*grab from Ismazi facebook...
Tuesday, August 7, 2012
Monday, August 6, 2012
: makan gaji :
nak mengeluh pun tak guna..
buat masa ini aku masih lagi bekerja makan gaji..
kesusahan hidup wajib kita rasa tetapi bukan membiarkan perkara ini terus berlaku..
bulan ini poket aku agak teruk...
bukan sebab gaji dah habis..
masalahnya..
gaji belum diterima..
aku tak tau berapa ramai pekerja di dunia ini yang turut menghadapi situasi seperti aku..
sebelum ini,
perkara seperti ini pernah berlaku..
sekarang
'sejarah berulang lagi kot'
aku malas nak luahkan rasa tidak puas hati..
hanya berdoa supaya hati ini diberi kesabaran yang lebih..
kerana
hal2 macam ini boleh membuatkan hati aku membebel..
lalu menyebabkan mulut aku bersuara sesuatu yang tidak elok untuk didengar..
perkara2 yang aku lalui dan perlu kesabaran..
line maxis handphone aku - telah di'blocked'
line wifi maxis aku - juga di'blocked'
means bulan ini aku kena settle lebih + outstanding bills.. RM2++ < =.=" >
[aku bersabar dan bergantung kepada line celcom-topup]
tertangguh - bayaran bulanan kereta aku (5hb)
tertangguh - debit acc loan aeon aku (2hb)
selebihnya,
aku perlu wang untuk isi minyak kereta..
aku perlu wang untuk beli tiket parking..
aku perlu wang untuk beli tiket bas KL-KTN (hadir kelas)
aku, juga ada beli camera manual yang dari Russia berharga rm250 - hutang
sekarang aku merasakan aku tidak mahu camera itu.. kerana aku perlukan wang..
tetapi aku dah berkata 'ya' so...
erm..
and
aku juga perlu save duit untuk 'celebrate' harijadi MR'CCX' aku hujung bulan 10 nanti..
lebih baik sedia awal..
nanti tak susah..
awal bulan Nov, aku perlu hantar Mr'CCX' p 'medical check-up' kali ke-4
yg mungkin memerlukan $$ yang banyak juga..
aku tidak mahu hidup memperhambakan duit/wang
tapi perlukan duit untuk menampung kehidupan..
aku sudah cukup besar untuk tidak meminta dari kedua orang tua aku..
so,
aku berdoa
supaya minggu depan aku akan dapat gaji dan boleh digunakan untuk keperluan diatas..
banyak lagi keperluan yang aku perlukan
tetapi aku belajar untuk memberi perhatian kepada yang betul penting..
hidup aku lebih kepada kesederhanaan..
aku tidak perlu puaskan hati dengan hal yang tidak membawa hasil..
bukan senang untuk hidup makan gaji..
pahit pun kena telan..
that y, too many people like to run and develop their own business..
just a simple business yang boleh buat duit everyday..
mcm my mom, buka gerai makan..
jual kuih..
hanya untuk menampung kehidupan..
aku sedikit ralat sbb sebagai anak belum mampu untuk menanggung mereka..
=.='
aku sedikit 'stress' bila 'orang bank' akan call minta bayaran...
aku hanya makan gaji..
aku kena tunggu gaji untuk lakukan semua itu..
bukan kehendak aku untuk men'delay'kan hal ini..
[simpanan ada tapi itu simpanan..
walaupun tidak banyak mana..]
sebab aku dah plan duit gaji untuk perkara2 yang patut..
gaji aku cukup untuk menampung kehidupan aku saje..
and that's all..
i believe in Jesus.. My Lord will help me..
+amen+
Monday, July 30, 2012
: sapa anda akan pilih :
Tiba-tiba kepala aku terfikir..
sapa yang kita akan cari or pilih untuk membantu kita mendengar masalah..
dan akan menenangkan kita
atau
dalam apa jua perkara..
orang terdekat, keluarga, kawan-kawan or sahabat...??
aku pasti..
lebih 50% mungkin berpihak kepada keluarga sendiri..
seperti juga aku..
jika ada perkara yang ingin aku kongsi..
aku akan mencari ahli keluarga aku..
biasanya aku akan cari adik aku..
hanya ingin buat sesi luahan beban yang mungkin kita sudah tidak tertanggung..
bukan meminta untuk diselesaikan..
hanya meminta menjadi pendengar dan mungkin cadangan..
tentang sesuatu perkara..
kadang2
aku juga mencari sahabat yang paling aku percaya..
sekiranya keluarga aku tiada kelapangan
dan yang pasti..
dalam kehidupan duniawi..sejauh mana pun jarak kehidupan aku bersama keluarga...
keluarga juga aku akan cari..
cuma, aku tidak mahu...
luahan aku menjadi 'negative' atau 'aib' bagi pihak lain..
ia sekadar hanya ingin meringankan beban yang merupakan
sebahagian dari rencah kehidupan aku..
bak kata kawan aku, Dahniar..
'jangan simpan, nanti meletup'
[lebih kurang lar..]
tiada dendam yang tersimpan..walaupun hati kita tidak satisfy
INGAT!!, Tuhan itu maha mengampuni..
apalagi kita hanya la manusia biasa..
jika kita mengampuni orang lain..
walaupun kita tidak bersalah..
jadi, hidup la secara rendah diri dan bersederhana..
tiada apa yang perlu dibanggakan kehidupan di duniawi ini..
Lord, I LOVE You..
be with me and us..
: coretan hari ini :
hi..
tajuk paling ringkas..
aku boleh tulis apa-apa yang timbul di kepala ini..
..coretan 1..
hari ni/malam ini.. aku berazam hendak settle kan assignment
selewat-lewatnya hari rabu..
itu bukan dikira azam tetapi lebih kepada 'goal'
kita tak perlu 'goal' atau 'visi' yang besar...
daripada perkara kecil kita akan belajar untuk perkara besar pula..
so, aku pernah tulis..
aku nak siapkan assignment paling lewat pun hari rabu - hampir settle..
so that, hari khamis and jumaat boleh revise..
tetapi..
aku ni kurang kuat.. biasanya tak terlaksana pun..
huhu..
so, kali ini aku akan cuba untuk capai 'goal' itu..
boleh dibawa ke semester depan n seterusnya amalan itu
kan bagus~~
chayok2..!!
..coretan ke-2..
aku sebenarnya dah lapar..sekarang ini la.
perut dah rasa sakit..
and aku ada sorang lagi member kat rumah ni..
wife die takde..
aku nak panaskan bekalan aku dari kl..
and cukup untuk aku jer..
kalau panaskan semua pun takpa
tapi
aku nak makan depan labtop sambil buat keja..
hari ni aku malas nak bercakap..
ulser tak sembuh lagi so, susah nak cakap..
mcm tak bagus pulak kan..
aku kan bujang.. kehidupan pun mmg dibujangkan..
buat hal sendiri..
terasa seperti tidak punya masa untuk berinteraksi dengan sesiapa..
melainkan dengan handphone..
sbb handphone kita tak perlu cakap..
haha
..coretan ke-3..
aku rasa mcm nak keluar p release tension walaupun tak tension
p teluk cempedak or TC..
lama dah tak melepak mcm tu..
takda geng dah
ada jugak geng tapi malas nak ganggu..
baik jimat minyak keta ku.. lepak kat rumah..
haha
ada masa nanti..
maybe, after this coming weekend..
settle preparation untuk public speaking and praktikal..
boleh la kot jalan2...
time raya nanti
~~release minda~~
so, aku rasa itu jer kot..
yang timbul dalam kepala ni setakat sekarang..
haha
May GOD bless us all..
LOVE ya..
chikbeth
Saturday, July 14, 2012
: Keimanan :
bila masalah timbul..
baru la kita sedar
betapa pentingnya kita mengukuhkan iman kita..
hubungan dengan Tuhan..
Pada Dia kita berserah
segala sesuatu..
supaya kita tidak jatuh dalam melakukan dosa..
bila masalah hadir dalam hati kita..
timbul perasaan marah..
kita berbalik kepada Dia..
Dia, Tuhan kita yang akan sentiasa bersama kita..
dalam apa jua situasi yang kita hadapi..
akan memberi ketenangan..
agar kita lebih berfikir secara rasional..
tanpa bertindak secara melulu..
MULUT...
adalah anggota badan yang Tuhan berikan untuk kita guna untuk makan..
diciptakan Dia suara agar kita boleh bercakap, berinteraksi dgn yg lain
tetapi
apabila kita tidak menjaga ia dengan baik...
yang mampu menjadi racun..
kita kena jaga hati dan perasaan kita..
bila ia di calar.. racun itu la yang akan keluar dari mulut kita..
sehingga orang yg menerima 'racun' itu akan bertindak mengikut apa yg telah kita nyatakan
padahal..
orang itu tidak mengetahui kebenaran sebenar..
itu semua bergantung kepada IMAN kita..
kita patut jaga iman kita agar tidak terpengaruh dengan godaan di sekitar kita..
telah dinyatakan
IMAN TANPA PERBUATAN ADALAH SIA-SIA/MATI..
aku tidak pernah menyatakan aku adalah yang terbaik
aku cuma mencuba untuk hidup menurut buah-buah roh..
aku bukan lah seorang yang mendalami ilmu agama..
tetapi aku belajar untuk memahami apa yang aku patut lakukan untuk kehidupan aku
supaya diterima oleh Tuhan Yesus..
aku juga ada prinsip hidup aku sendiri..
'polisi' hidup...
dimana-mana jua kita tahu setiap perkara yang teratur akan ada polisi yang harus dituruti..
dan aku pasti, anda tahu apa akibat jika melanggar polisi itu..
Telah dinyatakan..
seperti juga bila kita tidak menjaga keharmonian kehidupan kita dengan Tuhan...
akan ada hukuman yang akan kita terima..
renung-renungkan la chikbeth..
filipi 4:13
'segala sesuatu dapatku tanggung,
di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku"
ILOVEU
Friday, July 13, 2012
: HAK MUTLAK :
huh~
salah satu perkara yang boleh buat mood aku hilang..
nama aku
TABITHA BINTI NYAYONG
no kad pengenalan
830224-**-****
merupakan hak aku sepenuhnya..
takda orang boleh guna selain aku sendiri penama kepada identiti itu..
tetapi
hari ini..
aku di PAKSA untuk mengguna nama itu untuk beli NOMBOR BARU CELCOM..
maksud nya..
NAMA AKU tetapi BUKAN aku yang guna...
bukan dari keluarga aku pun..
orang luar dari darah yang mengalir dalam tubuh aku ini...
bau-bau kacang pun langsung tak ada...
aku dah ade 2 nombor..
tak perlu nak letak banyak2 list nama kat celcom ker, maxis ker, digi ker..
no yang aku guna..sampai bile2 pun aku takkan tukar...
biarpun orang lihat perkara kecil..
tapi bagi aku itu sudah salah...
HAK MUTLAK..
MILIK AKU SEORANG...
kita tak tahu apa akan berlaku suatu hari nanti...
walaupun orang kata takkan berlaku..
kita kena berhati-hati sebelum perkara tak elok berlaku..
sakitnya hati bila fikir..
memang la boleh terminate..
tapi aku ada hati dan perasaan...
bila orang buat aku macam ini..
hati aku rasa sakit..
aku rasa nak menangis..
kenapa mudah sangat nak guna nama orang...
sesuka hati....
walaupun aku tidak bersetuju...
SANGAT-SANGAT TIDAK BERSETUJU...
orang boleh komen n bagi cadangan
tapi
bila berada di situasi aku...
baru tau kenapa.....
GOD be with me...
Subscribe to:
Posts (Atom)

