 2013

: unfriend facebook friend :

hello and hahaha
dari semalam lagi aku terfikir hendak 'UNFRIEND' rakan facebook yang aku rasa nak 'unfriend' la
banyak koleksi kawan pun tak berguna
haha
even tak bagi effect kepada system facebook

aku berfacebook untuk suka2..
cari kawan lama
bukan untuk mencari kawan baru..
lebih2 lagi orang yang aku langsung tak kenal...
kawan kepada kawan pun aku kurang nak add or approve..

sekarang lecturer pula yang dah guna kemudahan facebook untuk berkomunikasi dengan student..
macam itu, aku sokong lar..

erm...
okay..berbalik kepada topic..
rancangan aku ni hendak dilaksanakan hari ini...
tiba-tiba pula.. 
dalam radio era pagi ni..
bercerita pasal akibat dari aktiviti 'unfriend' ini..
telah menyebabkan hati pihak sana terguris hati..
ohooo..
ade ker?
mereka tahu ke kalau kita unfriend mereka..?

okay..
its all about my own life now..
aku nak orang yang betul2 aku kenal jer ada dalam senarai facebook..
privacy katanya..
biar orang kenal jer tau status wall post kita.. 
takkan ade konflik kot..
alam maya jer..
hahaha
aku sendiri pun tak tahu macam mana nak terangkan..
biarlah..
aku sekadar buat luahan di blog ini..
mengenai apa yang aku dengar pagi tadi di radio + plan aku 
kebetulan sama..
apapun
 aku tahu apa yang terbaik untuk diri aku..
diiringi oleh restu dari Dia.
+amen+

^_^