Tuesday, October 16, 2012

: 16 OKT 2012 :

Apa signifikan nya tajuk blog aku kali ini..
16 October 2012
means sudah 16 hari kita melalui bulan oktober..
baki $$ belum menjelma..
haishh~~
kesabaran aku diminta meningkat..

aku sedikit stress 
apabila aku memerlukan $$ 
contohnya hujung minggu ini nak menghadiri kelas..
perlukan $$ nak beli tiket bas..

aku hanya ingin berdoa..
Tuhan,
berikan aku kekuatan..
kesabaran..
ketabahan..
sukacita..
yang tidak terhingga buat aku melalui kehidupan pada tika ini..

dan
aku bersyukur
sebab semester ini aku punya 1 kelas sahaja 
dan aku kurang menggunakan $$ untuk perbelanjaan persekolahan..
aku bersyukur
sebab engkau berikan aku kasih yang membuatkan 
aku lebih menghargai diri dan orang lain..
and
 aku menjadi lebih dekat dengan DIA..

Thank you Lord
&
I LOVE U

~chikbeth~

Wednesday, October 10, 2012

: aku menderita.. :

aku menderita.. 
tiada sapa yang tahu..
seperti pernah aku karang ayat seperti ini sebelum ini..

hari ini,
sekali lagi hati aku meronta..
menderita..
bukan aku nak memperbesarkan..
tetapi
saja nak meringankan isi hati...
menenangkan fikiran..perasaan...

goverment baru jer dapat berita gembira..
dapat bonus 1 bulan setengah gaji..

tetapi..
selang sebulan..
perkara ini berlaku lagi..
bayaran lambat masuk..
tapi oklah 
dapat suku bayaran..
menunggu lagi 2 suku..

saman jpj!!
yang membuatkan aku
sedikit tertekan..
aku kalau boleh hendak bayar semaksimum mungkin..
iaitu rm150

daripada suku bayaran yang aku perolehi..
aku dah byr loan aeon
aku dah byr maxis post paid
aku dah cuba save rm150 untuk sama

tetapi..

unexpected thing happened to me last sunday..
aku diserang angin dalam perut..
yang membuatkan aku mengambil keputusan nak pergi klinik..
dapat injection, dapat ubat..
total rm91..
dah bajet lari.

aku kena berjimat..
bayaran kereta tertangguh lagi..

pasal saman
tertulis sekiranya bayaran dibuat dalam masa 0-15hari..
cuma perlu bayar rm150.
selepas itu..akan naik rm50 dan rm150..

tapi bayaran masih tidak menjelma 
walaupun untuk hari ini..

aku jadi penat..
nak memberontak pun aku dah kurang berdaya..
aku cuba meminjam dari rakan lain..
sekiranya boleh..
kalau tidak boleh.. aku cukup faham..

aku cuma ingin ucapkan 
ucapan syukur yang amat..
kerana Tuhan menyertai aku..
biarpun apa aku lalui..
aku sudah boleh mengawal..

aku tidak kurang makan n minum..
Dia tetap menyediakan untuk aku semua keperluan asas itu..

I love u Lord Jesus..
+amen+


 
 

Sunday, October 7, 2012

: You should get married....:

morning semua..
haha
awal pagi begini...
hidup membujang dan tidur ditemani meja labtop di sebelah..
apalagi.. kan
bangun jer, on labtop, on wifi...
online..
biasa aku akan baca online newspaper...
ye la nak mengetahui isu semasa..

Harian metro..
last paper online yang aku baca..
bercerita pasal perempuan bagai pelacur
lelaki yang 'teringin' tp takut isteri

huh~~
macam-macam la dunia sekarang..

ermm..apa kaitan dengan topic aku..
hehe

before ni, ada kawan aku bertanyakan usia aku..
aku cakap lar setahun lagi masuk angka '3'
which mean tahun ni dah berusia 29thn..
nampak tua kan, orangnyer still nampak muda..
*_*
(blushing~~)

then, dia pun cakap...
'patut dah boleh berkahwin'
amboi..senang nyer cakap..
haha

kalau ikutkan..
aku memang bersedia untuk menjadi seorang mummy kepada bakal anak-anak aku..
tetapi..
bila difikirkan kehidupan yang aku lalui sekarang..
bekerja + belajar..
aku harus cakap..
aku belum bersedia 100%

aku kena fokus dengan apa yang aku lalui ketika ini..
setelah semua nya selesai..
baru aku boleh fikir stage seterusnya..

'COMMITMENT'
bukan boleh dipandang ringan oo..
orang boleh cakap, nanti boleh lar reschedule masa..
for me a big NO...

aku mendambakan kesempurnaan dalam setiap perkara..
walaupun sukar untuk sempurna 100%..

hidup bekeluarga tidak boleh dipandang ringan..
bukan just berkahwin
beranak and so on...
tanpa punya matlamat untuk keluarga sendiri..
untuk masa depan pasangan..
untuk anak-anak.. making its worst..
semua itu kena difikirkan pada saat anda benar-benar bersedia untuk hidup berkeluarga..

aku punya anganan untuk kehidupan bekeluarga aku..
walaupun Tuhan maha tau apa yang dia sediakan untuk kita pada masa hadapan..
tetapi..
kita tetap diberi peluang untuk merancang kehidupan kita..

so, 
should i get married..
YES..of course BUT 
tunggu aku sudah bersedia sepenuhnya..
jadi pemerhati untuk kehidupan rakan-rakan disekeliling aku..
cukup untuk aku bersyukur kerana boleh belajar menilai untuk dijadikan pengalaman buat aku..
setiap mereka punya perbezaan cara..

sebab berkahwin bukan sekadar menyatukan dua orang insan
ia lebih kepada seperti 'pekerjaan' @ pelaburan
punya matlamat yang positif..
untuk keluarga, untuk anak-anak..

*aku pun tidak tau hendak mengambarkan kata-kata aku..

just doakan yang terbaik bagi bujang2 sekalian..
biarkan diberikan persediaan yang cukup untuk melalui fasa seterusnya..

+amen+
^_^
 


Wednesday, October 3, 2012

: oucch...!! pimples... *_* :

haha..
bosan2 duduk pejabat sorang..
cara nak isi masa boring ni..
hah~~
berkarya dalam blog aku ini..
hehe

tajuk pada kali ini..
pimples...ouch!!..
really hate it..
dah hampir 7 thn aku bergelumang dengan pimples ini..
since 2005 dooh~~
before tu takde la berketul2..
siap aku sendiri yang sibuk nak cari jerawat ni kat muka..

nah~~
sekarang.. puas dah mengutil pimples ni..
before ni timbul n hilang tanpa tinggal kan kesan..
cuma tahun lepas rasenye..
pimples dah berubah species..
bila tangan gatal nak memicit..
boleh tinggal kan kesan berlubang and berparut pula..
argghh~~
dah la muka mmg ade scars semulajadi..
bila ditambah dengan pimple yg menyebabkan kawah2 ni..
aduiii..

so, sejak itu aku makin aktif mencari cara nak elak berlaku pimples yg berkawah ni..
susah juga..
aku dah cukup jaga muka..
nanti orang luar tengok
ingat aku tak jaga kebersihan..
adoii..

and
early this year...
i noticed.. pimples species baru lagi timbul..
huh~~
pimples pun ikut peredaran zaman ek..
pimples i ni tumbuh sikit2..
mula2 rasa sakit kat kulit ni..
spot area *dagu, bawah hidung -_-
nak picit pun tak bley... nanti akan membengkak pula..
lagi lama nak baik..
so, aku biarkan..
rupanya 'kilang nanah' sedang beroperasi..
aku biarkan lagi..
timbul dot putih...yang akan membesar dlm masa 1 malam..
the next day.. ia akan membesar dengan sihat.. 
so, nampak la dot besar kaler putih kat spot area..
macam chipsmore pun ade gak..
huh~~
bila orang yg pandang.. mesti tegur hok tu -_-
nak pecahkan takut bengkak..
i cuma biasa letak minyak gamat n cuci selalu..
supaya bersih..
lama2 pandai terpecah sendiri..
takde la lama kesan bengkak..
cuma bekas pimples ni lambat nak hilang..
kalau i makan kicap..
lagi lar bertompok2 muka..
haissh~~..
well, perempuan kan..
pasti ada rasa kurang selesa yang teramat sangat...
orang selalu kata perubahan hormon.. or resdung...

MRS 'P' nak jenguk tiap bulan pun mesti ajak pimples ni juga..
huhu...
datang sendiri suda lar..
adoiyaii

aku berharap.. 
tahun ni aku dapat lar..kurangkan sedikit demi sedikit pimples ni..
formula terbaru.. letak minyak gamat asli..
biar muka nampak berminyak asal pimples surut..
nampak lar ada perubahan..
cuma aku kena kontrol makanan..
minyak gamat dah tolong.. 
makanan pun kena tolong la...
huhuhu


chayok2

chikbeth



Tuesday, October 2, 2012

: Makan nasi :

aduiiyaii..
aku rasa sedih pula nak menghabiskan nasi yang aku bungkus pagi tadi..
aku tapau dari kedai pak akob yang terletak kat belakang ofis aku..
aku ingatkan dapat la nak berjimat beli makanan breakfast..
tapi abis juga rm4.00
aku tapau nasi goreng, daging masak kicap + tempe

aku tapau awal supaya tak perlu dah nak keluar lunch..
if tak, aku tak kuar langsung..
kat area ofis takde kedai yang jual roti or buah-buahan ke..
adapun kat seberang jalan..
malas nak lintas jalan..

bunyi macam berkira kan..
memang aku kena bajet lagi bulan ini..
gaji belum dapat uuuu...
entah bila pun tak tau..
aku bersabar jak la..
berjimat selagi boleh..

menderita gak
makan hati gak..
tapi aku malas nak bising2 dah..
as long nanti ada $$ sila bayar..
hutang pun bertambah *_*

kalau ade geng aku nak juga buat kerja part time..
tapi aku tak nak penat kan diri sangat..
sebab aku ada komitment dengan study lagi after abis waktu kerja..
aku kena persiapkan diri untuk menempuh tahun hadapan..
yang mana bagi aku..
merupakan tahun akhir aku belajar..
aku hendak cuba abiskan tahun hadapan..
cukup...
aku hendak memulakan career aku pula..
setelah hampir 4 thn lebih continue study..
 
huh~
bila dalam kesusahan seperti ini..
memang kita sedikit sebanyak sedar akan USAHA yang kita perlu lakukan
untuk meneruskan kehidupan..
 
chayok2 chikbeth
 
Jesus will be with u..
+amen+
 

Friday, September 28, 2012

: saman..!! :

aduii,
dugaan sungguh....
kehidupan yang penuh dengan cabaran..
ada kenderaan pun mencabar juga..

haha
hari ini.. aku dapat surat dari PDRM..
bukan surat nak panggil interview..
tapi..
surat speed trap..
untuk tahun pertama menggunakan kereta..
aku dapat buat pertama kali saman 'speed trap'
kejadian berlaku semasa aku balik dari Johor...
oho..ho..ho..
melayang lagi duit...
bertambah2 hutang aku..
nampak gaya nya tahun depan aku kena banyak cut budget..
untuk kejadian2 yang tidak tersangka seperti ini..

what to do kan..
kalau bawa kereta ikut halaju..
mau mengantuk mata..
bila dah lebih laju sikit.. dah kena speed trap..
huhu...

kena spend RM150 untuk settle my saman...
within 15 days if tak ada interest...

huhu

Thursday, September 27, 2012

: aku sengkek :

tiada sapa yang tahu..
poket aku semakin kering..
bulan ini gaji belum tahu bila nak dapat..

hanya Tuhan tahu betapa aku ke'sengkekan' sekarang ini..
aduii..
sedey..sedey..
hanya hati aku menangis..
aku memikir..
dimana silap aku berbelanja duit aku..
jika aku mengatakan aku ada memderma..
takkan hal itu aku ingin Tuhan lihat dan segera membalas untuk aku..
oh tidak..
ternyata itu tidak ikhlas..

huhu
lemah...
aku tidak makan, aku tidak kisah..
menjadi kisah bagi aku..
bila memerlukan duit untuk mengisi minyak kereta..
perlu membayar hutang..

ingin mengeluh pun tidak guna..
$$ takkan dapat juga...
menangis pun tidak guna..
balance acc tetap begitu..
aduiiyaii..

dugaan seperti ini..
yang membuatkan aku teringat akan firman Tuhan..
kena bersabar dengan dugaan seperti ini..
memang kita tidak patut hidup memperhambakan wang ringgit..
tetapi wang ringgit itu kita perlu untuk menampung kehidupan di bumi ini..
huk..huk..huk..

aku dah hilang maruah kerana aku tidak dapat menjaga kewangan aku..
hilang maruah apabila tanpa segan silu meminta pertolongan dari orang sekeliling aku..
tapi
aku masih mampu bertahan..
biarlah..
aku cakap sekali..
orang tak berbunyi..
aku senyap jak lar...
aku faham...

dugaan yang aku perlu lalui..
:(
chayok2 beth..

we can do it..

chikbeth
Love my Jesus very much...